Sunday, December 23, 2012

Dengan lafaz bismillah...

Moga kehidupan ini lebih bermakna... Moga jari ini tidak akan berhenti menulis..mata ini takkan jemu dari membaca...

Sunday, January 22, 2012

Hero

satu karya hebat Hilal Asyr


Bismillahi walhamdulillah....

Baru sahaja khatam baca novel Hero yang saya beli dengan duit yang kerajaan bagi. Terima kasih kerajaan Malaysia yang sudi menaja buku ini untuk saya. Tidak saya teringin menulis panjang untuk isi novel ini. Cukuplah sekadar saya cakap anda memang perlu baca novel ini. Kisah dalam novel ini benar-benar hidup bagi orang yang hidup dalam suasana tarbiyyah. Novel ini adalah satu adaptasi realiti hidup perjuangan dalam mentarbiyyah manusia. Dan saya terlihat harapan. Generasi pemuda harapan yang sedang bangkit di celah-celah hiruk pikuk kehancuran zaman. Luangkanlah masa untuk baca. Saya jamin anda tidak akan rugi. Novel ini akan menggambarkan suasana indahnya dalam tarbiyyah. Hidup dalam bulatan gembira yang kegembiraannya bukan lagi satu rahsia. Sangat-sangat menyentuh hati. Ini bukan sekadar novel cinta. Ia mengadunkan semuanya dalam satu. Dengan lafaz bismillah bacalah! =D