Thursday, September 30, 2010

Negativisme Pergaulan Bebas>>>>mesti baca!!


Kes 1
Saya telah membaca sebuah kiriman kepada majalah Reader’s Digest dalam salah satu isunya yang terbaharu (2010). Ada seorang remaja berumur 14 tahun merungut dan mempersoal mengapa ibunya tidak membenarkan dia mempunyai teman wanita dan dalam masa yang sama hanya dirinya seorang yang tidak mempunyai teman wanita di kalangan rakan-rakannya.

Yang sedap dipandang, tak semestinya manis.Mungkin masam.
Yang sedap dipandang, tak semestinya manis.Mungkin masam.
Kes 2
Beberapa hari lepas saya terbaca tajuk akhbar Harian Metro tentang seorang gadis berumur 24 tahun yang gaji pekerjaannya selama tempoh beberapa tahun dirampas oleh teman lelakinya. Beberapa tahun sehinggalah beberapa hari lepas, perbuatan lelaki tersebut akhirnya akan meletakkan dirinya di belakang batang-batang besi penjara.
Muqaddimah
Saya merasakan bahawa hampir setiap hari, kisah-kisah seperti ini akan menghiasi dada akhbar mahupun paparan mana-mana majalah. Ini adalah salah satu daripada penyakit ummat yang semakin membarah. Kita tidak sekadar dihentak dan dipijak-pijak dari luar, tetapi kita juga sedang tenggelam dalam kemelut sosialisasi tanpa batas. Apakah yang menjadi punca gejala-gejala ini? Meskipun ada yang akan mengatakan bahawa itu ialah kesilapan didikan dan pilihan individu tersebut, kita tidak mampu menafikan berlakunya kecacatan dalam masyarakat dan gejala-gejala di atas ialah akibat daripada pergaulan yang tidak berlandaskan syara’
Ibu-bapa penggalak maksiat
Lihatlah kepada kotak dan pola pemikiran masyarakat zaman sekarang, kita mula mengambil kiblat pemikiran masyarakat yang berada di luar konteks dan kebudayaan masyarakat kita. Ada
Ibu bapa wajib menjadi role-model yang terbaik buat anak-anak
Ibu bapa wajib menjadi role-model yang terbaik buat anak-anak (gambar hiasan)
daripada ibu-bapa yang menjadi hairan dan pelik mengapa anak-anaknya masih belum berpunya atau mempunyai teman sehingga si anak dipaksa-paksa mencari seseorang. Ataupun ada ibu-bapa yang mencarikan pasangan untuk anak-anak mereka pula dan memaksa anaknya untuk keluar ‘blind date’ dengan lelaki atau perempuan tersebut.
Di situasi yang lain, ibu-bapa seolah-olah menganggap ia adalah satu fenomena yang biasa untuk anak-anak tadi berteman, sehinggakan pasangan mereka ini dialu-alukan datang ke rumah, lebih teruk lagi sehingga ke tahap membenarkan seorang lelaki ajnabiy (asing) tidur bermalam di rumah mereka yang mana mereka tidak mempunyai pertalian secara halal langsung. Apabila ibu-bapa yang sepatutnya membimbing dan mendidik anak-anak tidak mampu memainkan peranan mereka sebagai qudwah (role-model) yang baik, maka kepincangan dan ketoprokan seperti inilah yang akan dihadapi oleh anak-anak kita. Sehinggakan pada satu tahap apabila anak-anak berzina diambil secara sambil lewa, dan dia tidak melihat perbuatan itu sebagai suatu perbuatan maksiat.
Perkembangan sosio budaya barat dan Islam
Mereka akan bertanya, mengapa kita terlampau kecoh tentang isu-isu ini sedangkan masyarakat di barat tidak seperti kita? Jawabnya mudah, kita tidak hidup di negara barat, tetapi kita hidup di sebuah negara di Timur yang konteks sosio budaya tidak seperti apa yang diamalkan di mana-mana negara barat. Konteks pembangunan sosio budaya barat bukan diasaskan di atas satu batu asas yang kukuh di mana ia tidak mampu untuk memimpin dan memandu ummat manusia kepada kebaikan dan terus kekal relevan.
Pembangunan sosio budaya barat dibangunkan atas falsafah dan teori manusia dan hakikatnya ialah manusia itu mempunyai kelemahan. Sesuatu yang lemah tidak akan mampu untuk menyempurnakan kelemahan yang ada pada sesuatu yang sedia lemah. Lihat kepada falsafah kapitalisme, ia tidak mampu untuk mengekalkan keharmonian masyarakat dan mengimbangi pendapatan penduduknya serta memberikan keselesaan, kerana ia berasaskan peluang serta kebebasan mutlak. Kita akan melihat masyarakat yang kaya akan terus dan tetap kaya sedang yang miskin akan terus terbelenggu dengan masalah yang sama. Ini mengundang masyarakat yang membawa watak ‘underdog’ untuk bertindak melakukan apa yang terdaya mereka demi meneruskan kehidupan, sekalipun ia adalah merompak. Bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai rumah? Ada yang memilih untuk melacurkan diri demi meneruskan kehidupan, sehingga adanya profesion pelacur yang profesional. Dan seterusnya, yang kita lihat ini semuanya adalah hasil daripada falsafah pemikiran manusia yang terhad dan cetek.
Kita sudah hampir 53 tahun merdeka, tetapi adakah kita bebas sepenuhnya?
Kita sudah hampir 53 tahun merdeka, tetapi adakah kita bebas sepenuhnya?
Di sisi lain, perkembangan sosio budaya masyarakat di Malaysia bukan bermula selepas kita dijajah oleh British, mahupun selepas kita bebas daripada cengkaman jajahan mereka. Sosio budaya masyarakat kita bermula selepas Islam datang ke Tanah Melayu. Islam datang membebaskan ummat manusia di Tanah Melayu daripada penyembahan berhala dan animisme kepada sembahan Allah SWT secara mutlak. Kemudian, Islam membawa satu tatacara kehidupan yang memandu dan memimpin masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Islam memastikan masyarakat terpelihara daripada sebarang ancaman anasir jahiliyyah serta membela kehidupan masyarakat dengan memberikan hak-hak mereka daripada zakat yang dikutip. Islam membenarkan masyarakatnya mencari kekayaan, namun bukan kekayaan yang membuta tuli tanpa memberi hak kepada mereka yang memerlukan dengan mensucikan harta mereka. Kerana itu Islam mengajar kesederhanaan, dalam kekayaan.
Apa yang kita lihat daripada situasi Islam hari ini ialah hasil mainan musuh Allah yang mempertonton dan merendah-rendahkan Islam sebagai agama yang kolot dan jumud. Islam dihimpit kemiskinan kerana mainan tangan-tangan musuh Allah dan kerana kelemahan kita sendiri. Ingatlah pengkhianatan gunting dalam lipatan ketika khilafah Abbasiyah berada di puncaknya di Baghdad, juga jangan lupa pengkhianatan musang berbulu ayam ketika khilafah Uthmaniyyah yang menggadaikan keistimewaan dan kekuasaan Islam.
Kita perlu melihat kembali ketika zaman permulaan dan kegemilangan Islam dahulu. Betapa Islam ini menjadi sesuatu agama yang paling mulia dan agung. Bagaimana Islam diamalkan dengan benar dan betul sehingga mampu menyusun masyarakat yang berbudi dan berperkerti mulia. Sehingga melahirkan masyarakat yang takut akan melakukan maksiat. Sehingga melahirkan masyarakat yang memuliakan nyawa dan hak orang lain. Sehingga melahirkan masyarakat yang berani mempertahankan maruah dan aqidah.
Bahkan kekayaan tidak dinikmati oleh segolongan pihak, bahkan ianya turut dirasai oleh golongan yang memerlukan. Dalam masa yang sama kesederhanaan dalam kekayaan ini mampu melahirkan masyarakat yang harmoni. Amat jarang ketika zaman baginda nabi SAW mentadbir jazirah Arab berlakunya kes-kes zina, tiada kes pembuangan bayi dan seumpamanya. Tiada yang mahu mencuri kerana khuatirkan hukuman Allah di dunia dan juga di akhirat. Dan tiada yang tidak dihakimi secara adil, melainkan telah jelas hal tersebut.
Kehilangan Besar
Kembali kepada topik kita. Kalau mahu dicarikan faktor dan solusinya, maka terlampau banyak sudah ia dibentang dan diberitahu tetapi teramat ramai pula yang tidak mahu ambil tahu. Masyarakat kita menjadi lali dengan maksiat dan melihatnya sebagai satu fenomena yang biasa kerana kita telah hilang acuan yang membentuk masyarakat, kita telah hilang panduan yang memimpin masyarakat, kita telah hilang qudwah yang menjadi contoh tamsil kehidupan kita. Kita sekarang sudah menjadi sepertimana masyarakat di barat, mencedok identiti yang tidak pasti. Sedang mereka sendiri tidak punya identiti yang jelas, bahkan hanya mencedok daripada fahaman-fahaman ciptaan mereka sendiri.
b Belia hari ini harus tampil soleh, cergas dan positif/b
Para belia hari ini harus tampil soleh, cergas dan positif (gambar hiasan)
Islam telah datang membawa sinar harapan untuk membentuk, memimpin dan menjadi contoh kepada ummat. Kita masyarakat Melayu yang amat berkait dengan Islam, bahkan pembentukan dan pembangunan sosio budaya masyarakat Melayu terdahulu bermula dengan Islam sebagai asas, Islam sebagai tiang, dan Islam sebagai atap serta dinding. Ummat Islam berbangga dengan aqidah dan deennya, kerana inilah satu-satunya agama yang memperincikan bagaimana kehidupan ini seharusnya kita tempuhi. Kerana inilah satu-satunya deen (agama) yang diturunkan Allah yang masih terpelihara dan membawa acuan dan neraca langit, di mana Dialah pencipta alam ini dan seluruh isinya dan Dialah semata-mata yang mengetahui selok-belok ciptaan-Nya. Maka hanya kesempurnaan Pencipta sahaja yang mampu untuk memimpin manusia yang lemah.
Ibu bapa ialah duta Islam terbesar selepas para ulama’, umara’, da para du’aat. Anak-anak bukan bahan eksperimen yang kita boleh buat kajian dan pemerhatian seterusnya ubah metodologi pendidikan terhadap mereka seandainya metod sebelumnya tidak berjaya. Kegagalan ibu bapa untuk memberikan didikan terbaik kepada anak-anak akan memberi impak yang besar dan berpanjangan kepada pembangunan kendiri dan pola pemikiran anak-anak. Dalam pengalaman hidup saya yang singkat saya telah banyak bertemu dengan keluarga-keluarga liberal dan saya melihat kesan tersebut terhadap anak-anak tadi. Juga saya pernah bertemu dengan anak-anak yang tidak erti bersolat sedang umur mereka sudah menjengah belasan tahun.
Ketamadunan moral dan akhlak mulia masyarakat kita akan terus merudum dan musnah seiring dengan berkembangnya teknologi dan kemajuan dunia sekiranya hal-hal seperti ini dipandang enteng. Ada yang mengatakan Islam ini mengongkong, tetapi mereka lupa bahawa Islam ini ialah deen yang diturunkan Allah, Pencipta yang mengetahui apa yang terbaik dan apa yang buruk buat ciptaan-Nya, tetapi kebanyakan daripada kita masih cuba untuk menafikan hakikat ini.
Media pembinaselangor.com - Artikel ini adalah tulisan Encik Mohd Azmir bin Mohd Razli, Pelajar Tahun Empat,B.Ed TESOL IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur. Encik Azmir juga merupakan seorang aktivis belia yang bergiat aktif bersama PEMBINA. Tulisan-tulisan beliau boleh dinikmati di http://thetalkingpen.blogspot.com

“dan jadikan kami imam kepada orang yang bertakwa”. Al Furqan: 74

Sunday, September 26, 2010

Kebimbangan yang terus menghantui

Kalau ditanya pada diri apa perkara yang paling merisaukan saya, rasanya terlalu banyak untuk dinyatakan. Tapi setiap orang pasti ada sesuatu yang paling mereka risaukan atau bimbangkan. 

Ada orang risau takut gagal dalam peperiksaan, ada orang risau takut cintanya ditolak, ada orang risau kalau bisnesnya rugi, ada orang risau kalau duitnya tak cukup, dan berbagai-bagai lagi kerisauan yang pasti ada alasan mereka tersendiri.


Sampai masa nanti kita juga akan diletakkan begini....


'Masa Depan Yang Pasti'

Sepatutnya setiap kita mesti ingat bahawa setiap apa yang kita lakukan hari ini akan dinilai kembali pada suatu masa akan datang. Atau dengan kata lain, apa yang kita buat hari ini,waktu ini, saat ini, akan menjadi satu penentu masa depan kita.

Kalau hari ini kita rajin belajar, kita mungkin menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti. Kalau hari ini kita kuat bekerja mencari duit, mungkin kita akan bergelar jutawan pada masa hadapan. Kalau hari ini kita  tidak jemu membuat kerja Islam, satu hari nanti kita tidak mustahil kita dapat melihat hasilnya.

Tetapi kalau yang kita buat itu satu dosa, kalau apa yang kita buat itu satu kemaksiatan, kalau apa yang kita buat itu satu kederhakaan kepada Tuhan, maka bagaimanakah masa depan kita?

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian"... (Surah Ali Imran:185)

Mati itu sesuatu yang pasti. Tidak dilambatkan atau diawalkan walau sesaat. Dan ia merupakan antara rahsia-rahsia Allah yang tidak diberitahu kepada sesiapa. Ia adalah masa untuk kita menghitung amalan-amalan kita di dunia.


Pesan Diri Buat Diri

Hari ini saya main facebook. Saya kurang menjaga muamalat dengan wanita ajnabi. Setiap apa yang saya rasa, pasti mahu diluahkan pada mereka. Andai satu hari nanti saya sudah beristeri, ketika isteri saya tiada di sisi, adakah "teman-teman wanita" di facebook akan terus mengisi kekosongan hati? Mohon dijauhkan daripada semua ini, kerana  apa yang saya nampak ia merupakan punca kehancuran sebuah institusi yang murni.

Kalau hari ini saya bermain-main dengan dosa, kalau hari ini saya menangguhkan taubat, andai tiba masa malam ini Allah menjemput saya melalui malaikat mautnya, mana saya mahu letak wajah ini? Di mana saya mahu letak diri ini? Ke mana saya mahu orang bawa saya nanti? Ke taman-taman syurga atau ke lubang-lubang neraka?

Akhir sekali, buat diri yang masih diri, buat manusia yang masih manusia, buat hamba yang masih pintu taubatnya dibuka, pulanglah ke pangkuan Tuhanmu. Kerana kamu tahu yang mati itu pasti datang. Setiap kali kamu terpandang maksiat, ingatlah mati. Setiap kali hatimu gersang kerana kemaksiatan, waspadalah dengan mati. Setiap kali kamu rasa berani untuk melanggar perintah tuhan, ketahuilah penyesalan selepas mati tiada erti lagi. Walaupun akan meratap dan pagi!



Wednesday, August 25, 2010

Mencari yang halal itu wajib...



Alhamdulillah...sejak masuk 2nd year,banyak perkara telah saya isi dalam jadual hidup saya. Selain program PEMBINA yang best2, saya juga membuka kelas tahsin dan tahfiz Al-Quran kepada pelajar UIAM yang berminat. Tapi fokus saya di sini ialah BISNES...bisnes yang telah saya buat untuk mencari sedikit pendapatan sendiri...kecil-kecilan sahaja.....




Kopi Radix Mai Secawan...Satu Paket besar RM32.00


Mi sedap yang memang sedap...RM0.90 sepaket





Saya jual topup juga..semua ada kecuali XOX...bermula dari RM5 untuk celcom dan maxis..sape nak beli boleh hutang dulu...ini syarikat saya...







Nak daftar jadi agen RM10 sahaja...tapi kalau nak jadi DEALER (boleh lantik ahli baru) hanya RM100...banyak faedah anda dapat...







Ini bisnes saya yang paling besar setakat ini..modal sampai ribu jugakla..






Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah :275)



Saya dah mula..anda bila lagi??? =)








Monday, August 23, 2010

Bencana Alam..Rosakkah akidah kita??

Assalamualaikum semua..di sini saya ingin berkongsi peristiwa yang berlaku semalam. Lebih kurang dalam jam 6.35 petang semalam, ribut kuat telah melanda kawasan Kuantan. Dan sudah tentu tempat saya tinggal (PEJABAT PEMBINA) tidak terlepas daripada terkena tempias hujan dan ribut tersebut.(WAttaqu fitnatan la tusibannallazina zolamu minkum khossoh)...Masa tu saya berada dalam tandas sebab nak bersiap-siap untuk pergi masjid. Tiba-tiba terdengar bunyi riuh rendah ikhwah kat luar.Lepas saya keluar, saya tengok mereka semua keluar dari pejabat. Rupa-rupanya 3 batang pokok besar di hadapan bangunan kami diami telah tumbang dipukul ribut. Maka dengan kelam kabut, kami alihkan motor dan kereta kami yang diselamatkan Allah daripada dihempap pokok. Pengajarannya di sini, kalau tahu ada kedai judi sebelah tepi PEJABAT PEMBINA, buatlah sesuatu untuk membanteras kemungkaran tersebut. =D

Ribut Al-Wafa'(sempena nama klinik Prof Azmi)



Yang kuat pasti tumbang(rumah kami jadi panas)


Pokok yang gagah tumbang..tapi motor kami teguh berdiri untuk berjihad

Ada kereta terselamat...ada yang tidak..


Menurut sumber, kereta ini milik seorang Cina yang tengah khusyuk main judi dalam kedai judi

Jangan jadi lembik macam tiang lampu...futur dipukul ribut dunia..

Nur Arif Al-Banna At-tamimi..sudah berkahwin...hero pertama...

Imran Al-Makki Al-Banna At-tamimi..akan berkahwin tak lama lagi...hero yang pemalu

Pokok ini pun mahu membanteras kemungkaran judi...Bagaiman kita??(gambar pusat judi)


Kuasa Tuhan

Album : Tsunami pembawa Masej Dari Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

Aqidah umat sudah terlalu rosaknya
Tiap kejadian tidak dikaitkan dengan Tuhan
Kerana atau sebablah yang merosakkan
Bukan kehendak dan kuasa Tuhan yang melakukan

Banjir berlaku
Hujan lebatlah yang menjadikan
Bukan Tuhan lakukan untuk peringatan
Gunung berapi meletus
Memusnah nyawa harta
Belerang yang amat panas di dalamnya yang meledakkan

Bumi bergoncang gempa bumi namanya
Meruntuhkan apa sahaja
Ada sebab-sebab tertentu
Yang menggoncang

Padahal itu adalah ancaman Tuhan
Kepada mereka yang membuat mungkar
Hukuman yang dilakukan di dunia lagi
Agar manusia sedar

Memanglah Tuhan telah membuat ketentuan
Apa saja kejadian baik dan buruk
Tuhan jadikan sebabnya dahulu
Sebabkan Tuhan yang menjadikan untuk berlaku

Ertinya bukan sebab yang melakukan
Tapi Tuhan yang menjadikan sebab
Dan yang akan melakukan
Begitulah rosaknya aqidah umat
Termasuk yang Islam
Mereka telah syirik dengan Tuhan kerana keyakinan


Segala-galanya tidak akan terjadi
Kalau bukan kehendak Tuhan
Bukan sebab-sebab yang dijadikan yang melakukan

Betulkan aqidah
Takutlah Tuhan yang menjadikan apa sahaja






Thursday, August 19, 2010

Siapa engkau siapa aku....


sumber:http://laman-seri.blogspot.com/

Assalamualaikum warahmatullah,
Melihat tajuk entry, ‘Wanita jahat, 'senjata' syaitan’, saya pun takut akan dimarahi oleh pembaca setia belog ini. Maaf, saya tidak berniat langsung untuk menjatuhkan kaum saya sendiri, tetapi banyak yang ingin saya kongsikan di sini. Saya mohon, bacalah entry ini dengan fikiran yang terbuka dan cubalah cari teladan yang boleh kita ikuti...
Beberapa minggu yang lalu, kami di al-Falaah sempat bersembang perihal ketidak-warasan suami dalam hal hubungan suami isteri dan berlanjutan pula hingga ke isu ‘tabarruj’. UW memberi komen, “Sekarang ni ramai sangat wanita yang ikut trend artis. Bertudung tapi
‘bertoncet’ (entah macam mana depa ikat rambut sampai jadi tinggi?). Bertudung tapi bibir berkilat-kilatmata berwarna (pakai kanta warna), paling laris sekarangbulu mata palsu dan maskara pelebar bulu mata. Memang mengasyikkan siapa yang memandang... tapi boleh pandang saja, kalau kenyit mata kat depa mungkin anda akan dilapor melakukan ‘gangguan sexual’ pulak. Jadi lelaki yang memandang dah penuh gelodak nafsu dalam diri, balik rumah isteri pulak ada bekas bau ikan/bawang… agaknya itu yang menyinga jer.” [NB : ± kes suami simbah asid]
Saya mencelah, “Uik.. jangan sebut nama bawang kat sini. Sensitip... Toncet itulah yang saya ada highlight di sini tempohari, konon nak tiru fesyen dari Syria, nak kasi muka nampak tirus/panjang. Deme ikat tinggi, lepas itu letak rambut palsu yang macam bentuk siput itu. Sebab itu nampak toncet tinggi. Depa ada anak tudung syria, nama ‘anak tudung I-da’ ... ala.. yang macam si Aida pelakon tu pakai. Kat HxxxxA ada jual. HxxxxA ada branch dekat dengan rumah saya. Anak tudung tu ada macam-macam ‘kaler’, yang ‘pesen’ 2-3 lapis pun ada...”
Itu antara bait-bait bualan kami di al-Falaah. Dua hari lepas, saya terima email berkaitan tudung syria with high bun (toncet tinggi) daripada seorang teman. Dan saya teringat saya masih belum memasukkan entry berkenaan toncet ini di Laman Seri.
Tudung 'syria' dengan toncet tinggi ~ gambar hiasan ~
Cantik, kan tudung di atas? Masa mula-mula fesyen itu keluar, kalau tak silap pertengahan tahun lepas, saya teringat akan rambut bertoncet tinggi dalam satu hadis yang menyebutnya seperti ‘bonggol unta’. Agak pelik juga bila pertama kali saya melihat wanita bertudung dengan toncet tinggi-tinggi begini. Bolehkan kita berhias begini?... itulah persoalan yang bermain-main dalam benak saya. Jika tidak boleh, mengapa ada yang menggayakannya? Mungkin mereka tidak pernah terserempak jumpa hadis tersebut. Secara peribadi (bagi saya), jika kena gayanya memang nampak cantik dan sangat ‘kiut’, hendak-hendak pula si pemakai tudung bertoncet tinggi itu bentuk mukanya tirus, panjang atau bujur sireh, memang cantiklah. Saya pun teringin juga hendak buat toncet tinggi begini tapi bila teringatkan hadis yang pernah saya baca.... hemmm... Sesiapa yang masih tidak tahu atau ingat-ingat lupa akan hadis ‘toncet bonggol unta’ ini, teruskan bacaan anda hingga akhir tulisan ini.
Saya gemar memberi soalan cepumas kepada ‘sifu’ [UW] kerana beliau akan sentiasa ada jawapannya (alhamdulillah, setakat ini tidak pernah menghampakan soalan saya. Beliau ini semacam PST [Profesor Serba Tau] ... hik… hik…). Persoalan saya kepada ‘sifu’ di al-Falaah“.... sanggul yang ditutup pun, aurat ke ummu?”, dan jawapan beliau :
Sanggul yang ditutup, tetapi ‘bentuknya’ dizahirkan (dinampakkan), tujuannya untuk bergaya (tabarruj). Bila orang pandang, maka orang akan tahulah yang dia (si toncet tinggi) itu berambut panjang. Sekarang ini sudah bocor rahsia, ada yang pakai rambut palsu pula rupanya...
Dalam agama, banyak perkara kita kena sensitif. Menceritakan pun sebenarnya tidak boleh (fasal rambut), tetapi tengok juga cerita macam mana yang hendak dibawa. Jika cerita itu untuk pengajaran atau cerita biasa, misalnya kita cerita rambut kita sudah mula beruban, itu bukanlah bermaksud ‘buka aurat’ dalam ertikata yang diharamkan.
Yang tidak boleh, misalnya, wanita yang cerita tentang bentuk badan mereka termasuk jenis atau warna rambut kepada lelaki ajnabi, bukan untuk tujuan berkahwin tetapi saja-saja hendak beri ilusi. Sekarang ini ramai orang tidak kisah bila bercerita atau ‘chatting’. Ada wanita yang siap bagi gambar ‘togel’ atau buka webcam lagi.
Contoh tudung 'bungkus'
Dalam Islam, aurat itu perlu ditutup bukan dibungkus. Tutup macam tutup tudung saji, makan dalam tak nampak bentuk. Trend sekarang lain, sikit sebanyak nak nampakkan juga bonggol dan bonjol, dalil mereka ialah contoh dari ustazah-ustazah glamer, payahlah, kan?
Begitulah komen ‘sifu’, jadi hasrat saya untuk bertoncet tinggi macam mereka yang banyak keluar TV itu saya buang jauh-jauh.
STOP HARESSMENT AGAiNST MEN!
Aduhai sahabat-sahabat wanita ku sekalian, jangan sesekali kita lupa akan peringatan Allah SWT yang bermaksud : Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nuur 24:31)
Memanglah ada PERINGATAN Allah SWT kepada kaum Adam perihal menjaga mata pandangan, seperti firman-Nya : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nuur 24:30)
Wahai sahabat-sahabat ku, walaupun MEMANG ada peringatan Allah Taala kepada kaum Adam, tetapi berapa keratkah di kalangan mereka yang benar-benar menjaga pandangan mereka dan janganlah kita lalai kerana mereka ini mudah lupa, sering leka, gemar tergoda dan akan menyalahkan kaum Hawa juga akhirnya, jadi adalah lebih baik wajar kita menjaga diri kita sendiri daripada terjerus seperti mereka… huk... huk... Kaum Adam jangan marah... ek...
Memang kita tidak mampu menghentikan hobi mereka yang suka sangat ‘usha-mengusha’ kaum hawa kerana bagi mereka, amat RUGI jika tidak ‘usha-mengusha’kaum Hawa. Namun kaum Hawa berkuasa mengubah diri sendiri daripada ‘diintai’ oleh mereka yang bermata keranjang ini. Saya teringat kata-kata yang agak famous yang sering disebut-sebut oleh kaum Adam. Dikatakan (entah siapa yang kata? Nabi SAW tidak pernah berkata begini), wanita dikurniakan dengan 1 akal 9 emosi. Manakala lelaki dikurniakan 9 akal 1 nafsu. Secara pemahaman literal membawa maksud wanita mampu mengawal 9 nafsu emosinya dengan hanya 1 akal, sebab hampir tidak pernah saya dengar ada kes perempuan mer*g*l lelaki, kan? Tetapi lelaki memerlukan keupayaan 9 akal untuk mengawal hanya 1 nafsunya. Kuang... kuang... kuang....
Adakah ini menunjukkan Allah SWT tidak adil dalam mengurniakan keupayaan akaf fikiran manusia mengikut gender? Hemmm.... Sejak azali lagi dan di dalam Islam sendiri, lelaki perlu sentiasa di depan dan wanita di belakang, menyokong lelaki. Wanita di zaman Rasulullah SAW menjadi penyokong kuat kaum lelakinya. Tetapi dunia kini hampir mempunyai fakta yang terbalik pula. Tak mengapalah... Lelaki dan wanita dilahirkan supaya lengkap-melengkapi. Kita kaum Hawa beralahlah... Beralah bukan bererti kita kalah, sebenarnya besar ganjaran untuk kita di kampung akhirat nanti, insya Allah.
Allah SWT menyebut dalam surah ali-‘Imran ayat 14 yang menyatakan bahawa antara perhiasan dunia ini ialah wanita, maksud firman-Nya : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
Jadi, kita tidak berhias pun, masih dikatakan hiasan dunia, apatah lagi jika kita berhias berlebih-lebihan... ingat tu!
Wanita jahat senjata syaitan
Sebuah hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua golongan ahli (penduduk) neraka yang kedua-duanya belum pernah aku melihatnya; (iaitu) kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi (lembu) yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan (kedua)wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) sama seperti bertelanjang (pakaian terlalu ketat dan nipis, tidak menutup sebahagian aurat sebagaimana yang diperintahkan oleh agama yakni yang dapat dilihat rupa bentuk tubuh kepala dan badan) dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu (yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka) rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadis riwayat Muslim)
Ini lagi satu versi hadis yang berlainan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.” (Hadis riwayat Ahmad)
Menurut Muhammad Isa Daud dalam bukunya Dialog dengan Jin Islam, bahawa iblis mempunyai tentera yang berkeliaran di seluruh tempat. Mereka merupakan syaitan-syaitan peronda. Antara mereka ada yang berkumpul di jalan-jalan untuk menyambut kaum wanita yang keluar rumah dalam keadaan bersolek (berlebih-lebihan dalam berhias atau bertabaruj).
Janji Iblis
Sesungguhnya Iblis akan sentiasa berusaha mengganggu dan menyesatkan keturunan Adam agar berpaling daripada kebenaran. Ia tidak akan membiarkan manusia itu beriman dan taat melakukan suruhan Allah SWT. Allah SWT mendedahkan janji Iblis ini dalam surah al-A’raf ayat 14 hingga 17, maksud firman-Nya : Iblis berkata, “Berilah tempoh kepadaku (untuk menggoda manusia) hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).” Allah berfirman : “Sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu amsa yang tertentu).” Iblis berkata : “Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh-sungguh menghalangi mereka (daripada) jalan-Mu yang lurus. Kemudia aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”
Godaan wanita
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki dengan sebab kaum wanita.”
Imam Muslim juga meriwayatkan dalah Sahihnya, daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kalian takut terhadap (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita.”

Imam Muslim dalam Sahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn al-Zubair, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya wanita itu, ketika datang dari depan, dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula. Oleh sebab itu, jika salah seorang daropada kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian, maka hendaklah dia segera mendapatkan isterinya, dengan demikian itu dapat menolak (gejolak nafsu) yang ada dalam dirinya.”
Dalam satu hadis yang lain pula, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan akan menghias-hiasinya dan wanita yang paling dekat dengan rahmat Rabbnya adalah yang berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahihul Jaami’)
Syaitan ini ‘menghias’ kaum wanita itu agar kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya, agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah SWT.
Adakah wanita itu JAHAT dalam segalanya?
Eh.. Nanti ada pula kaum wanita yang marah-marahkan BG… jangan salah faham, ya… Mengenai fitnah (godaan) yang ada pada wanita, di samping fitnah yang ada pada harta dan anak-anak, di mana hal itu telah diterangkan di dalam al-Quran dan dianjurkan supaya mereka WASPADA dan MENJAGA DIRI dari fitnah (godaan)tersebut. Ertinya, daripada hadis di atas, ia menunjukkan bahawa wanita itu bukan jahat, tetapi mempunyai PENGARUH yang besar bagi manusia terutamanya kaum lelaki yang dikhuatirkan akan lupa pada kewajibannya, lupa kepada Allah dan terhadap agama.
Selain masalah wanita, al-Quran juga mengingatkan manusia mengenai fitnah yang disebabkan dari harta dan anak-anak. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, “Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah fitnah (godaan/cobaan bagimu); dan pada sisi Allah-lah pahala yang besar.” (Surah at-Taghaabun: 15)
Firman Allah SWT lagi, yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman! Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah al-Munaafiquun : 9)
Selain dari itu (wanita, anak-anak dan harta yang dapat mendatangkan fitnah), harta juga sebagai sesuatu yang baik. Allah berfirman yang bermaksud, “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri dan menjadikan bagimu dan isteri-isterimu itu, anak-anak dan cucu; dan memberimu rezeki dari harta yang baik-baik…” (Surah an-Nahl: 72)
Oleh kerana itu, dianjurkannya untuk waspada dari fitnah kaum wanita, fitnah harta dan anak-anak, hal itu bukan bererti ke semuanya bersifat jahat, tetapi demi mencegah timbulnya fitnah yang dapat melalaikan kewajiban-kewajiban yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Subhanallah... Tidak mungkin Allah SWT menciptakan suatu kejahatan, kemudian dijadikannya sebagai suatu keperluan dan keharusan bagi setiap makhluk-Nya. Makna yang tersirat dari suatu kejahatan itu adalah suatu bagian yang amat sensitif, realitinya menjadi lazim bagi kebaikan secara mutlak. Segala bentuk kebaikan dan kejahatan itu berada di tangan (kekuasaan) Allah SWT.
Berkaitan fitnah wanita ini juga, Ibn Abbas mengatakan, “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir, kecuali gara-gara wanita dan orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita (juga).”
Said Ibn al-Musayyab berkata, “Setiap kali syaitan berputus asa mengganggu seseorang, maka dia akan melancarkan gangguannya melalui wanita.”
Demikianlah penyebab di mana pelaku maksiat semakin terjerumus dalam dosa. Antara syaitan ini ada yang ‘pakar’ membuat indah pada bahagian tubuh wanita, sehingga tertarik setiap lelaki yang melihatnya. Syaitan melakukannya siang dan malam, tanpa putus asa sehingga ramai manusia terjerumus kepada dosa dari fitnah wanita ini.
Oleh sebab itu, Allah memberikan bimbingan bagi kaum lelaki untuk menjaga dirinya dari bahaya dan fitnah yang dapat disebabkan dan mudah dipengaruhi oleh hal-hal tersebut. Elok juga kaum lelaki mentelaah entry berkaitan Mata dan Bahaya Pandang Memandang.
Diwajibkan juga bagi kaum wanita, agar waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang diupayakan oleh musuh-musuh Islam untuk menjadikan kaum wanita sebagai medium perosak budi pekerti, akhlak yang luhur dan bernilai suci. Seruan untuk diri saya sendiri juga dan bagi para wanita Muslimah, kembalilah pada kudrat mu sebagai wanita yang solehah, wanita hakiki, isteri solehah dan sebagai ibu teladan bagi rumahtangga, agama dan negara.
Mari kita sama-sama renung-renungkan!

Sunday, August 1, 2010

Auratmu...maruahmu...tanggungjawabku....

Bersempena dengan Ramadhan yang semakin menghampiri...marilah kita sama-sama memperbaiki diri dengan menutup aurat yang merupakan perintah TUHAN...bukannya perintah manusia...bukan perintah Perdana Menteri..bukan perintah Menteri Besar...bukan perintah YB...bukan perintah Dean...bukan perintah Lecturer...bukan perintah ibu bapa...tapi ia hukum TUHAN yang termaktub!
















  



Buruknya rupamu ketika kamu melanggar arahan TUHAN...


                                             
                           













Kan lebih indah dan cantik kalau begini???Pandaikah engkau menilai??

Anda sayang diri anda??tengoklah video-video di bawah...