Thursday, June 2, 2011

KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU

Anda Buat Dia Cemburu?

          Anda sedang asyik bersms dengan seseorang yang bukan mahram tanpa  urusan penting?
          
         Anda sedang ternanti-nanti panggilan tanpa keperluan dari si dia?
         
         Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya dan saling menikmati pandangan?
          
         Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar ‘dating’?

Err, jika jawapannya ya, anda sedang membuatkan Kekasih Agung anda sangat cemburu.

Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah, “Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepada-Nya, dan ada sesuatu yang lain di hatinya selain Dia.”

Kata-kata ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasul SAW. Daripada Mughirah RA katanya: Saad bin Ubadah mengatakan :
“Demi Allah, aku lebih cemburu  daripadanya (Saad bin Ubadah yang takut isterinya berzina). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia perlukan kita. Maha suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Cemburu Allah adalah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya.

Dia tak memerlukan kita. Dia tak luak dengan kelalaian kita. Tak terjejas tanpa cinta kita.

Tapi kita?

Keperluan kita kepada cinta-Nya lebih penting daripada kita memerlukan makanan, minuman atau oksigen. Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua.

Dia faham kalau  kita mempunyai rasa cinta sesama mahkluk malah Dialah yang menganugerahkan perasaan cinta itu. Ianya membelai  setiap hati tanpa ada siapa  yang terkecuali. Namun, Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agungdaripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat keagungan cinta.

Firman Allah SWT, “Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165).

“Mereka mencintainya sebagaimana atau sama  dengan mereka mencintai Allah,” Inilah yang dimaksudkan  meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana lebihmemberi perhatian, fokus dan kesediaan berkorban kepada makhluk, bukan kepada Allah. 


Namun, jika mencintai makhluk  kerana Allah, bukan bersama Allah, ia adalah perkara fitrah yang boleh  menghantar kepada redha Allah jua. Patutlah, Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah mengkategorikan cinta kepada 3 jenis:


1.Cinta kepada Allah.
2.Cinta kerana Allah.
3.Cinta bersama Allah.

Cinta-Nya cinta utama.

Cinta-Nya mebuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya.
Cinta-Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan dunia bersama kita.
Cinta-Nya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba-Nya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.

Di Mana Tingkat Cinta Kita?

            Prof. Dr. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Islam dan Cinta meletakkan tiga tingkat cinta berdasarkan Surah al-Taubah, ayat 24, iaitu:

1)Cinta agung- cinta kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya.
2)Cinta pertengahan-cinta kepada ayah, anak, saudara, isteri, tempat tinggal, perniagaan dan lain-lain.
3)Cinta rendah- melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung.



           Cinta rendah mendapat ugutan Allah SWT, “Tunggulah, hingga Allah datangkan peringatannya.”
         
 Di mana letaknya kedudukan cinta pak we dan mak  we? Hmm, tidak masuk senarai pun.

Perhatikan baik-baik, kedudukan cinta rendah, iaitu melebihkan cinta pertengahan daripada cinta agung mendapat ugutan Allah. Padahal apa  yang dilebihkan itu masih lagi cinta kepada yang halal. Itupun sudah mengundang murka Allah. Bagaimana pula jika kita meletakkan cinta kepada yang belum  halal lebih daripada cinta Allah SWT? 


Tidak hairanlah Saidina Abu Bakar amat risau melihat kecintaan anaknya, Abdullah kepada isterinya, Atikah secara berlebih-lebihan. Cinta suami isteri itu adalah cinta yang halal. Namun, apabila Abdullah lebih asyikkan Atikah daripada menyahut panggilan azan di masjid, Abu Bakar meminta puteranya menceraikan Atikah. Atikah itu adalah wanita  yang solehah. Itupun, cinta tulusnya masih mengundang  fitnah. Apapun, ketulusan hati kedua-dua pasangan itu kembali melebihkan cinta Allah berbanding cinta  makhluk menyebabkan Abu Bakar meminta Abdullah merujuk kembali Atikah.

Oh  diri, di mana kedudukan cintamu sekarang ini? Astarghfirullah!

Bila Kita Tak Kisah

            Apabila kita tak ambil kisah tentang kecemburuan Allah SWT, terus mengagungkan makhluk lebih daripada-Nya, bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita. Teringatkan makhluk itu lumrah namun melebihkan ingatan kepada makhluk berbanding kepada Allah, itu yang mengundang  fitnah.
Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah, menuju ke syurga. Apabila Allah SWT memisahkan kita daripada kebaikan-kebaikan, maka apa ertinya hidup kita ini lagi?
          
            Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan ‘rasa’ yang boleh menyelamatkan hidup kita. Ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu kepitusan bijak.

Pernah dilaporkan di dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa. Gadis itu menunggu abangnya di perhentian bas. Tiba-tiba, sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang. Dia meluru kepada gadis itu dan mencaci-maki dirinya,
“Memang sah, kamulah yang curi handphone saya,” tuduhnya. Gadis itu membela diri sambil terpaksa bertebal muka dan menahan malu terhadap orang sekeliling ketika itu,

“Hey, saya tak tahu apa-apa.”

“Kalau kamu rasa kamu betul, mari kita selesaikan di balai polis.”

Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotel. Akhirnya, dia dirogol di situ.

Kenapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu?

Syariatullah, Allah mahukan kita cinta kepada-Nya dan mencintai makhluk hanya  kerana-Nya. Allah mahukan kita tidak melebihkan sesuatu melebihi-Nya. Itu yang Allah mahukan dan itulah target hidup  yang kita perjuangkan.


Sunnatullah, hukum alam pula menyaksikan manusia mudah lalai, mudah alpa, lupa dan lena. Lantaran itulah kita perlu sentiasa menghiasi diri  dengan taubat, bermujahadah setiap  masa sehingga tiba saat bertemu dengan-Nya. Sama-samalah kita mencontohi sensitifnya Rasulullah para sahabat menjaga cinta mereka. Hinggakan ada sahabat yang berasakan dirinya munafiq saat berada jauh dari Rasul tatkala leka bergurau senda dengan keluarga, padahal para sahabat bukanlah ahli dosa. Kita pula bagaimana?  Pernahkah kita  berasa hati kita sensitif untuk dalam memelihara iman kepada-Nya?

Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta

            Ya, ketertarikanmu pada si dia itu lumrah. Fitrah yang Allah hadirkan. Setiap fitrah ada peraturannya. Fitrah makanpun ada peraturan, inikan pula fitrah cinta?Oleh itu, wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikitpun peraturan yang telah Allah tetapkan?
            Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa perturan? Penuh maksiat hati.Menjalar pula pada maksiat perbuatan.

Remajaku sayang,
Bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta malah semua orang tak kan terkecuali termasuk para rasul, sahabat dan orang-orang soleh. Bezanya, bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya?
           
            Ibnul Qayyim menukil indah di dalam bukunya Raudhatul Muhibbin tentang kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra pada malam pertama. Fatimah, puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya, Saidina Ali, “Kanda, dulu sebelum kita nikah, dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat menganguminya.”Dengan penuh cemburu, Saidina Ali berkata, “Habis tu, dinda menyesal nikah dengan kanda?”Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir, “ Tak kandaku sayang, kerana orang itu adalah kanda.”
            Kisah ini menjadi alah satu bukti jelas pada kita bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali. Mengagumi, merindui dan memasang impian hidup bersamanya.
            Namun, adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali? Bersms melalui burung merpati? Mengatur ‘dating’ di belakang pohon kurma? Membonceng unta kekasihnya?
            Begitu juga Saidina Ali, adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia meminta-minta sesuatu daripada Fatimah dengan ayat ‘power’,

“Sayang tak percayakan abang?”

“Kalau sayang mana buktinya?”

Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengorat gadis idamannya? Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Saidina Abu Bakar dan Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri?
            
Kita pula bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita pada si dia? Adakah dengan jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?

bOX

 LELAKI SOLEH PUN CEMBURU KERANA IA LUMRAH CINTA

1)      Rasulullah mencemburui Mariah al-Qibtiyah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi’ah dari Yazid bin Abi Habib dari Abdur Rahman bin Syamasah al-Mahri dari Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyah mengandungkan anak Rasulullah, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya daripada Mesir kerap datang menizarahinya. Suatu hari, Rasulullah menemui Mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya. Rasulullah berasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Di jalanan, baginda bertemu Umar. Umar perasan ada sesuatu yang Rasulullah pendam. Umar lantas bertanya keadaan baginda. Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah. Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Dia mahu membunuhnya. Lelaki itu segera menyingkap keadaan zakarnya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Dia menemui Rasulullah. Rasulullah berkata, “Jibril telah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku.” (Riwayat Bazzar).

2)      Umar Cemburukan Isterinya Ke Masjid
Umar bin al-Khattab tidak kurang besar cemburunya. Pernah isterinya keluar untuk solat berjamaah di masjid. Dari riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata. “Jika kanda melarang, dinda tak pergi.” Umar diam sahaja kerana ingat pesan Nabi, “Janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid.” (HR Bukhari, Ahmad dan Abu Daud).

3)      Cemburu Diambil kira Untuk Meringankan Hukuman
Pernah ada kes di zaman Umar, seorang lelaki membunuh isterinya dan seorang lelaki lain kerana melihat mereka sedang berzina. Sekelompok ahli fiqah berpendapat dan di antaranya Imam Ahmad bahawa jika seorang pemuda menemui lelaki lain sedang berzina dengan isterinya, lalu dia membunuh keduanya maka tiada qishas baginya, serta tiada wang diyat. Kecuali jika dia membunuh isterinya yang sedang diperkosa, maka perlu diqisas. Namun, ucapan suami semata-mata tidak boleh diterima kecuali dengan saksi oleh walinya dan bukti. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Ibnul Qayyim berkata, cemburu yang membuat pencinta menghukum kekasihnya dengan sangat berat begini adalah cemburu yang tidak terpuji.

4)      Ibnu Umar Cemburu Mendengar Bicara Isterinya dengan Lelaki Kerabatnya
Hammad bin Zaid dari Ayyub dari Ibnu Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibnu Umar mendengar isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Di antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan. Namun Ibnu Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumpulkan pelepah kurma dan memukul isterinya hingga si isteri berteriak kesakitan.

5)      Cemburu Muaz Bin Jabal Saat Makan Epal
Al-Kharaithi menyebut dari Muaz bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. Lalu masuklah hambanya menemuinya. Kemudian si isteri memberikan epal yang telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Muaz rasa cemburu. Dia lalu memukul isterinya.


Tuesday, May 24, 2011

Diari seorang remaja(penghayatan hayatussahabah)

Tsalabah bin Abdul Rahman ra adalah salah seorang sahabat yang mulia. Beliau berasal
dari kalangan Anshar, dan selalu setia melayani Rasulullah Saw sejak beliau ra masuk
Islam.

Suatu ketika dalam sebuah perjalanan untuk menunaikan sebuah urusan, secara tidak
sengaja Tsalabah ra melihat seorang wanita Anshar yang sedang mandi. Rasa takutnya
akan Allah Swt muncul seketika, ia takut jika Allah Swt akan menurunkan wahyu atas
apa yang telah terjadi. Maka ia lari hingga mencapai pegunungan, tinggal disana dan
senantiasa bertaubat dan menangis kepada Allah Swt selama 40 hari.

Malaikat Jibril as menyampaikan perihal ini kpd Rasul Saw, shg Rasulullah Saw
meminta kepada beberapa sahabat Anshar untuk menjemputnya. Ketika sampai Madinah,
Rasulullah Saw sedang memimpin shalat berjamaah. Maka shalatlah mereka, namun
Tsalabah ra masih dengan rasa berdosanya, memilih shaf paling belakang. Ketika ia
mendengar ayat Qur'an yg sdg dibaca Rasul Saw, ia seketika pingsan. Selesai shalat,
Rasulullah Saw membangunkannya dan menanyakan perihal dirinya.

"Apa yg menyebabkan kau pergi dariku?," tanya Rasul.

"Dosaku, ya Rasulullah," jawabnya.

"Bukankah aku pernah menunjukkan ayat yg dpt menghapus dosa dan kesalahan (QS.
2:201)?," tanya Rasul.

"Betul, akan tetapi dosaku teramat besar, ya Rasulullah," jawabnya.

"Akan tetapi, Kalam Allah itu lebih besar lagi," jawab Rasulullah Saw.

Setelah itu, Rasulullah Saw memerintahkan agar Tsalabah dibawa kerumahnya. Namun
setelah sampai dirumah, Tsalabah ra jatuh sakit, hingga akhirnya Rasulullah Saw yang
mendengar kabar sakitnya Tsalabah ra menjenguknya. Tsalabah ra masih malu karena
rasa bersalahnya selalu menggeser kepalanya dari pangkuan Rasulullah Saw.

"Mengapa kamu geser kepalamu dari pangkuanku?," tanya Rasulullah Saw.

"Karena kepala ini penuh dosa," jawab Tsalabah ra.

"Apa yg kamu keluhkan?," tanya Nabi Saw kepadanya.

"Seperti ada gerumutan semut-semut di antara tulangku, dagingku, dan kulitku," jawab
Tsalabah ra.

"Apa yang kamu inginkan?," tanya Nabi Saw.

"Ampunan Rabbku," jawabnya.

Kemudian turunlah Jibril as kpd Nabi Saw dengan membawa wahyu dr Allah Swt,
"Andaikata hamba-Ku ini meghadap-Ku dengan kesalahannya sepenuh bumi, Aku akan
menyambutnya dengan ampunan-Ku sepenuh bumi pula."

Nabi Saw menyampaikan wahyu tersebut kepada Tsalabah ra, dan seketika ia terpekik
dan meninggal. Maka Rasulullah Saw memerintahkan agar ia segera dimandikan dan
dikafani. Ketika selesai menyalatinya, beliau Saw berjalan sambil berjingkat.

Salah seorang sahabat menanyakan mengapa Rasulullah Saw berjalan sambil berjingkat
seperti itu. "Demi Dzat yang telah mengutusku dengan benar sebagai Nabi, sungguh aku
tidak mampu meletakkan kakiku di atas bumi, karena malaikat yang turut melayat
Tsalabah sangatlah banyak," jawab Rasulullah Saw......................



Saturday, May 14, 2011

Engkau bukan ikhwah....

Pesanan ini ditujukan khas buat para du'at yang masih terus berusaha untuk membaiki diri..kerana anda masih mempunyai akal dan hati.....













Engkau bukan ikhwah...........


Kalau sekadar sibuk pergi usrah dan daurah
Kalau hanya lantang bersuara untuk bertelagah
Kalau tarbiyyah diri pun engkau tak endah
Kalau engkau suka melihat umat Islam berpecah-pecah
Kalau tempat tinggal engkau pun seperti tempat pembuangan sampah
Kalau lepas iftar dan memasak pun dapur bersepah-sepah
Kalau engkau melihat sahabat seagamamu futur pun engkau tak rasa resah
Kalau hanya banyak meeting dan musyawarah




Engkau bukan ikhwah..........


Kalau solat pun duduk saf paling belakang
Kalau riadhah hari-hari sampai lewat petang
Kalau jumpa kawan engkaulah paling garang
Kalau orang bagi nasihat engkau buat muka berang
Kalau orang tegur engkau tunjuk hujung parang
Kalau dengan sisters engkaulah paling riang
Kalau dengan akhowat engkaulah paling siqoh dan matang




Engkau bukan ikhwah...........
Kalau sekadar suka bercakap pasal Islam
Tapi masih boleh berileks-rileks nak kerja sehari semalam

Engkau bukan ikhwah...........
Kalau ujian dunia pun dah nak cerita kat semua orang
Sedangkan engkau sudah ditarbiyyah lebih daripada orang


Engkau bukan ikhwah............
Kalau asyik tidur memanjang
Hingga masih boleh melenggang-lenggang saat azan berkumandang


Engkau bukan ikhwah............
Kalau hanya sekadar rapat dengan ahli se'jemaah'
Tapi mengasingkan diri dengan yang mereka 'bukan ikhwah'


Engkau bukan ikhwah............
Kalau saat orang bagi kerja dakwah engkau menolak dan tak nak buat
Kerana engkau rasa kerja dakwah jemaah engkau lebih penting dan hebat


Engkau bukan ikhwah............
Kalau engkau rasa syurga itu milik mereka yang hanya bekerja untuk jemaah
Kerana engkau lupa taat setia itu hanya pada khalifah


Engkau bukan ikhwah............
Kalau selalu menafikan kerja dakwah orang lain
Sedangkan dengan kerja dakwah engkau pun engkau main-main


Engkau bukan ikhwah...........
Kalau kau hanya berdakwah secara tidak agresif dan lemah
Kerana alasan engkau dakwah itu panjang dan tidak boleh 'ajalah


Engkau bukan ikhwah...........
Saat orang lain bersusah payah di medan perjuangan
Engkau masih bersuka ria menjamu perut di restoran US dan Israel




Ingatlah wahai ikhwati fil iman
Dunia ini hanya persinggahan
Matlamat kita hanya satu tujuan
Mengembalikan dunia kepada kegemilangan Islam dan Iman
Mengajak manusia kepada syurga yang nikmatnya tiada bandingan
Korbankanlah kehendak dan kepuasan nafsumu untuk perjuangan
Jangan suka menjadi ikhwah yang banyak mencari alasan!




Akhukum fil iman........












Apa itu usrah?

Saya doakan kalian yang membaca post kali ini akan turut bersama-sama kami dalam usrah! =) Kepada yang pernah, sedang dan akan...tinggalkan testimoni anda..saya nak tahu... {:)

Wednesday, May 11, 2011

Kenapa memilih jalan pernikahan?

Hari ini saya menulis lagi. Sekali saya menulis, selamanya saya takkan berhenti menulis. Saya tulis untuk anda baca. Kalau anda suka, alhamdulillah. Kalau anda tak suka, komenlah. Yang pasti, apabila anda komen, bermakna anda sudah baca apa yang saya tulis. Saya suka. =)

Exam pro masih berbaki 2 hari lagi. Satu paper Dental Material pada hari Jumaat, satu lagi OSPE pada hari isnin depan. Jadi, hakikatnya bukan 2 hari. Ada 5 hari lagi. Itupun kalau tak kena viva. Insya Allah. Doakan ya. Tahun ini azam saya tiada lagi viva. Tiada lagi kena tanya. Saya sudah serik. Pengalaman exam pro tahun lepas sudah cukup buat saya insaf akan kesilapan saya. Jadi tahun ini saya usaha lebih sedikit. Maklumlah, dah nak bernikah. Nak buktikan pada mak ayah, nak buktikan pada mak abah, saya pun boleh berjaya. Orang bernikah pun boleh cemerlang. Kalau bukan kita, nak harapkan siapa?

Hari berganti hari. Tanpa saya sedari, cuma ada lebih kurang 15 hari berbaki. Sebelum saya bergelar seorang suami. Rasa macam banyak lagi yang perlu diperbaiki. Buat tunang yang berada jauh di Ipoh, doakan jodoh kita sampai ya. Saya tak nak jodoh kita pendek. Saya tak mau jadi macam orang lain. Jodoh mereka hanya setakat di hujung jari, jodoh mereka berakhir dengan SMS yang memeritkan hati, jodoh mereka berakhir selepas berdating berhari-hari. Itu sebabnya saya memilih jalan untuk bernikah. Ya!Saya serius. Bukan main-main. Seperti yang selama ini orang sangkakan.

Kalau anda tak setuju dengan saya, anda boleh komen. Tapi anda mesti baca. Hehe. Tak setuju tak semestinya menentang kan?Awal-awal saya pesan, apa yang saya tulis kat sini, bukan boleh pukul rata untuk semua orang. Tapi kalau anda rasa terpukul, baik anda fikir-fikirkan. =)

Saya pernah berkata, saya mula memikirkan tentang pernikahan secara serius, sebelum SPM lagi. Awal ke?Saya tak rasa begitu. Kalau anda nak kahwin umur 30, awal lah kot. Tapi kalau anda nak nikah umur 22(macam saya), mungkin dah terlewat. Tapi kalau anda nak contohi bapa Imam Abu Hanifah,kahwinlah 40 tahun lagi. Hehe.

Ramai orang lelaki cakap, kahwin awal tu perlu. Nak jaga itu, nak jaga ini. Tak tahan nak buat itu, tak tahan nak buat ini. Tidak kurang yang menuding jari pada wanita. "Mereka pakai ketat, mereka pakai sendat. Saya dah tak tahan nak buat maksiat". Mungkin saya juga begitu. Ke macam mana wahai kaum Hawa?Kebanyakan yang saya jumpa, kaum Hawa kurang rasa nak kahwin awal. Mereka kata, study dulu. Habiskan belajar dulu. Tunaikan tanggungjawab dengan mak ayah dulu. Sambil-sambil tu, boleh la pergi dating dengan pakwe tiap-tiap hujung minggu. Tak gitu? =)

Buat mereka di luar sana, ingin saya satu kongsikan satu perkara. Antara sebab mengapa saya bernikah(tak semestinya awal. Tapi tidak bercouple la) kerana saya sangat menghargai dan memandang tinggi seorang wanita. Anda tertanya-tanya?Mari saya jawab. Sebelum tu, saya nak anda jawab soalan saya dulu. Pernah anda bercouple?Dah berapa orang yang anda pernah bercouple?Berapa lama bertahan?Dah berapa kali cerai pastu rujuk balik?Mungkin dah lebih 3 kali talak pun ada lagi yang rujuk. Huhu.

Saya mahu tujukan pesanan ini, khas buat insan bernama lelaki. Kerana perempuan mungkin kurang memahami. Tapi takpe. Anda tetap boleh baca. Pernahkah anda terfikir, setiap kali anda tidak berpuas hati dengan pasangan anda,setiap kali anda terkilan dengan kelakuan pasangan anda, setiap kali anda merasakan dia belum cukup menyayangi anda, setiap kali dia buat anda marah, dan anda terfikir untuk mencari pengganti yang lebih sempurna, untuk membuka cawangan di sini sana, apa perasaan pasangan anda?

Untuk mereka yang bercouple, mereka pasti senang untuk memilih jalan clash. Sudah bosan, cari lain. "Tinggal jela awek lama. Ramai lagi awek lain yang lagi lawa dan baik-baik."~Anda harus berhenti membaca di sini. Saya letakkan titik noktah untuk anda. Kerana anda seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. =)



*                                       *                                                    *                                   *


Yang tidak bercouple atau sudah insaf, mari kita sambung. Pernahkan anda terfikir perasaan pasangan anda kalau dia mengetahui niat dan cita-cita 'murni' anda itu?Fikirlah sepuluh kali. Seratus kali pun takpe. Sambil-sambil itu, anda renung dan imbas kembali. Saat anda melafazkan 'aku terima nikahnya'. Saat anda menyatakan janji setia. Untuk menjaganya selama-lamanya. Ingatkah anda bahawa di sebalik seorang wanita itu di belakangnya ada seorang ibu? Lupakah anda bahawa tanpa ibunya dia tidak akan dilahirkan? Sedarkah anda bahawa jika anda mahu meninggalkan pasangan anda, anda sebenarnya telah menghancurkan hati seorang ibu?Atau anda tidak mempunyai seorang ibu untuk tidak mampu menyelami semua itu?

Anda lupa bahawa pasangan anda dulu hanya kanak-kanak kecil yang comel. Anda lupa dulu pasangan anda itu pernah dikandungkan dengan susah payah oleh seorang insan bergelar ibu. Anda lupa bahawa begitu perit seorang ibu melahirkan pasangan anda ke dunia. Dijaganya dengan penuh kasih sayang yang tiada taranya. Dewasanya pasangan anda kerana penat lelah dan sengkang mata ibunya yang tidak jemu-jemu membesarkannya. Anda lupa betapa beratnya hati seorang ibu untuk melepaskan anaknya kepada anda untuk dikahwini setelah sekian lama dia bersamanya.

Tapi hari ini......

Anda baru bersama pasangan anda 2-3 tahun, atau mungkin 4-5 bulan, anda sudah berniat untuk mencari penggantinya?Jantankah anda sanggup menggadai kepercayaan seorang ibu kepada anda untuk menjaga anaknya setelah susah payah ibunya menjaganya selama 20 tahun? Diserahkannya kepada anda kerana tingginya kepercayaan ibunya kepada anda, tapi hari ini senang-senang saja anda mahu meninggalkannya??Apa perasaan anda kalau anda diperlakukan sedemikian?Apa perasaan anda kalau anda berada pada tempat ibunya?

Sedarlah wahai insan bernama lelaki. Anda mesti punya harga diri. Pulanglah. Tataplah wajah ibu anda dalam-dalam. Belajarlah menyayangi dan menghargai mereka. Nescaya anda akan belajar menghargai pasangan anda.

Jom kita bernikah! =)



http://anazahra.blogspot.com/2010/11/single-itu-indah-nikah-itu-barokah.html


*                                        *                                            *                                           *



Single itu indah, nikah itu barokah~

Di mana kita???



Palestin akan bebas dan kami yang akan membebaskannya!

Monday, May 9, 2011

Kurangkanlah ketawa dan banyakkanlah menangis

" ترجوا النجاح و لم تسلك مسالكها " 
" ان السفينة لا تجرى على اليبس"

Pepatah arab ini 1st time saya dengar masa kat sekolah Maahad dulu. Diucapkan oleh Najib semasa majlis forum kecemerlangan Maahad Muhammadi bersama pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar dan pelajar ketiga terbaik STAM 2006 negara, Ahmad Najib Abdullah dari Maahad Muhammadi.

Pepatah ini biasa sahaja maksudnya. Tapi apa yang buat saya tertarik ialah ketika Najib hendak mengucapkan pepatah ini, dia merujuk pepatah ini kepada seorang ustaznya yang berada di depan kami yang turut menyaksikan forum tersebut, Ustaz Ashraf Hasan Khalil. Mesti bangga ustaz tu.

Exam pro kedua untuk 3rd batch dentistry sedang berlalu dan akan terus berlalu. Macam-macam ragam. Termasuk saya. Sungguh stres study banyak-banyak. Tak sabar nak habis exam. Malas rasanya melalui pengalaman study yang berturut-turut, menghadap nota, perasaan berdebar-debar sebelum masuk dewan, kepenatan otak menjawab soalan esei dan short note...arrgh..tak tercerita semua tu dengan perkataan. Hanya Allah yang tahu.

Di sebalik semua itu, kita sokmo lupa. Terlalu resah memikirkan nasib selepas exam, sampai takut sangat-sangat, risau, gundah gulana dan macam-macam lagi. Bertenanglah wahai sahabat. Dunia ini akan hancur. Sudah ada yang merancang-rancang apa nak buat lepas exam. Tengok wayang, makan KFC, secret recipe, lepaskan tension dengan karaoke...Adeh...

Exam adalah perjalanan. Result adalah satu ketentuan. "Kamu mengharapkan kejayaan sedangkan kamu tidak mengikut jalannya. Sesungguhnya kapal tidak akan belayar di tempat yang kering kontang".  Itulah makna pepatah arab tadi. Usahalah semampu mungkin. Jangan di celah-celahnya diselit maksiat dan lupa. Jangan penutupnya diakhiri dengan leka dan dosa. Sesungguhnya syurga dan neraka itu satu ketentuan. Dan hidup ini adalah perjalanan. Merancanglah untuk bersuka ria di sana. Cukuplah kubur itu tempat sebagai istirehat. Perjalanan ini panjang. Moga setiap langkah menuju ketentuan itu ada rahmat. Moga kesudahan yang baik. Moga Allah redha. Dunia dan akhirat.

p/s: sungguh gembira exam kali ini. makin semangat nak gi usrah. tiada rasa malas apatah lagi risau. terima kasih buat naqib akh iman yang tak jemu-jemu bagi pengisian. liqa' dan halaqah sentiasa ditunggu-tunggu. benarlah perancangan masa dengan teliti akan memudahkan banyak urusan. insya allah lepas habis exam banyak plan hendak buat.

1)kahwin
2)bekerja
3)mengajar
4)berbakti kepada masyarakat
5)join lebih banyak program tarbiyah
6)pulun iadah quran
7)hadir ke kuliah2(sekian lama tak pergi)
8)dalami ilmu qiraat
9)assignment paedo
10)persediaan clinical year
11)........

La tahzan innalla ma'ana...