Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian dirafa'kan ke hadrat Allah Rabbul Jalil atas limpah hidayah dan taufiqNya diberi peluang dan semangat untuk berkongsi sesuatu di sini setelah sekian lama kekeringan idea dan ruh. Mungkin kerana dosa-dosa yang terus menerus menghijab hati. Ya Allah sucikanlah hati ini sebagaimana bersihnya hati seorang bayi yang baru dilahirkan...Ameen.
Hidup saya sebagai seorang pelajar tetap diteruskan. Namun tidak pernah lupa pada tanggungjawab agung sebagai seorang daie sepenuh masa untuk menyambung kerja para anbiya' menyebarkan Islam ke pelusuk dunia. Teringat kata-kata agung Al-Banna apabila beliau menyebut "Akan aku sampaikan dakwah hingga kepada janin dalam perut ibu". Subhanallah! Hebatnya pemuda tarbiyah.
Alhamdulillah akhirnya "setting teeth" untuk partial denture akhirnya dah dinilai dan diberi markah. Selesai satu beban rasanya. Boleh fokus pada belajar dan benda lain pula. Namun tidak dapat dinafikan perkara kecil sebegini mampu mempengaruhi jiwa dan semangat sesiapa sahaja. Lihatlah pada wajah pelajar-pelajar Kuliyyah Pergigian. Penuh dengan stres dan tension. Allah bahagiakanlah dan tenangkanlah jiwa kami. Cuma apa yang boleh saya simpulkan terutamanya kita sebagai seorang daie haruslah kita pandai untuk membahagikan dan menguruskan masa. Benarlah "Al-waajibat aksaru minal auqat". Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada. Maka susunlah masa dan kerja kita sebaik mungkin. Hanya mereka yang sibuk dan sistematik sahaja mempunyai banyak masa. Jangan biarkan masa berlalu tanpa sebarang perkara yang bermanfaat.
Dalam kesibukan kita dengan tanggungjawab, janganlah kita lupa tanggungjawab kita dengan diri kita. Tanggungjawab kita dengan Allah. Jangan sesekali dilalaikan amalan fardi kita. Jangan cuaikan masa kita untuk Allah dengan alasan kesibukan dunia. Luangkanlah masamu untuk solat jemaah. Peruntukkan masa untuk mengalunkan alunan suci Al-Quran yang menghilangkan karat hati. Curilah masa untuk berzikir ma'surat. Kuatkanlah hatimu untuk bermunajat dan menagih cinta agung di waktu hening malam. Biarlah hatimu basah dengan amal. Jangan biarkan ia kering. Jangan biarkan ia tandus. Jangan biarkan hatimu menangis kekurangan iman. Ingatlah dirimu adalah pemuda tarbiyah. Pelajaran dan perkara lagho bukan lagi alasan untuk kita seperti orang kebanyakan. Tarbiyahlah dirimu untuk menjadi pemuda agung!
Alhamdulillah dalam kesibukan masa yang tidak menentu, Allah berikan saya peluang untuk mengajar. Mengajar Al-Quran di rumah-rumah pada waktu malam. Ramai yang bertanya "Tak letih ke mengajar? Pagi pergi kelas. Malam mengajar lagi. Bila masa nak study?" Jawapan saya mudah. Saya bukan seperti anda. Saya tidak mempunyai facebook untuk di"check" dan update status tiap-tiap hari. Saya tiada internet yang laju untuk download movies apatah lagi untuk menontonnya. TV Haier yang saya beli untuk temani saya ketika tinggal di Pejabat PEMBINA sebelum ini pun hanya jarang-jarang saya buka. Itupun sekadar nak lepaskan penat. Saya tiada peluang untuk melepak-lepak membuang masa di kedai-kedai makan. Kalau ada pun, saya mahu gunakan masa makan yang ada itu sebaiknya untuk DAKWAH FARDIYYAH. Baru tak terasa rugi keluar makan. Saya tidak mahu menjadi manusia biasa. Saya yakin yang saya dilahirkan bukan untuk menjadi manusia biasa. Umur saya sudah mencecah 21 tahun 3 bulan. Dan saya tidak punya masa yang banyak untuk dibuang. Penggunaan masa harus dioptimumkan. Kalau nak study, carilah masa yang lapang selepas mengajar. Pukul 11 malam ke atas. Insya allah boleh. Tapi jangan lupa untuk doa dan solat hajat. Itulah sumber kekuatan dan kejayaan. =) Ya Allah kurniakanlah kami keberkatan masa. Bantulah kami dalam pelajaran kami. Jangan biarkan pelajaran kami menjadi fitnah kepada kerja dakwah menyebarkan agamaMu.
Akhirul kalam, muhasabahlah diri kita selalu. Sejauh mana iman kita menempuhi hari-hari yang berlalu. Tetapkan hati dan semangat. Jangan mudah gugur. Jangan cepat futur. Ujian pasti datang untuk menilai iman dan kesabaran. Bersedialah selalu!Buat sahabat-sahabat yang sudah dan akan menduduki peperiksaan, maat taufiqi wannajah saya ucapkan. Moga kejayaan akan buat antum lebih bersyukur. Andai Allah taqdirkan kegagalan, serahkan segalanya pada Allah. Dialah tempat mengadu segala-galanya. Mintalah dikurniakan kesabaran kerana Dialah Yang Maha Mencipta Sifat Sabar. Maka siapa lagi yang lebih layak untuk meminta kesabaran selain daripadaNya..
"Dakwah tidak perlu susah-susah. Bismillah jalan!"
Thursday, January 27, 2011
Monday, January 24, 2011
Kriteria Dalam Memilih Pasangan
Insya Allah esok group saya akan present tajuk "Marriage In Islam" untuk kelas parenting. Dan saya ditugaskan untuk present "Criteria in Choosing Spouses".
Isi dalam kepala sudah ada.
Harapnya point penting dapat disampaikan.
Tapi kalau anda terbaca, sudi-sudilah memberikan pendapat anda. Apa kriteria anda dalam memilih pasangan.
Moga ia jadi perkongsian yang bermanfaat.
"Dakwah tidak perlu susah-susah. Bismillah jalan!"
Isi dalam kepala sudah ada.
Harapnya point penting dapat disampaikan.
Tapi kalau anda terbaca, sudi-sudilah memberikan pendapat anda. Apa kriteria anda dalam memilih pasangan.
Moga ia jadi perkongsian yang bermanfaat.
"Dakwah tidak perlu susah-susah. Bismillah jalan!"
Tuesday, January 11, 2011
Jangan Jadikan Alasan!
Alhamdulillah..Allah masih beri kesempatan untuk mencoretkan sesuatu. Sungguh diri ini sangat-sangat sibuk dengan pelbagai tugasan. Jangan tanya tugasan apa. Masa sering mencemburui kita. Jadual bermula dari 5.30 pagi sampailah 12.00 malam. Itu jadual bersama manusia lain. Masih adakah jadual untuk diri dan Tuhan??Ya Allah berilah aku keberkatan masa.
Dua tiga hari ini rasa jiwa penuh terisi. Masih dalam usaha untuk menghadamnya satu persatu. Agar ia bukan setakat ditelan, tapi mampu diluahkan dalam bentuk yang lebih baik insya Allah. Allah berikan anda masa yang banyak. Gunakanlah sebaik-baiknya untuk membuat bekal persediaan menuju akhirat. Tinggalkan mana yang tidak bermanfaat. Daie tidak pernah membazirkan masanya dengan perkara-perkara lagha. Moga internet yang kita subscribe ni digunakan sebaik mungkin. Kurangkan pembaziran. Setiap masa dan ketika adalah untuk dakwah. Kalau anda berhenti, pedang jahiliyyah pasti akan pancung kita!(nasihat Mat Din)
Buat diri dan sahabat-sahabat yang masih mahu melarikan diri dari turut bersama dalam tarbiyah..Hargailah masa yang ada. Tarbiyah tidak akan menunggu kita. Anda pasti akan menyesal jika tidak menyertai gerakan tarbiyah dari awal. Anda pasti ketinggalan. Sedarilah di sana ramai pemuda-pemuda sedang mencetuskan fenomena kebangkitan Islam. Anda mungkin tidak menyedari kehadiran mereka. Gejolak api dakwah menyala-nyala dalam diri mereka seakan-akan tidak mampu dipadamkan lagi.Mereka bukan ustaz, mereka bukan ulama' terkenal. Mereka adalah pemuda-pemuda terpilih. Pemuda seperti kita!Walaupun masih usia 20-an tapi mempunyai cita-cita besar untuk mengembalikan kegemilangan Islam!
Allah rahmati dan teguhkan langkah mereka ini.....
Ikhwatuna fil Islam....
Adam and Gang Katibah SELAT Al-Fateh, Hartono, Faridul, Mat Din dan lain-lain...
Perjalanan kita masih panjang...Jangan Jadikan Alasan.Bismillah Jalan!!

| Penat kita berdaurah, kita riadhah pulak!( Kenangan daurah di Baitun Nur, Banting) |
Allah rahmati dan teguhkan langkah mereka ini.....
Ikhwatuna fil Islam....
Adam and Gang Katibah SELAT Al-Fateh, Hartono, Faridul, Mat Din dan lain-lain...
Perjalanan kita masih panjang...Jangan Jadikan Alasan.Bismillah Jalan!!
Sunday, January 2, 2011
Biar ukhuwwah kerana Iman....
Alhamdulillah. Akhirnya Allah izinkan untuk menulis lagi. Tanpa guru dan ilmu sangat susah untuk kita menulis sesuatu. Kata orang sebaik-baik guru adalah pengalaman. Pengalaman itu adalah apa yang kita lalui dalam hidup. Dan sudah pasti tiada yang lebih berkuasa mengatur hidup kita kecuali Allah. Dialah sebaik-baik Yang mentarbiyah kita.
Semalam, seorang sahabat saya datang ke Kuantan. Dari USIM. Dengan bermotor!Bukan main berani lagi. Dahla berseorangan. Tapi tak pelik. Sebab dia 'geng basikal' saya dulu. Saya kenal dia masa tingkatan 1. Rumahnya sangat dekat dengan rumah saya. Kami sekolah dengan berbasikal. Mula-mula kawan biasa. Tapi dah selalu sangat balik sama-sama, lama-lama jadi rapat. Apabila dah rapat, kawan rapat akhirnya jadi sahabat. Bukan sahabat biasa. Tapi sahabat dunia akhirat. Suka sangat berbasikal. Ke mana-mana pun dengan basikal. Di saat orang lain sudah cuba-cuba naik motor, kami tetap berbasikal hinggalah habis SPM. Kedai, bandar, main bola, ziarah, tuisyen, berkelah, selagi tempat itu tidak perlu meredah sungai atau laut, kami pasti sampai. Jarak tidak pernah menjadi penghalang. Paling jauh yang saya ingat kami berbasikal lebih kurang 40km. Panas?Bosan?Itu tidak pernah dirasakan. Kerana ukhuwwah yang terbina di atas basikal memadamkan semua keletihan dan kebosanan.
Setelah sekian lama tidak berbual panjang, dia usahakan untuk datang ke Kuantan. Tak puas katanya hanya chatting dalam YM. Benarlah ukhuwwah mampu menghasilkan apa sahaja yang luar biasa. Ukhuwwah atas dasar cinta. Banyak perkara kami kongsi. Semua cerita takkan ada yang tersembunyi. Dari masalah studi hinggalah masalah nak berbini. Hehehe. Kebetulan dia juga belajar kos pergigian. Memang banyak persamaan. Sungguh sukar nak cari perbezaan antara kami. Yang paling tak sangka, dia pun dalam usrah yang sama. Betullah...Kalau cara berfikir sama, memang kita akan bertemu dalam jalan perjuangan yang sama. Perkongsian kami bukan perkongsian biasa. Ia perkongsian kehidupan. Kehidupan yang menuju kematian. Perkongsian yang bertujuan mencari redha Allah dan iman. Terasa hidup hati ini bersamanya.
Itulah dia sahabat saya. Abdul Azim Asy bin Abdul Aziz.
Tinggi cita-citanya.
Walaupun dahulunya bukan sekolah agama, tak pernah terpadam matlamatnya untuk menjadi pemuda agama yang luar biasa.
Saya akan sentiasa doakannya.
Moga janji dan cita-cita kita terlaksana.
"Mat jeng, kalu demo baco post ni, jangan ttiok deh. haha..Meme puah hati buleh bbua nga demo. Maah bbanyok sebak tokdey laye demo sangak. Sibuk nga kkijo tek.Timo kaseh sebak tulong buak clasp.Tapi walau apo pun, mogo musafey demo mari ssini tuhey kiro. Tuhey jago. Maso kawe tulih ni demo duk atah muto.Bakali duk kat haiwey doh. Mogo selamak sapa....."
Tuhan...Dia sahabatku...
Yang masih tercari-cari erti sebuah rindu
Rindu untuk berada dalam rahmat dan kasihmu
Tuhan...Dia sahabatku...
Permudahkan urusannya untuk mencariMu
Tetapkan hatinya dengan cinta padaMu
Jangan Kau biarkan dia sendirian mengharungi arus dan liku
Kerana Engkau Maha Tahu...
Tuhan...Dia sahabatku..
Dia mengadu padaku peritnya mencari cintaMu
Dia meluahkan padaku takutnya dia pada azabMu
Dia mengeluh padaku tingginya harapan untuk melangkah ke jannahMu
Maka adakah Engkau akan terus membiarkan dia tanpa arah pandu...
Tuhan...Dia sahabatku..
Dia datang kerana taqdirMu
Dia menjadi sahabatku kerana ketentuanMu
Tuhan..Kekalkan persahabatan ini..
Panjangkanlah pertemuan kami..
Jangan ia hanya berkubur di sini...
Kerana kami tahu...
tiada yang lebih indah..
kecuali pertemuan abadi...
Di syurga Firdausi..............
10.45 a.m
Indera Mahkota 2,
Kuantan.

| Sek2 star dentist USIM |
10.45 a.m
Indera Mahkota 2,
Kuantan.
Tuesday, December 21, 2010
Sudahkah anda menjadi seseorang???
Bismillah...
Kali ini sekadar nak bercerita..baru-baru ini diadakan Hari Keluarga ISMA Pahang di Dewan Kemasyarakatan Indera Mahkota 2. Tak banyak cerita menarik untuk dikongsi.Tiada gambar untuk dipaparkan. Sekadar banyak memerhati orang-orang yang hadir. Kurang berminat untuk ambil bahagian kecuali dapat makan free. Kebetulan pulak haritu PEMBINA diminta buat persembahan dengan KRIM. Maka terpaksalah kami nyanyi lagu "wahai para pejuang", "untukmu Palestina" dan entah apa satu lagi kerana Barra' bersemangat nak nasyid(ikut jelah..). Dan hari tu jugak besday Barra'!Dah 23 tahun akhirnya...
Nak dijadikan cerita, lagu "wahai para pejuang" tu memerlukan kawalan suara yang baik kerana hampir semua lagunya memerlukan suara yang tinggi. Ditaqdirkan Allah, ahli PEMBINA dan KRIM yang lain tak nak nasyid ada satu bahagian lagu tu. Maka saya pun cuba kerana rasa macam boleh buat( tapi seksa sebenarnya.Dahla tak biasa nasyid-nasyid ni. Baca quran boleh la). Oleh sebab risau sangat tak dapat nasyid dengan elok, masa persembahan hari itu saya nasyid tak keluar suara. Tangan pun vibrate. Hahaha. Buat malu saja. Tapi cover2 jelah. Apa boleh buat.Hehehe..
Ok lah. Dah tiada modal untuk menulis. Maaf kalau tulisan ini tak membawa makna. Akhir kata, marilah kita rajin-rajin mengulang Al-Quran. Sesungguhnya quran itu hanya lekat dalam jiwa mereka yang berusaha untuk mencintai al-quran. Mari baca al-quran sedap2. Kerana Rasulullah ada bersabda:
"Kamu hiasilah Al Quran itu dengan suaramu yang merdu"
Diriwayatkan, bahwa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. menunggu-nunggu isterinya, Sitti 'Aisyah r.a. yang kebetulan agak terlambat datangnya. Setelah ia datang, Rasulullah bertanya kepadanya:" Bagaimanakah keadaanmu?" Aisyah menjawab :"Aku terlambat datang, karena mendengarkan bacaan Al Quran seseorang yang sangat bagus lagimerdu suaranya. Belum pernah akumendengarkan suara sebagus itu." Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi mendengarkan bacaan Al Quran yang dikatakan Aisyah itu. rasulullah kembali dan mengatakan kepada Aisyah:" Orang itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah. Puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan orang yang suaranya merdu seperti Salim itu sebagai ummatku."
Jom iadah Quran!! =)

| Nak iadah mestilah ada orang dengar....(gambar hiasan) |
p/s: Umur saya dah 21 tahun...tapi dah berapa banyak juzuk yang sudah masyi?dah berapa peratus dunia saya dah takluk??
Sunday, December 12, 2010
terima kasih Tuhanku...
terima kasih Tuhanku kerana masih tidak melupakanku...
terima kasih Tuhanku kerana masih memberikan aku bangun setelah aku lena dalam dosa kepadaMu..
terima kasih Tuhanku kerana masih membuka peluang untuk aku bertaubat kepadaMu..
terima kasih Tuhanku atas rahmat dan maghfirah yang melebihi derhaku kepadaMu...
siapalah aku tanpaMu Tuhanku..
aku terlalu kecil dan kerdil di hadapanMu... ='(
p/s: post ini tiada huruf besar kecuali untuk Allah ..kerana hamba itu sengat kecil dibandingkan dengan Allah...hanya yang layak memilik kebesaran adalah Allah..

terima kasih wahai Tuhanku
yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
membenarkan aku menghadap-Mu
Tuhan yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang
untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
mengizinkan ku minta pada-Mu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi
tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
tidak pula pandai beradab dengan-Mu
aku mula bimbang
kalau aku derhaka dalam ketaatan
bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat
tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
ya Rabbal 'Aalamin
maafkanlah aku.
-Mawaddah-
(Cintai Tuhan, sayangi manusia)
yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
membenarkan aku menghadap-Mu
Tuhan yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang
untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
mengizinkan ku minta pada-Mu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi
tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
tidak pula pandai beradab dengan-Mu
aku mula bimbang
kalau aku derhaka dalam ketaatan
bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat
tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
ya Rabbal 'Aalamin
maafkanlah aku.
-Mawaddah-
(Cintai Tuhan, sayangi manusia)
Thursday, December 9, 2010
Ukuran kejayaan sebuah dakwah
Semenjak akhir-akhir ini saya banyak memikirkan tentang dakwah. Method, strategi, keberkesanan, keterbukaan, matlamat dan penerimaan. Semua ini selalu berlegar-legar dalam kepala. Saya mula menyoal diri saya sejauh manakah dakwah yang saya mahu lakukan?Apakah hasil dakwah yang saya impikan?Apakah makna kejayaan sebuah dakwah yang sebenarnya??
Dakwah itu seruan, Islam itu risalah
Apabila saya berfikir mencari jawapan, saya kembali kepada matlamat asal dakwah. Makna dakwah itu sendiri bermaksud seruan. Seruan kepada perintah Allah. Timbul persoalan di sini. Seringkali orang mengaitkan kerja dakwah itu dengan usrah, katibah, daurah, rehlah, jaulah dan mukhayyam. Adakah ia terhad pada perkara-perkara tersebut sahaja? Bagaimana pula dengan kuliah, ceramah, ajak makan minum untuk berukhuwwah, doa untuk sahabat dan tazkirah??
Pengalaman saya terlibat dalam organisasi yang menjalankan kerja dakwah kadang-kadang membuatkan saya sendiri keliru. Poin yang saya dapat ialah mengapa perlunya aktiviti tarbiyah dalam berdakwah ialah supaya adanya kesinambungan dalam melaksanakan kerja dakwah. Saya sangat setuju dengan penyataan tersebut. Namun, kita tidak boleh menolak cara dakwah orang lain memandangkan apa sahaja yang dilakukan untuk mendekatkan manusia kepada Allah adalah salah satu daripada usaha dakwah. Maka tidak perlu timbul siapa yang betul dan siapa yang salah.
Walaubagaimanapun, kerja dakwah tidak boleh diambil mudah. Kita perlu menjalankan kerja dakwah dengan satu sistem yang tersusun. Bukan sekadar kerja sampingan. Ia memerlukan perancangan dan strategi. Mesti ada master plan dan action plan. Bukan hanya sekadar tazkirah sebulan sekali. Bukan sekadar baca bismillah sebelum cabut gigi.
Berdakwah mesti istiqamah
Satu cabaran paling besar untuk menjalankan kerja dakwah ialah istiqamah. Seringkali terdengar istilah futur dan putus asa. Ia bukan satu tiket untuk anda keluar dari kerja dakwah. Kerana kerja dakwah adalah kerja semua manusia. Cuma kita yang lupa. Cuma kita yang tidak sedar yang ianya sudah tertulis dalam Al-Quran. Cuma kita yang jahil kerana mahu menafikan tugas kita.

Maksudnya: " Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Ali Imran :110)
Kita boleh menilai sendiri kerja dakwah kita. Saya agak terkilan kerana saya merasakan kerja dakwah ini dilakukan tidak lebih daripada satu kerja sampingan yang bermusim. Bila kita rasa nak buat, kita buat. Bila kita rasa malas, kita tinggalkan.
Saya berasa sungguh hairan.
Hampir setiap kali ada "meeting" untuk kerja dakwah, selepas habis borak itu dan ini, maka "meeting" itu ditangguh ke suatu tarikh yang jauh tanpa ada kerja atau tugas yang perlu dilaksanakan. Saya tidak boleh menerima realiti ini. Kerana bagi saya dakwah adalah kerja yang tidak berhenti. Ia perlu dilakukan dalam berperingkat-peringkat. Berperingkat tidak bermakna kita berhenti buat. Ia mesti ada penerusan, bukan membisu tanpa pelaksanaan!
Kita berdakwah kepada Islam, bukan kepada wadah
Fenomena hari ini di Malaysia menyaksikan kerja dakwah sangat subur. Di mana-mana sahaja pasti ada usaha gerakan dakwah yang dilakukan oleh pelbagai persatuan dan organisasi dakwah. Nama-nama seperti PAS, ABIM, JIM, IKRAM, ISMA, HALUAN bukan sesuatu yang asing lagi di Malaysia. Bahkan di peringkat IPT juga terdapat persatuan-persatuan dakwah seperti KARISMA, GAMIS, PKPIM, PEMBINA dan lain-lain yang aktif membuat kerja-kerja dakwah.

Kewujudan kepelbagaian jemaah di Malaysia ini ada pro dan kontranya. Saya tidak mahu memberi komen yang panjang tentang isu ini memandangkan saya bukan faqih dalam bab ini. Cuma, apa yang saya pelik mengapa begitu sukar sekali untuk mereka merancang satu kerja Islam yang sama dalam sebuah meja yang sama?
Perbezaan tanzim sepatutnya tidak menjadi alasan untuk kita melakukan kerja secara berasingan. Kalau objektif sesuatu program itu sama, mengapa perlu ada hingga 4-5 program yang sama tapi atas nama berbeza? Mengapa mesti ada rehlah IKRAM, rehlah ISMA, rehlah ABIM, rehlah PAS, rehlah HALUAN sebagai contoh? Padahal program itu adalah terbuka kepada umum. Wujudnya sikap individualistik dalam jemaah menjadikan orang awam keliru. Kenapa mesti banyak dan tidak satu??Katakan ada 100 orang mahu pergi rehlah, disebabkan wujudnya 5 rehlah pada hari yang sama, maka setiap rehlah itu hanya akan dihadiri oleh 20 orang sahaja. Cuba fikirkan, andainya kelima-lima persatuan tadi bersatu, maka satu rehlah boleh dihadiri oleh 100 orang. Tentu lebih meriah dan ukhuwah lebih terasa. Tiada istilah aku engkau. Tiada lakum amalukum wali amali. Kita bukan berbeza kerana akidah. Kita hanya berbeza wadah!
Timbul pula isu siapa mahu ikut siapa nanti. Di sini hilangnya sikap berlapang dada yang kita selalu sebut-sebut. Kalau benar kita yakin semua persatuan mengajak kepada Islam, maka kita tidak perlu gusar andainya mereka tidak bersama-sama dalam wadah kita. Yang penting mereka bersama gerakan Islam. Apa yang patut kita bimbangkan ialah di mana masih ramai lagi yang kurang kefahaman Islam. Berusahalah mengajak mereka kepada Allah. Bukan hanya sekadar menjadi ahli persatuan dakwah!
Setiap orang ada pandangan berbeza
Saya tidak memaksa anda untuk menerima apa yang saya utarakan di sini. Cukup sekadar untuk kita berfikir. Untuk kita muhasabah kembali. Komen daripada anda sangat saya alu-alukan. Moga kita dapat berkongsi ilmu.
Moga dakwah kita takkan terhenti di sini.
Kalau hari ini kita berjalan, moga esok kita berlari.
Membawa dakwah mendaki puncak cita-cita yang tinggi. Sehingga menggapai langit Ilahi. Agar kemenangan Islam bukan hanya angan-angan, tetapi keagungannnya bergema hingga ke bulan! =)

Sampai bila kita mahu berpecah??

Subscribe to:
Posts (Atom)