Monday, April 12, 2010

Yaqin yang sudah hilang..

Seharian hari ini terasa lesu...tercari-cari mana silapnya diri ini...hati yang terasa kosong makin kosong...fikiran yang berserabut bertambah kusut...nak dijadikan cerita...petang tadi makan kat kedai Najwa...sudah makan dah nak masuk waktu maghrib..singgahlah kat Masjid Al-Makmur sekejap untuk solat..kebetulan sakit perut..nak pergi tandas..maka dengan penuh harapan saya pun menuju ke tandas masjid...tengok-tengok..lampu tandas rosak...gelap la pulak...dahla kurang bersih...masuk tandas sebelah...lagi la kotor...(hilang rasa nak qadha' hajat kat situ..buat pengurusan masjid..jagalah kebersihan tandas masjid)...maka dengan berat hati terpaksa cari tandas lain..ingat nak balik kat rumah..tapi rumah agak jauh dengan masjid..maka saya pun singgah di asrama IM2 untuk pergi tandas dan solat maghrib........

Maka saya pun solat maghrib di surau IM2..lama dah tak solat kat sana...dapat jumpa balik pemuda-pemuda yang  masih istiqamah mengimarahkan surau IM2..alhamdulillah..sejuk hati dapat melihat mereka...selepas solat maghrib..ada majlis iman dan fikir oleh jemaah tabligh...memandangkan diri ini sudah lama tidak hidupkan hati dengan tazkirah-tazkirah tentang kebesaran Allah..maka saya rajinkan diri untuk mendengar...


Tazkirahnya tentang yaqin...cukup menyentuh hati...bagaimana abang tu..(lupa nak tanya nama) menceritakan tentang hilangnya yaqin kita kepada Allah...tuhan yang mencipta asbab-asbab kepada sesuatu kejadian..Dia menjelaskan sebab mengapa hilangnya sifat yaqin itu dalam diri kita...kerana kita telah yaqin pada asbab yang Allah ciptakan...bukan yaqin pada pencipta asbab itu sendiri..kita yaqin yang makanan dapat mengenyangkan kita..kita yaqin yang duit dapat memudahkan urusan kita..kita yaqin belajar dapat memberi kejayaan kepada kita..kita yaqin bahawa ubat dapat menyembuhkan penyakit....kita lupa bahawa Allahlah yang memberi kekenyangan..yang memberi rezeki..yang memberi kejayaan kepada kita..yang menyembuhkan setiap penyakit di dunia....

Dia menambah lagi dengan menceritakan bagaimana iman para anbiya' adalah berdasarkan keyaqinan kepada Allah sangat tinggi..keyaqinan mereka tanpa didominasi oleh logik akal...lihatlah bagaimana Allah mendidik Nabi Musa a.s dengan keyaqinan bahawa tongkat yang digunakan untuk kehidupan sehariannya dapat berubah menjadi ular dengan hanya melemparkannya ke tanah...Allah mahu menanamkan aqidah para nabi dengan yaqin bahawa kekuasaan Allah mengatasi segala logik akal manusia...Allah mampu mentaqdirkan sesuatu dengan sebab atau tanpa sebab...Sebagaimana contoh ketika Nabi Musa a.s dikejar tentera Firaun sehingga tiba di hadapan laut merah...Allah memerintahkan Nabi Musa a.s supaya memukul laut...sesuatu yang melangkaui logik akal manusia..apa faedah memukul laut dengan menggunakan tongkat??Mengapa Allah tidak menyuruh Nabi Musa a.s untuk mengetuk kepala Firaun dengan tongkatnya supaya Firaun mati??Kerana semua rahsia hanya Allah yang tahu....


Banyak lagi contoh yang diberikan..Dia menambah lagi dengan menceritakan kisah para sahabat yang apabila mereka mempunyai masalah mereka tidak terburu-buru untuk menyelesaikannya dengan logik akal..sebaliknya mereka mengadukan masalah mereka kepada Allah...Dia menambah dengan mengatakan sekiranya kita beramal dengan cara yang betul akan memudahkan pertolongan Allah...Tidak perlu mencari jalan yang salah..jalan yang bid'ah untuk mencari pertolongan Allah...Jangan letakkan pergantungan kita kepada asbab tapi letakkan pergantungan kita kepada Allah...Dalam bahasa mudahnya...Allah lah yang mencipta segala masalah..dan Dialah yang mengetahui segala penyelesaian masalah tersebut...Diceritakan bahawa seorang sahabat baru pulang dari berdakwah di jalan Allah...melihat kebunnya kering kontang tidak subur..terus pulang menunaikan solat mengadu di hadapan Allah...seusainya dia menunaikan solat, dia meminta khadamnya untuk melihat kebunnya..sesampainya khadam tersebut di kebunnya,dilihatnya hujan turun menyirami kebunnya..lantas dia menceritakan kepada sahabat tersebut..sahabat tersebut menanyakan adakah hujan turun di sekeliling tempat tersebut..Khadamnya menjawab bahawa hujan hanya turun di kawasan kebunnya...Subhanallah yang Maha Memberi rezeki..

Dia mengakhiri tazkirahnya dengan mengajak kita menyampaikan Islam kepada semua..tidak kira masa dan tempat..luangkan masa untuk mengingati dan menceritakan kebesaran Allah kepada manusia...dia juga menambah andainya seorang manusia mati tanpa mengucapkan kalimah Lailahaillallah...maka seluruh manusia yang hidup sezaman dengannya akan dipertanggungjwabkan mengapa dia tidak menngucapkannya...Ingatlah bahawa hidayah itu milik Allah..kita tidak mampu untuk memaksa orang menerima Islam..tapi kita mampu untuk mengajak orang ke arah Islam..hidayah Allah tetap akan sampai..cuma kita tak tahu di mana dan kepada siapa Allah akan memberinya...Diceritakan ada satu kaum yang bernama Bani Sulaim yang tidak disinggahi tempat mereka oleh Nabi Muhammad dan para sahabat..dengan kuasa Allah berhala yang mereka sembah berkata-kata: "Sekarang sudah berakhir waktu untuk menyembah berhala..dan kini masa untuk mengikut agama yang dibawa oleh Muhammad.." Lantas seluruh Bani Sulaim pergi menemui Nabi Muhammad dan menyatakan keimanan mereka....

Banyak lagi yang tak tertulis di sini..tapi di sebalik peristiwa sakit perut nak ke tandas tadi..sehinggalah saya menunaikan solat maghrib di surau mahallah IM2...rupa-rupanya Allah telah aturkan untuk saya semuanya..kerana Allah mahu memberi jawapan untuk semua masalah saya...terima kasih Allah kerana telah mendengar dan mengabulkan doaku...

No comments:

Post a Comment