-Kereta Daihatsu Charade Aura tahun 1992 untuk dijual.
-Kereta dalam keadaan yang baik, enjin lancar, minyak jimat, body sporty, cat baru, leather seat, aircond sejuk, Kenwood CD Player, dalam lebih luas daripada kancil atau viva. Kereta adalah sama seperti dalam gambar.
-Baru lepas buat top overhaul, tukar minyak hitam, bateri baru, kompressor aircond baru tukar, tayar bunga 75%, sport rim 15'. Boleh beli dan pandu terus.
-Road tax masih hidup sampai bulan Mei. Dokumen untuk tukar nama sudah siap. Cuma bawak pergi JPJ untuk tukar nama dan PUSPAKOM.
-Nak jual sebab sudah ada kereta baru dan perlukan duit.
-Harga saya letak RM8000. Harga berdasarkan kondisi kereta. Kalau betul-betul berminat boleh datang tengok baru puas hati dan kita nego sampai jadi.
-Boleh hubungi saya melalui SMS, Abdul Rahman di nombor 0132465780 selepas waktu pejabat untuk temujanji tengok kereta. Saya akan balas secepat mungkin kerana saya ada klinik sebelah siang.
- Area Indera Mahkota, Kuantan. Pembeli serius sahaja.
Siapa cepat, dia dapat.








