Friday, September 30, 2011

Bukan kesempurnaan yang dicari ...

Bismillahirrahmanirrahim..

saat itu aku berfikir
terasa diri ini teramat kerdil
Ya Allah, besar sungguh keagunganmu
menghadiahkan ku sebuah hadiah yang kuimpikan
pemimpin diri menuju syurgaMu
tidak dimiliki oleh orang lain
tetapi hanya diriku

hari demi hari masa berlalu
pelbagai kisah satu persatu
menguji diriku dan dirimu
kau dan aku tidak mahu
tetapi Dia yang lebih tahu
segala apa yang berlaku
ada alasan yang tertentu
hanya Dia yang tahu

ujian yang melanda menggugat jiwa
walaupun kecil tetapi tetap terasa
namun ku pasti ada hikmahnya
anggaplah ini sebagai punca 
menjadikan kita lebih dewasa


nasiya itu memang sifat manusia
fitrah semulajadi yang ada rahsianya
kau, aku dan mereka tetap sama
saling tidak sempurna
turun naik iman yang ketara
kadangkala berbicara tanpa waspada
hingga membawa kepada hati terluka
ingatlah teman ingatlah saudara
islam mengajar adab berbicara
amalkan ia jangan terlupa
khuatir kelak padah yang menimpa
bukan pada kita sahaja 
tetapi agama islam tercinta
tambahan mukmin itu bersaudara
hilangkan semua sengketa
ikatan akidah itu lebih utama

terasa amat diri ini saat dirimu disakiti 
kerana mengundang kontroversi
anggaplah ia sumber inspirasi
menjadikan dirimu lebih bermotivasi
kerana mereka amat mengasihi 
dirimu sebagai sahabat sejati
yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran

syukur ku padaMu
hidupku kini lebih bererti
dalam mencari redha Illahi
walaupun ada yang salah erti
mengapa dirimu menjadi pilihan di hati
doaku kalian pasti mengerti
kalau bukan di sini tetapi di akhirat nanti


sokonganmu kepadaku tidak kurang sejak dahulu
terus mendokongku walau apa jua yang berlaku
sering membantu saatku perlu
 supaya aku terus maju 

kau dan aku pasti mampu
untuk tempuh segala apa yang berlaku
hingga sampai arah yang dituju
sesungguhnya

aku mengenali dirimu dan memahami dirimu
 kau mengenali diriku dan memahami diriku
walaupun kita tidak serupa namun tetap sama
kerna kau suamiku dan aku isterimu


-Rahmahtulnisah-

3 comments:

  1. waa..pandainye akak berpujangga hee switnyee.moga sntiasa dredhaiNya..:))

    ReplyDelete
  2. BarakAllahulakuma (^ ^)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. sebenarnya ana nak komen kat post sebelum ni. tapi postnya dah deleted. jadi, ana rasa post kali nampak mcm related dgn sebelum ni.. ana nak cakap yg ana pun sependapat tentang hal sebelum ni dan ana rasa hormat dengan pendapat setiap orang tentang sesebuah pertubuhan.ana kagum mereka dapat teruskan berdakwah dalm medan yg berbagai ragam walaupun kadg2 ragamnya tidak dapat diterima diri. sebb ana pun sedang berada dalm satu medan yg sedg ana belajar memahami rgamnya.dan ana bertambah kagum sekiranya ada orang yang dapat sertai pelbagai medan yg menyebbkan bertambahnya ragam manusia. tapi betul kita x dapat menilai sesuatu dengan ragam ahlinya atau karakter sesebuah pertubuhan. tak semua yg kita jangka buruk adalah buruk.

    ReplyDelete