Saturday, July 31, 2010
Friday, July 30, 2010
Wednesday, July 21, 2010
Apa yang saya ada orang lain tiada?
Bismillahirrahmanirrahim. Buat pertama kalinya setelah lama tidak meluangkan masa untuk menulis, akhirnya Allah izinkan saya untuk mencoret sesuatu, sebagai cenderamata untuk mereka yang sudi mengunjungi blog ini. Dalam kesibukan belajar dalam tahun 2 Kulliyyah of Dentistry, kelas setiap hari 8 pagi hingga 3 atau petang, sudah pasti kepenatan itu sangat terasa. Balik dari kelas mesti rasa nak tidur. Tapi saya tidak rasa sedemikian.
Sesungguhnya kesibukan yang Allah beri ini adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Rasa masa muda ini sangat-sangat padat dengan aktiviti. Jadual rasa lebih tersusun. Gerak kerja makin mantap. Mungkin cuma kurang update di blog. Entah mengapa saya kurang berminat untuk melayari internet. Alhamdulillah perjalanan studi pun tiada masalah. Ada juga yang kurang faham tapi masih rasa tidak kelam kabut untuk tangkap balik mana yang tertinggal. Alhamdulillah...Semua ini, tidak lain hanya anugerah daripada Allah...dan pasti terselit padanya ujian.
Apabila diuji dengan kekangan masa, kita cepat lupa. Kita rasa masa yang ada hanya untuk kita. Setiap hari kelas dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Pagi klinik, tengah hari kuliyah, petang lab. Jangan ganggu masa aku! Aku nak siapkan projek. Sampai kadang-kadang nak makan pun tak sempat. Projek punya pasal. "Yusammal insanu insanan liannahu nasiya".."dinamakan manusia itu manusia kerana dia lupa"...Apa yang kita lupa?
Lupa pada hak kita. Tanggungjawb kita. Lupa yang masa kita bukan semata-mata untuk kita. Tapi juga untuk Allah. Paling ketara sekali, kalau ada lab sampai pukul 5 petang, susah sekali untuk dapat solat jemaah asar. Sebab kadang-kadang projek tak siap lagi dan terpaksa extend sampai pukul 6. "Takpela lambat balik. Asalkan kerja siap. Jumaat ni dah nak kena hantar"....Lalu ketika itu, di manakah Allah yang kita sembah selama ini? Adakah kita telah meninggalkan Allah ketika kita melangkah ke tahun 2?Adakah solat di awal waktu hanya ketika tahun pertama sahaja?
Lalu Allah terus mengingatkan. Semenjak seminggu dua ini, projek nak siapkan special tray asyik lambat kerana tidak begitu mahir. Jadi setiap kali dalam kelas asyik memikirkan masa untuk siapkan tray. Sampailah satu peringkat, memandangkan hampir siap 90%, maka dengan gembiranya masuk lab untuk siapkan. Sebab lepas ini dah malas nak buat. Dengan taqdir Allah, masa nak mula trim tray tu, "bur" terpelanting keluar sebab speed terlalu laju. Ibu jari terkoyak kulit, tray pun patah. Kerja seminggu sia-sia sahaja. Kena buat yang baru.
Apa yang ada pada kita ketika itu??Hanya kekecewaan dan penyesalan?Mengapa?Sebab kita sudah menghabiskan masa dengan begitu banyak untuk sesuatu yang sepatutnya boleh siap dengan cepat kalau kita cermat dan teliti. Tapi kita ambil mudah. Dan dengan MUDAH sekali Allah menghancurkan tray itu.
Begitu juga hidup kita. Banyak kita habiskan masa untuk dunia. Sehingga kita sanggup ambil mudah dengan urusan akhirat. Sikap ambil mudah ini akan mengundang padah. Kita target nak siapkan tray dulu, baru nak solat. Kita target nak kejar dunia dulu, hujung umur baru nak bertaubat. Andai ditaqdirkan tengah-tengah kejar dunia itu Allah panggil kita, "tray kita patah"...lalu apa yang kita nak bawa sebagai bekal? "tray yang patah"??
Hanya kerana ini kamu sanggup berhenti menjalankan kerja dakwah?

Friday, July 16, 2010
updates..
assalamualaikum....sejak tukar tempat penempatan...internet xde..alhamdulillah...kurang bazir masa...byk masa utk buat kerja berfaedah...satu pun cerita kat aceh tidak dirakam dalam blog..maafkan saya...saya masih belum mahu menulis......
Saturday, July 3, 2010
Pesanan daripada sahabat2 ku sebelum memasuki tahun 2...
Di sini ingin saya kongsikan segala pesanan dalam bentuk coretan ringkas..ikhlas daripada sahabat2..terima kasih semua!!
Nur Rusydiah Mustapha Kamil 01 July at 22:17 -Head Bureau Leadership and Training FSCC,Nilai Campus
gud luck rahman..smoga smgt baru berkekalan hgga ke final n forever ◕‿◕
Nurul Jannah 01 July at 23:09 -Vice President 2 FSCC,Nilai Campus
ok,gudluck jugak brader frank al-masyi apa kenama ni...huhu..Dun be too serious...Sometime we need to be hillarious!!!hehe....Lagho punya advice...blajaq rajin2 la...Nanti kak Jannah nak pi check gigi bagik free ha?
Nurul Senget 01 July at 23:55 -Head Bureau Cultural and Art FSCC,Nilai Campus
mekaceh.....semoga taun ke 2 kite sume lg terbaik dr y lpas....amin,n d mintak ampun n maaf sekire nye ade clap n salah,jgn lupe reunion...bile nk wat tu,t gtaw ek! kiikii
Najihah Lukman 02 July at 06:39 -Assisstant Secretary 1 FSCC,PJ Campus
moga allah permudahkan segala urusan yg baik,moga dilimpahi rahmat n berkat..moga baik hubungan dgn khaliq dan makhluq..study rajin2!
Nurul Fadzilah Kamaluddin 02 July at 10:55 -Head Bureau Sport and Recreation FSCC,Nilai Campus
nurul doakan agar rahman mendapat keberkatan dr Allah di dunia n akhirat.....dan semoga berjaya sehingga akhirnya....make sure check gigi free tau....:)
Ahmad Syahid 02 July at 14:15 -President FSCC
rahman STAR! semoga semakin hensem =)
Iza Yaacob 02 July at 23:11 -Head 2 Bureau Sport and Recreation FSCC,PJ Campus
Uiyt rahman. Selamat ^_^ [via Celcom SMS]
Sent via Facebook Mobile
Subscribe to:
Posts (Atom)