Menarik sekali apabila melihat situasi tempat saya belajar iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Indera Mahkota, Kuantan. Ada sebab mengapa saya spesifikkan kampus Indera Mahkota kerana di sini terdapat bidang-bidang kritikal seperti perubatan, perigigian, farmasi dan kejururawatan. Apa yang menarik sangat? Menariknya kerana ramai pelajar walaupun baru belajar pada tahun pertama (berusia sekitar 20 hingga 21 tahun) sudah ada yang mendirikan rumah tangga. Bukan buat rumah yang ada tangga. Tetapi bina keluarga yang ada isteri bahkan anak!
Rahsia Pelajar Perubatan
|
Nur Izaidah Ishak dan Ahmad Fikri Morshidi |
Tinjauan yang dibuat menunjukkan sebahagian besar pelajar yang bernikah ketika masih belajar di UIAM ini adalah dalam kalangan pelajar perubatan. Tidak perlu cari fakta-fakta yang dengar-dengar daripada orang lain. Buktinya, batch saya (baru tahun kedua) sahaja sudah ada 3 pasangan daripada pelajar perubatan. Bermula dengan Ahmad Fikri Morshidi dan Nur Izaidah Ishak, kemudian diikuti pula oleh Aizat Azam dan Syaheeda Azhar serta Fadhil dan Afifah (kos farmasi).
Kalau ikutkan, bukankah belajar perubatan ini susah?Banyak nak kena studi?Sempat ke nak belajar dan urus keluarga?
Ini bukan persoalannya. Tanyalah kepada mereka mengapa dan bagaimana. Dan saya sendiri pernah menanyakan kepada mereka mengapa mereka berani untuk kahwin semasa belajar. Ini sebahagian pendapat mereka yang dapat saya simpulkan:
1)Persediaan. Kalau anda nak tahu, untuk berkahwin pada usia yang begitu muda ini, persediaan pun mestilah bermula lebih awal. Bukan sebulan dua. Tapi sekurang-kurangnya 2 tahun. Selain daripada urusan kewangan dan penerimaan keluarga, 2 tahun itu juga penting untuk menyediakan mental yang betul-betul kuat serta ilmu-ilmu agama untuk mengharungi alam rumah tangga. Maknanya kalau sudah bersedia mengapa tidak?
2)Berkat. Mereka kata kejayaan itu datang hanya dengan keberkatan. Kalau tak nak ambil risiko kahwin awal jangan nak gatal untuk 'coupling' kerana ia akan menjauhkan kita daripada keberkatan Allah. Selain hubungan yang halal, tanggungjawab yang WAJIB dilakukan oleh suami isteri seperti nafkah akan memberi pahala-pahala yang mencurah-curah.
3)Agama. Ini perkara paling penting. Bernikah untuk menjaga agama, hati dan kehormatan. Mereka yang berkahwin awal lebih mulia daripada mereka yang memilih untuk berfoya-foya dengan 'girl friend' dan 'boy friend'.
Bahkan tak keterlaluan kalau saya katakan mereka yang mengambil kesempatan dengan MENCURI nikmat orang yang berkahwin sebelum kahwin adalah TIDAK BERMARUAH.
Benda yang dicuri wajib dipulangkan. Dan sudah pasti adanya hukuman. Bukan setakat tiada nikmat dalam perkahwinan, bahkan di akhirat juga seksaan dan balasan!
Beruntunglah jika anda masih bujang
Kalau anda masih belum diizinkan Allah untuk melaksanakan pernikahan, anda sangat beruntung! Mengapa?
Kerana anda masih punyai masa. Masa yang anda perlu untuk membina diri dan peribadi. Tetapi ingat! Jangan disalahgunakan masa itu kerana lagi panjang masa anda perlukan untuk nikah, lagi banyak perlakuan tidak baik yang anda lakukan. Dan perlakuan itu akan menjadi ikutan anak-anak anda kelak. Anda tak percaya? Tanyalah bagaiman bapa kepada Imam Nawawi mendidik anaknya. Tarbiyah anak bermula sebelum pernikahan lagi.
Namun masih belum terlambat untuk merancang pernikahan.
Buat sahabat-sahabat yang merasakan mereka perlu berkahwin awal, walau apapun alasan anda, persiapkanlah dirimu. Jangan terburu-buru, jangan tertangguh-tangguh.
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab. Memelihara dirimu juga satu tanggugjawab. Jangan disebabkan kamu rasa takut dengan risiko masalah dalam rumah tangga, kamu rela menghalalkan sekecil-kecil dosa.
Hanya Tuhan yang tahu
Bersedia atau tidak, sampai jodoh atau belum, itu bukan sesuatu yang datang sendiri. Ia hanya datang dengan usaha dan doa. Ingatlah bahawa Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk kita.
Tidak perlu gusar, tidak perlu risau.
Andai hati rasa sudah tidak tenang, fikiran semakin matang, bahu terasa ringan sebelah tapi berat pada sebelah yang lain, maka ketahuilah. Sesungguhnya sudah sampai masa untuk anda menikah! =)
|
Sekalung doa "barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakum filkhair" untuk pasangan ikhwah dan akhowat PEMBINA Muhd Imran Makki dan Nadia Roslan..Moga bercinta hingga ke syurga. |