Tak terungkap apa yang tersirat di dalam hati. Cukuplah sekadar coretan ringkas yang pastinya tidak akan sama dengan apa yang dirasa.
Suatu ketika kita pernah leka.
Suatu ketika kita pernah lupa.
Suatu ketika kita pernah jauh dariNya.....
Sehingga ia menyesakkan dada.
Menggusarkan minda.
Menyerabutkan kepala.
Hati sentiasa tidak tenang. Jiwa pun terasa gelisah. Iman menangis-nangis sayu memikirkan nasib diri. Meminta agar dilepaskan daripada belenggu dosa. Merayu agar masih diberi peluang untuk memuja memuji Tuhan Pencipta. Mendambakan kasih dan cinta yang semakin pudar dan hilang.
Setelah Tuhan membiarkan kita berlama-lama dalam ujian "lupa", sebenarnya Dia tidak pernah lupa pada orang yang sentiasa mengingatinya....
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah:152)
Dalam kita di kejauhan dari lambaian rahmat Tuhan, akhirnya Dia memanggil kita untuk pulang. Sesungguhnya Allah merindui untuk mendengar rintihan hamba-hambanya. Sesungguhnya Allah suka untuk memperkenankan hambanya yang meminta-minta. Kerana Dia bukan manusia. Kerana Dialah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
Namun kita sering lupa nikmat kepulangan ini. Sehinggakan apabila sampai satu ketika, kita mahu pergi dari Tuhan. Kita mahu tinggalkan fitrah kita. Kita tidak mahu hidup bersama Tuhan. Celakalah wahai diri!Celalah dirimu yang tidak takut untuk melakukan dosa di saat Tuhanmu sentiasa melihat gerak-gerimu.
Ya Allah...Hamba ini lemah...
Bukan hamba mahu menderhakaimu...
Tapi kerana hamba kekurangan rasa cinta kepadaMu...
Yang membuatkan hamba rasa hambar ketika memadu kasih denganMu...
Ya Allah...
Aku tidak akan putus asa untuk terus meminta-minta
Aku akan meminta selalu dan bertalu-talu
KeredhaanMu yang aku hendak...
KecintaanMu yang ku pinta...
Tuhan.....
Aku mahu sujud dan menangis di hadapanMu lagi...................
ameen
ReplyDeletemay Allah show us the right path
menyentuh
ReplyDelete