" ترجوا النجاح و لم تسلك مسالكها "
" ان السفينة لا تجرى على اليبس"
Pepatah arab ini 1st time saya dengar masa kat sekolah Maahad dulu. Diucapkan oleh Najib semasa majlis forum kecemerlangan Maahad Muhammadi bersama pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar dan pelajar ketiga terbaik STAM 2006 negara, Ahmad Najib Abdullah dari Maahad Muhammadi.
Pepatah ini biasa sahaja maksudnya. Tapi apa yang buat saya tertarik ialah ketika Najib hendak mengucapkan pepatah ini, dia merujuk pepatah ini kepada seorang ustaznya yang berada di depan kami yang turut menyaksikan forum tersebut, Ustaz Ashraf Hasan Khalil. Mesti bangga ustaz tu.
Exam pro kedua untuk 3rd batch dentistry sedang berlalu dan akan terus berlalu. Macam-macam ragam. Termasuk saya. Sungguh stres study banyak-banyak. Tak sabar nak habis exam. Malas rasanya melalui pengalaman study yang berturut-turut, menghadap nota, perasaan berdebar-debar sebelum masuk dewan, kepenatan otak menjawab soalan esei dan short note...arrgh..tak tercerita semua tu dengan perkataan. Hanya Allah yang tahu.
Di sebalik semua itu, kita sokmo lupa. Terlalu resah memikirkan nasib selepas exam, sampai takut sangat-sangat, risau, gundah gulana dan macam-macam lagi. Bertenanglah wahai sahabat. Dunia ini akan hancur. Sudah ada yang merancang-rancang apa nak buat lepas exam. Tengok wayang, makan KFC, secret recipe, lepaskan tension dengan karaoke...Adeh...
Exam adalah perjalanan. Result adalah satu ketentuan. "Kamu mengharapkan kejayaan sedangkan kamu tidak mengikut jalannya. Sesungguhnya kapal tidak akan belayar di tempat yang kering kontang". Itulah makna pepatah arab tadi. Usahalah semampu mungkin. Jangan di celah-celahnya diselit maksiat dan lupa. Jangan penutupnya diakhiri dengan leka dan dosa. Sesungguhnya syurga dan neraka itu satu ketentuan. Dan hidup ini adalah perjalanan. Merancanglah untuk bersuka ria di sana. Cukuplah kubur itu tempat sebagai istirehat. Perjalanan ini panjang. Moga setiap langkah menuju ketentuan itu ada rahmat. Moga kesudahan yang baik. Moga Allah redha. Dunia dan akhirat.
p/s: sungguh gembira exam kali ini. makin semangat nak gi usrah. tiada rasa malas apatah lagi risau. terima kasih buat naqib akh iman yang tak jemu-jemu bagi pengisian. liqa' dan halaqah sentiasa ditunggu-tunggu. benarlah perancangan masa dengan teliti akan memudahkan banyak urusan. insya allah lepas habis exam banyak plan hendak buat.
1)kahwin
2)bekerja
3)mengajar
4)berbakti kepada masyarakat
5)join lebih banyak program tarbiyah
6)pulun iadah quran
7)hadir ke kuliah2(sekian lama tak pergi)
8)dalami ilmu qiraat
9)assignment paedo
10)persediaan clinical year
11)........
La tahzan innalla ma'ana...
time kasih atas perkongsian..memberi smgt tuk stdy!!-zaim
ReplyDeleterahman, saya suka sangat post ni, sangat suka, sangat-sangat suka, suka sangat-sangat :)
ReplyDelete-shamila~
wiwittt...nk kawen tuu...
ReplyDeletetercapai jgk hasrat enta...
tak de rezeki lps SPM, sblm tamat pengajian pun boleh laaa....asalkan dpt isteri.... :D
saya baca post ini berkali-kali..tapi tercari-cari apa yang best sebenarnya...
ReplyDeletemasa nak tulis haritu pun bukan main susah nak fikir ayat untuk sampaikan maksud...tapi point seperti tak tersusun...mohon pencerahan =D
anonymous: mesti kamu budak2 baju hijau kan?hehe
ReplyDeletebernikah bukan sekadar mendapat isteri..
ReplyDeletetapi menyempurnakan agama dalam mencari redha Ilahi...
apa salahnya kalau nak join sekali.. =)
BEST sangat! nak-nak yang 2 perenggan yang sebelum p/s : tu.. :)
ReplyDeleteBEST sangat, terutama "Di sebalik semua itu, kita sokmo lupa. .......... Moga Allah redha. Dunia dan akhirat." :)
ReplyDeletesalam,ye saya setuju org2 yg komen suka dgn entri ni, sebab sy pun suka dgn pembuka kata entri ni sbb pernah dgr. lagi satu sebab bg kesedaran kat sy yg dalam mood exam ni.huhu
ReplyDeleteinsya allah...moga Allah redha... =)
ReplyDelete