Friday, September 30, 2011

Bukan kesempurnaan yang dicari ...

Bismillahirrahmanirrahim..

saat itu aku berfikir
terasa diri ini teramat kerdil
Ya Allah, besar sungguh keagunganmu
menghadiahkan ku sebuah hadiah yang kuimpikan
pemimpin diri menuju syurgaMu
tidak dimiliki oleh orang lain
tetapi hanya diriku

hari demi hari masa berlalu
pelbagai kisah satu persatu
menguji diriku dan dirimu
kau dan aku tidak mahu
tetapi Dia yang lebih tahu
segala apa yang berlaku
ada alasan yang tertentu
hanya Dia yang tahu

ujian yang melanda menggugat jiwa
walaupun kecil tetapi tetap terasa
namun ku pasti ada hikmahnya
anggaplah ini sebagai punca 
menjadikan kita lebih dewasa


nasiya itu memang sifat manusia
fitrah semulajadi yang ada rahsianya
kau, aku dan mereka tetap sama
saling tidak sempurna
turun naik iman yang ketara
kadangkala berbicara tanpa waspada
hingga membawa kepada hati terluka
ingatlah teman ingatlah saudara
islam mengajar adab berbicara
amalkan ia jangan terlupa
khuatir kelak padah yang menimpa
bukan pada kita sahaja 
tetapi agama islam tercinta
tambahan mukmin itu bersaudara
hilangkan semua sengketa
ikatan akidah itu lebih utama

terasa amat diri ini saat dirimu disakiti 
kerana mengundang kontroversi
anggaplah ia sumber inspirasi
menjadikan dirimu lebih bermotivasi
kerana mereka amat mengasihi 
dirimu sebagai sahabat sejati
yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran

syukur ku padaMu
hidupku kini lebih bererti
dalam mencari redha Illahi
walaupun ada yang salah erti
mengapa dirimu menjadi pilihan di hati
doaku kalian pasti mengerti
kalau bukan di sini tetapi di akhirat nanti


sokonganmu kepadaku tidak kurang sejak dahulu
terus mendokongku walau apa jua yang berlaku
sering membantu saatku perlu
 supaya aku terus maju 

kau dan aku pasti mampu
untuk tempuh segala apa yang berlaku
hingga sampai arah yang dituju
sesungguhnya

aku mengenali dirimu dan memahami dirimu
 kau mengenali diriku dan memahami diriku
walaupun kita tidak serupa namun tetap sama
kerna kau suamiku dan aku isterimu


-Rahmahtulnisah-

Sunday, September 4, 2011

Satu hari di hari raya...

Bismillah...Alhamdulillah...Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah...dan para sahabat dan tabien.

Buat pertama kalinya tahun ni saya beraya di luar Kota Bharu iaitu di rumah keluarga saya di Ipoh. Dalam hati terbayang-bayang macam mana perasaan beraya dengan keluarga baru. Namun, taqdir Allah mengatasi segala-galanya. Raya pertama sebagai seorang suami, hanya di atas pembaringan setelah demam panas menyelimuti diri. Allahuakbar....(demam rindu kampung)

Pulang ke Kota Bharu pada raya kedua, hanya jumpa adik beradik yang akhirnya berjaya berkumpul dalam satu rumah. (Jumlah keseluruhan keluarga kecil saya ialah 23 orang termasuk menantu dan cucu). Tahun ni raya main redah je. Gambar kenangan raya pertama bersama isteri sekeping pun takde. Allahumma solli 'ala Muhammad. Tapi alhamdulillah, plan saya untuk bertemu beberapa sahabat saya tercapai.

Hari Jumaat 2 September, saya pergi beraya di rumah Dinie Asyraf, sahabat saya di Maahad dan Darul Quran dahulu. Petang itu, saya dapat menunaikan hasrat saya untuk menziarahi seorang sahabat yang baru saya kenali melalui facebook dan sangat saya kagumi iaitu Muhammad Syafee Salihin bin Hassan. Naib juara musabaqah tahfiz kebangsaan peringkat 1-20 juzuk. Bacaannya sungguh mempesonakan. Kali pertama dengar, terus tertarik dengan pemuda ini. Berjumpa dengannya, membuatkan diri ini semakin kagum dan lebih bermotivasi. Segalo nasihat demo akan kawe jadikan panduan. Bertuoh sangat-sangat dapat jadi saing ore hebat supo demo. Contohilah kesungguhannya dalam mendaulatkan kesucian al-quran. Mujahadahnya dalam mengulang alquran dan bertalaqqi dengan masyayikh di masjid di Mesir patut diteladani oleh para huffaz. Memang susah, tapi insya Allah boleh! Cita-citanya besar, untuk menjadi seorang hafiz quran yang hebat. Terasa begitu dekat dirinya dengan saya. Walaupun rumahnya kira-kira 15 km dari rumah saya, ia tak menghalang untuk kami bertemu dan saling berkongsi.

Terlalu banyak untuk dikongsi. Tapi saya tidak mampu untuk menukilkannya di sini. Di akhir pertemuan, saya mengingatkan padanya, kalau bukan kerana saling mencintai quran, mana mungkin Allah akan menemukan kita. Moga ukhuwwah ini akan terus terjalin hingga ke syurga nanti. Moga satu masa nanti, kita akan berlumba-lumba memperdengarkan hafalan kita sambil Allah terus meningkatkan tingkatan kita di syurga. Ameen3x!

Bergambar kenangan bersama Syekhul Islam Muhammad Syafee Salihin sebelum pulang


p/s: Tahun ni tak dapat jumpa lagi seniorku Ahmad Rasyidi. Insya allah raya tahun depan la pulok. Sudah 3 tahun tidak bertemu. Rindu...