Sunday, September 4, 2011

Satu hari di hari raya...

Bismillah...Alhamdulillah...Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah...dan para sahabat dan tabien.

Buat pertama kalinya tahun ni saya beraya di luar Kota Bharu iaitu di rumah keluarga saya di Ipoh. Dalam hati terbayang-bayang macam mana perasaan beraya dengan keluarga baru. Namun, taqdir Allah mengatasi segala-galanya. Raya pertama sebagai seorang suami, hanya di atas pembaringan setelah demam panas menyelimuti diri. Allahuakbar....(demam rindu kampung)

Pulang ke Kota Bharu pada raya kedua, hanya jumpa adik beradik yang akhirnya berjaya berkumpul dalam satu rumah. (Jumlah keseluruhan keluarga kecil saya ialah 23 orang termasuk menantu dan cucu). Tahun ni raya main redah je. Gambar kenangan raya pertama bersama isteri sekeping pun takde. Allahumma solli 'ala Muhammad. Tapi alhamdulillah, plan saya untuk bertemu beberapa sahabat saya tercapai.

Hari Jumaat 2 September, saya pergi beraya di rumah Dinie Asyraf, sahabat saya di Maahad dan Darul Quran dahulu. Petang itu, saya dapat menunaikan hasrat saya untuk menziarahi seorang sahabat yang baru saya kenali melalui facebook dan sangat saya kagumi iaitu Muhammad Syafee Salihin bin Hassan. Naib juara musabaqah tahfiz kebangsaan peringkat 1-20 juzuk. Bacaannya sungguh mempesonakan. Kali pertama dengar, terus tertarik dengan pemuda ini. Berjumpa dengannya, membuatkan diri ini semakin kagum dan lebih bermotivasi. Segalo nasihat demo akan kawe jadikan panduan. Bertuoh sangat-sangat dapat jadi saing ore hebat supo demo. Contohilah kesungguhannya dalam mendaulatkan kesucian al-quran. Mujahadahnya dalam mengulang alquran dan bertalaqqi dengan masyayikh di masjid di Mesir patut diteladani oleh para huffaz. Memang susah, tapi insya Allah boleh! Cita-citanya besar, untuk menjadi seorang hafiz quran yang hebat. Terasa begitu dekat dirinya dengan saya. Walaupun rumahnya kira-kira 15 km dari rumah saya, ia tak menghalang untuk kami bertemu dan saling berkongsi.

Terlalu banyak untuk dikongsi. Tapi saya tidak mampu untuk menukilkannya di sini. Di akhir pertemuan, saya mengingatkan padanya, kalau bukan kerana saling mencintai quran, mana mungkin Allah akan menemukan kita. Moga ukhuwwah ini akan terus terjalin hingga ke syurga nanti. Moga satu masa nanti, kita akan berlumba-lumba memperdengarkan hafalan kita sambil Allah terus meningkatkan tingkatan kita di syurga. Ameen3x!

Bergambar kenangan bersama Syekhul Islam Muhammad Syafee Salihin sebelum pulang


p/s: Tahun ni tak dapat jumpa lagi seniorku Ahmad Rasyidi. Insya allah raya tahun depan la pulok. Sudah 3 tahun tidak bertemu. Rindu...

No comments:

Post a Comment