Saturday, February 20, 2010

Pasca Peperiksaan (pesanan buat diri dan sahabat2 terutamanya warga 3rd Bacth Dental Student IIUM )

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan nama Tuhan yang masih memberikan kekuatan untuk diri ini hidup dan menulis...Alhamdulillah...telah berlalunya peperiksaan akhir blok 3 atau Pra-Peperiksaan Profesional(Pre-pro Exam) menandakan telah berlalunya blok 3...pejam celik rupa-rupanya tahun satu sebagai pelajar bidang pergigian hampir tamat..sedangkan ilmu di dada hanyalah setakat nota-nota yang pensyarah beri semasa di dalam kelas...hanya sedikit ilmu diambil daripada buku-buku rujukan yang dibeli...memandangkan mood peperiksaan masih belum reda...ada baiknya saya berkongsi sedikit tentang peperiksaan ini...mungkin blok ini paling mencabar sekali..saya pun kurang pasti mengapa...mungkin kurang fokus dicampur dengan malas yang semakin menjadi-jadi...ditambah dengan rumah sewa yang kami duduk dilengkapi dengan kemudahan streamyx 2Mbps dan astro...maka mujahadah sebagai seorang pelajar ini bertambah sukar...nikmat dibentangkan seluas2nya di hadapan mata...maka mana lagi nikmat TuhanMu yang kamu dustakan??Ingatlah wahai sahabat2..Allah tidak akan berikan nikmat sebegini kecuali pasti ada ujian di sebaliknya..dan sehebat2 ujian adalah ujian harta..Rasullullah pun pernah bersabda yang setiap umat ada ujiannya tersendiri dan ujian bagi umat Muhammad adalah harta...maka ambillah sedikit masa untuk muhasabah...adakah kesenangan yang kita kecapi sekarang ini telah membuatkan kita makin jauh kepada Allah??Mungkin banyak persoalan perlu difikirkan untuk renungan bersama...sebagai pencerahan untuk jalan ke syurga...Sejauh mana ketaatan kita kepada Allah setelah menjadi sebegini mewah??zuhudkah kita dengan nikmat Allah??Berapa banyak kita habiskan duit biasiswa kita untuk beli barang2 kehendak kita nak dibandingkn dengan jumlah yang kita infaqkan untuk jalan Allah??Berapa lama kita ambil masa untuk melayari internet...facebook...blog...nak dibandingkan dengan masa yang kita luangkan untuk membaca Al-Quran???Setiap hari kita mampu pergi tepat waktunya untuk study group di KOM tetapi tepati waktukah kita dengan solat jemaah kita di masjid??Jauh sangat ke masjid nak dibandingkan dengan KOM??Allah tidak akan menguji kita kecuali kita mampu untuk menghadapinya...sahabat2 sekalian...hidup kita bukan sekali...tapi dua kali...peperiksaan kita di dunia banyak kali...kalau gagal boleh resit..kalau gagal jugak boleh repeat..tapi kat akhirat??sekali gagal...ke nerakalah kita...nauzubillah....Marilah kita merenung semula dalam cuti seminggu yang masih berbaki...apa yang patut kita fikirkan untuk memperbaiki diri kita selain memikirkan untuk profesional exam nanti...kita punya lebih kurang 4 tahun lebih sahaja untuk betul2 belajar sebelum masuk alam pekerjaan...mungkin kita sempat habiskan silibus untuk menjadi seorang doktor gigi...tapi sempatkah kita habis asas2 ilmu fardhu ain??ilmu agama??ilmu tajwid??sempatkah kita melancarkan bacaan alquran kita sebelum kita akan punyai suami atau isteri serta anak2 yang akan belajar membaca alquran daripada kita???kalau kita sanggup menangguhkan perkahwinan semata2 nak habiskan degree,maka gunakanlah sebaik2nya penangguhan itu untuk tambahkan ilmu agama sebanyak mungkin...yang akan kita bawa sampai kita mati...bahkan ilmu itu juga akan diwariskan kepada zuriat keturunan kita...bukannya ilmu pergigian semata2...Fikirkanlah...renungkanlah...buat sahabat2 yang masih tidak sabar2 untuk menunggu keputusan exam...banyakkanlah berdoa moga dikurniakan yang terbaik...jangan cepat putus asa dengan Allah...ketahuilah KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KITA TERLETAK DI TANGAN PEMERIKSA KERTAS...BUKANNYA PADA JAWAPAN YANG KITA TULIS DI DALAM KERTAS PEPERIKSAAN.......MAKA SIAPAKAH YANG LEBIH BERKUASA KE ATAS TANGAN PEMERIKSA KERTAS SELAIN ALLAH???


Justeru wahai sahabat..ingatlah...tidak perlulah kita bersusah hati...optimis dan tawakkallah kepada Allah...kerana Dia yang menentukan segala2nya...tunaikan hakNya..nescaya Dia pasti menunaikan hajat kita..insya allah....(^_^)..bittaufiqi wannajah...

No comments:

Post a Comment