Saturday, June 19, 2010

Rehlah Taaruf Beliawanis Pahang 2010

Assalamualaikum.. Sempena pembukaan semester baru kali ini, pihak BELIAWANIS PEMBINA Pahang akan mengadakan program tahunan REHLAH TAARUF BELIAWANIS PAHANG 2010 yang bakal menceriakan semester baru anda..

* Penyertaan TERBUKA KEPADA SEMUA MAHASISWI SEKITAR PAHANG.
* Pelbagai aktiviti HEBAT DAN MENARIK akan disediakan seperti :-Explorace Kau Ilhamku, Diriku untuk Dirimu, Merentas Samudera Indah & Teruskan Langkahmu dan Slot Sirah: Mari mengenal tokoh-tokoh Islam Qudwah Hasanah.
* Ayuh eratkan lagi jalinan ukhuwah antara kita..

"Ukhuwwah Terjalin, Hidup Bermakna."

Untuk menyertai perkhelahan ini, hubungi segera

NOR ASYIKIN (UIAM)-0139433625
NUR AFIQAH(KIPSAS)-0145007026

Jom kita sama-sama memeriahkan perkhelahan ini.Semoga kita beroleh manfaat.




















TENTATIF

17 Julai 2010

7.30am : Pendaftaran peserta

8.00am : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

8.20am : Tazkirah & Bacaan doa

8.40am : Explorace Kau Ilhamku

9.30am : Aktiviti 1- Diriku Untuk Dirimu

10.00am : Rehat, minum pagi

10.15am : Tazkirah (Tokoh 1)

10.30am : Aktiviti 2 (sukaneka)

11.00am : Rehat & Minum (Tokoh 2)

11.20am : Aktiviti 3 (sukaneka)

11.40pm : Ayuh bersama PEMBINA!

12.00pm : Pembahagian Hadiah

               : Sesi Perkongsian Hati ke Hati- Antara dakwah & kerjaya

12.40pm : Makan tengahari, Tazkirah (Tokoh 3)

                 Solat &Bersurai

Monday, June 14, 2010

Lakarkan cinta firdausi di celah-celah perjuangan mencari kebahagiaan abadi..mesti baca!!

Assalamualaikum...sempena cuti yang masih belum habis lagi, saya cadangkan kepada sesiapa yang berminat untuk baca novel Islamik berunsurkan perjuangan dan di celah-celahnya terselit kisah cinta agung para mujahidin,bacalah buku di bawah ini!!


Juga boleh dibaca di http:/www.melakarcintafirdausi.blogspot.com

Selamat melakar cinta firdausi!!


::Sinopsis Novel di Kulit Buku ::

Aima Insyirah, gadis yang berasal dari Malaysia menabur bakti di bumi Palestin. Berlatar belakangkan pergolakan Palestin, Aima Insyirah tetap tersenyum membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.

Namun pada saat seluruh hatinya ditujukan untuk Palestin, ada serpih hatinya yang tertinggal di Malaysia.Naufal Mustaqim, kenalan lama kembali berhubung dengan sejuta harapan kebahagiaan.

Pada saat hatinya merindu, hatinya mula diuji dengan kehadiran mujahid hebat, Ketua Briged Ayyubi, Jeneral Rifai'l Zanki yang melamar dirinya.

Pada saat dirinya berjuang demi Palestin, kini dirinya diuji apabila dia ditangkap oleh Zionis Laknatullah...

Kalut..Buntu..Terasing..

Lalu pada saat hatinya hanya mampu menggambar bahagia ilusi, masih mampukah dia melakar cinta firdausi??

Monday, June 7, 2010

Pahang Muslim Youth Camping is COMING!!!(PASyCAMP)

Pahang Muslim Youth Camping is coming this JULY!!Many interesting extreme activities provided!!!ACCOMODATION and REFRESHMENT PROVIDED.Open to all youth(BROTHERS ONLY)!!Places are limited!!Those who are interested please submit your full name,email,contact number and your study place(if any) through email: pembinacpahang@gmail.com or contact Al-Barra' -0136285166




Sunday, June 6, 2010

Doa untuk pengantin..Khas buat Kak Linda dan Sir Syahrum, Abg Afiq dan Kak Aisyah serta Kak Sufi dan Ustaz Juzaili



Ya Allah di hari yang berbahagia ini,
Buat raja sehari tuan putera dan puteri

Jika hari ini kalian adalah raja
Ketahuilah selamanya kalian adalah hamba
Maka hanya selayaknya padaNya kita meminta

Limpahkanlah rasa cinta kepada mempelai,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Cukupkanlah permohonan mempelai dengan redha-Mu
Jadikanlah mempelai Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan mempelai
Dengan menjadikan perkawinan mempelai ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan mereka kepada sunnah Rasul-Mu.
Amin Allahumma Amiin……

Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru [di jalan]-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.

Ya Allah…
Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Dan semoga shalawat serta salam selalu tercurah kepada Muhammad SAW, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya.

Ya Allah…
Hari ini dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji dalam Mitsaqan Ghaliza di hadapan kebesaran-Mu. Sungguh aku tahu tidak mudah bagi mempelai untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan ridha dan maghfirah-Mu. Sungguh aku tahu, amat berat bagi mempelai untuk mengayuh perahu rumah tangga menghadapi taufan godaan di mendatang. Karena itulah aku memohon pandulah setiap langkah dan keputusan mempelai..

Tunjukilah mempelai jalan yang lurus, jalan orang-orang yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan, bukan-nya jalan orang-orang yang Engkau timpai kemurkaan, bukan pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelam dalam kesesatan. Sinarilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu.
Terangilah jalan mempelai dengan sinar taufik-Mu. Kalau Engkau berkenan menganugerahkan nikmat-Mu atas mempelai, bantulah mempelai untuk banyak berdzikir dan bersyukur atas nikmat-Mu itu. Hindari mempelai dari orang-orang yang terlena dalam kemewahan dunia. Lembutkan hati mempelai untuk merasakan curahan rahmat-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah mempelai dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah mempelai dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Dgn jundi2 yg akn membela agamaMU..Penuhi mempelai dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mempelai Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia. Jadikan cinta mempelai cinta yang membawa ke syurga..

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara mempelai, pertautkan hati mempelai, dan tunjukkan kepada mempelai jalan-jalan keselamatan. Selamatkan mempelai dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan mempelai kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah..
Kami memohon drpdMu cintaMu…cinta org2 yg mencintaiMu..dan cinta kpd amalan yg membawa kpd cintaMu….

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang…..amin ya rabbal alamin…




Saturday, June 5, 2010

Cuti panjang dah bermula...

Alhamdulillah...setelah sekian lama menunggu untuk menghabiskan tahun pertama di sekolah pergigian UIAM akhirnya masanya telah sampai...bermula 1 JUN 2010...kemas-kemas rumah..dan 4 JUN 2010 telah bermula cuti yang sangat best....


Majlis baca Yasin dan doa selamat di rumah Dr. Haikal dan Dr. KB

Pukul 7.10 malam..saya terpaksa bergegas dengan berbaju melayu sepasang lengkap ke rumah Dr. Haikal dan Dr. KB di Taman Mahkota Putra untuk majlis baca yasin dan doa selamat. Alhamdulillah selain saya yang menjadi wakil 1st year, turut hadir sama ialah Sayfaldeen Kashmoola. Dr. Bo, Dr. Solach, Bro. Adam serta pelajar tahun 2 dan 3 Kulliyyah of Dentistry turut hadir memeriahkan lagi majlis ini.


Sulhi jadi Jong Tahlil dan baco yasin

Belum sempat azan isyak berkumandang, sekali lagi terpaksa bergegas meninggalkan majlis kerana ada satu lagi majlis penting di Masjid Tengku Ampuan Afzan selepas solat isyak, iaitu pernikah naqib usrahku merangkap Presiden PEMBINA Pahang, Md Afiq Md Yusoff dengan isterinya, Aisyah Badhrulhisham merangkap Timbalan Presiden PEMBINA Pahang.


Moga terus bercinta hingga ke syurga..Cinta yang menggerakkan dakwah..Ameen...

Habis je majlis dan makan-makan, saya terus kemas barang untuk bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 1 pagi waktu tempatan, 5  JUN 2010. Tiba di Gombak dan singgah di rumah kakak dan abang.Kemudian jam 12.45 tengah hari bertolak ke Dewan Hamzah Klang untuk menghadiri majlis Walimatul Urus dan Persandingan Madam Linda Shaharom dengan suaminya Wan Syahrum Saleh.


Moga bahagia dunia dan akhirat....



Bukan saje2 datang dari jauh...ada jemputan khas daripada Kak Linda untuk baca doa...kenal tak sape kat sebelah tu??

Malas nak tunggu lama-lama kat majlis tu memandangkan diri ini sudah penat bergerak ke sana sini.Yang penting sekarang dah boleh bercuti dengan gembira.Maka dengan itu,aku ucapkan selamat bercuti kepada semua.Jom pergi Acheh pulak!! Wassalam.....


Terima kasih daun keladi untuk Asiah yang belanja tiket,nasi,cendol...Imah yang belanja tol,minyak,teman pergi kenduri...Muadz yang bagi berus gigi walapupun kedekut..tolong hantar Man balik naik bas...Tidak lupa buat Afiq Abdul Kadir yang teman pergi beli hadiah kat Giant,Dharma yang jaga songkok dan Usamah yang bagi pinjam songkok...Jasamu dikenang selama-lamanya... =D


Wednesday, June 2, 2010

Menanti janji Tuhan...

Setelah sekian lama diri ini tidak menulis...barulah rasa ada kekuatan untuk menulis....Kerana teringat kata-kata sahabat...kalau kita tak mampu untuk berjuang menentang musuh di Palestin...sekurang-kurangnya kita mujahadah untuk menyampaikan kebenaran...kerana itu tanggungjawab kita...

Kisah yang saya ingin kongsikan...kisah saya sendiri...kisah bagaimana momen-momen saat nak menghadapi Professional Examination yang pertama...sebagai persiapan awal saya buat solat hajat 12 rakaat..suatu perkara yang saya tak tinggalkan setiap kali ada exam penting..

3 minggu sebelum peperiksaan sepatutnya kelas sudah tiada namun tiba-tiba ada lagi kelas ganti...walaupun diri ini memang dah beria-ia untuk balik kerana tak dapat fokus semasa belajar di Kuantan..rasa banyak sangat buat dosa...jadi mahu pulang ke kampung halaman...cari ketenangan....tapi Allah Maha Kuasa..nak tak nak balik juga 3 hari..lepas tu datang balik Kuantan...Orang selalu tanya."boleh ke nak study di rumah??tak terganggu ke??" Suka saya bagi jawapan mudah..."saya dulu SPM study kat rumah je...so takde masalah.." Hakikatnya rumah adalah sangat-sangat berbeza..Rumah ada ayah, ada mak...walaupun mereka tak pernah tanya pasal belajar..tapi di situ adalah tempat harapan...Ada ayah nak tolong kejut subuh...ada mak nak tolong tegur kalau malas..ada orang nak jaga solat jemaah...segala-galanya ada....

Selepas datang Kuantan lebih kurang 5 hari...buku-buku dan nota tidak berjaya disentuh...diri ini kehilangan arah dan pedoman...rasa tak tenang...bagaimana aku nak exam kalau tak mampu study??Maka pada hari Sabtu..2 minggu sebelum exam...petang tu jugak aku beli tiket untuk balik Kelantan..biarlah apa orang cakap..aku tahu apa yang baik untuk aku....

Sampai di Kelantan...Alhamdulillah...sangat-sangat tenang...walaupun baru nak mula study...tapi tiada tekanan...bahkan ketenangan datang dalam hati..walaupun di rumah sibuk dengan kerja-kerja lain...kena hantar kakak...bagi makan ayam,angsa,kucing..buang sampah...cuci kawasan rumah..tapi ia tidak mengganggu tumpuan untuk study...Dengan kemudahan yang Allah bagi...Aku dapat habiskan Biochem dan Physio di rumah...dan separuh subject Oral Biology...dalm tempoh lebih kurang seminggu lebih...

Datang balik Kuantan hari Isnin...sebab ikut kakak yang juga nak ke Kuala Lumpur..jadi tumpang jela untuk jimat duit...sampai sahaja di Kuantan...terus hilang arah...apa jadi dengan diri ini..tak keruan apabila di sini..apa masalahnya ni??Exam tinggal seminggu sahaja lagi..nak habiskan subject Oral Bio bukan main susah lagi...study di merata tempat..tak dapat kat rumah..di asrama..bilik Syahid...hurm...Alhamdulillah dapat juga habiskan..sedar-sedar sudah tinggal 2 hari lagi untuk exam..sedangkan Anatomy yang juga kertas pertama exam belum disentuh lagi...makin risau dibuatnya...

Malam hari Sabtu...buat solat taubat..solat hajat...kemas-kemas bilik...tukar susunan almari dalam bilik untuk dapat mood baru...tapi letih pulak...dapat study sedikit je..esok pagi...dah tinggal sehari lagi untuk exam Anatomy..banyak lagi tak baca...Allahuakbar...rasa macam dah nak putus asa...malam tu...terpaksa pilih tajuk-tajuk senang...fokus tajuk tu untuk MCQ...dan tawakkal sahaja untuk essay dan short note...Bila exam keesokan harinya...Allah je yang tahu...memang tak dapat jawab.... =(

Setelah seminggu exam berlalu...hati rasa tidak gembira..kerana exam akan betul-betul habis selepas result keluar..ada kemungkinan kena viva...aduh....petang hari last paper,semua housemates pergi berseronok di Pantai Teluk Chempedak...mandi pakai baju kelas..tapi kebetulan petang tu ada meeting Program Kelab Remaja ISMA di pejabat ISMA...tak dapatla nak join...

Hari Jumaat...Rasa lain macam...tapi buat-buat tak tahu je...masa pergi solat Jumaat di Masjid Tengku Ampuan Afzan..jumpa akh Khairul Fikri...beliau bimbang sebab namanya belum dipanggil untuk viva..Bimbang kerana tidak dipanggil???Kalau tak kena panggil kan lagi bagus..tapi katanya tak kena panggil tu macam ada harapan fail paper...tiba-tiba diri ini terfikir...aku macam mana????

Keesokan hari...hari Sabtu...tengah-tengah sibuk uruskan bisnes..Filani datang ke bilik..."Man, Prof Jalal nak jumpa lepas asar...." Hurm...tersentak diri ini..tapi buat-buat rileks...(wat2 ilek)...dah agak dah...mesti kena viva...Jadi petang tu Prof Jalal buat kelas revision untuk student yang mungkin kena border line viva untuk subjek Anatomy...walaupun rasa down...rasa tak larat..tapi pergi juga..kerana Prof nak buat...kelas mula 5.30 petang...rehat maghrib untuk makan malam dan solat..lepas isyak sambung sampai 11.30 malam..penat-penat.....Lepas tu terus balik asrama..tak sanggup balik rumah...rasa down sangat-sangat...

Pagi Ahad...lepas subuh terus sambung tidur...lebih kurang pukul 12.30 tengah hari dapat call dari KOD..."ni Abdul Rahman ye??Sila datang esok pukul 9.00 pagi untuk viva.Subjek untuk adik ialah Anatomy dan Oral Biology. Datang awal sikit sebelum pukul 8.00..ok.terima kasih..".....Dah confirm kena viva!dahla tambah satu subjek lagi.Ingat kena Anatomy je...petang tu..pukul 2.30 petang..ada lagi kelas revision sampai 5.30 petang..terima kasih Prof sebab susah-susah buat kelas sampai Prof pun tertidur...kami pulak tidur masa Prof mengajar..ish3...

Malam tu...Ya Allah..tuhan je tahu...rasa bimbang...mampu ke nak lepas viva ni??rasa macam susah sangat..terus sms mak..."Mak,man fail 2 subjek..esok ada border line viva...doakan man.." Mak macam biasa reply "Insya allah".... Nak study apa ni??dah takde mood untuk study...dalam keadaan sangat-sangat bimbang dan resah...terus buat solat taubat..solat hajat 12 rakaat sekali lagi...dalam sujud ku panjangkan doa..moga Allah bagi kemudahan..moga Allah lembutkan hati pemeriksa..."Ya Allah..berikanlah kejayaan kepadaku dalam viva Anatomy dan Oral Bio pada esok pagi...berikanlah kemudahan kepadaku...berikanlah aku ilham untuk menjawab dengan baik...jadikan aku dalam kalangan mereka yang lulus..aku ingin pergi ke Acheh untuk melihat duniamu..untuk berbakti kepada anak-anak kecil di sana...Ya Allah..kalaulah Engkau mentaqdirkan kejayaan itu yang terbaik untukku..maka jadikanlah hambaMu yang bersyukur..tapi andai Engkau taqdirkan kegagalan itu yang terbaik untukku...sesungguhnya aku tahu Engkau mengetahui segala rahsia..jadikanlah aku hamba yang sabar dan redha dengan ketentuanMu...dan tiada yang lebih layak untuk memberikan kepada kesabaran kepadaku kecuali Yang Maha Mencipta sifat sabar itu......"Terima kasih kepada sahabatku FILANI,ABRAR dan sesiapa sahaja yang memberikan dorongan dan doa kepadaku..Moga Allah membalasnya dengan ganjaran yang jauh lebih baik dari apa yang kalian berikan....

Pagi esoknya...kena viva...ada jugak pengalaman...orang lain sibuk mengulangkaji nota..tapi aku hanya buat rileks..dah tawakkal dah pagi tu....masa kena kuarantin dalam Prosto lab..dapat tahu ada sisters yang tak jadi kena viva Physio kerana markah mereka dinaikkan...bestnye tak payah kena viva..dah confirm lulus semua la...sampai turn aku...doktor panggil untuk naik ke atas..katanya aku kena untuk Anatomy je..eh..Oral Bio??tiba-tiba hati rasa lega bercampur berdebar..mungkin Allah dah perkenankan doaku..Oral Bio dah lepas..tinggal Anatomy je...hurm....masuk dalam bilik viva..kena tanya dengan Russian Lady BONE, RESPIRATORY,PLACENTA dan MESODERM...dapatlah jawab sikit-sikit tapi sangat tidak meyakinkan..banyak yang ditanya takde pun dalam silibus...Prof Jalal pun nampak macam tak puas hati...huh..bimbang sangat-sangat..rasa macam kena re-sit je..tapi masih berdoa moga ia tak berlaku...

Lepas zuhur..ada makan-makan kat rumah Bro Razaq..budak-budak ni cakap result mungkin keluar harini atau esok...adeh..rasa tak semangat je...tak de mood...petang tu..masa tengah tidur..tiba-tiba budak-budak ni cakap result dah keluar...aku malas nak pergi tengok...rasa dah tahu mesti fail punya..orang lain semua pergi tengok kecuali aku dan Fariss..bila aku nak pergi...mereka dah balik dengan gembira...Bad nak belanja makan malam..aku pun tanya la.."Anatomy ada yang fail tak??".."ada sorang..."Ya Allah...Engkau telah kabulkan doaku..dalam rasa lemah longlai aku pergi tengok result dengan Fariss....dan alhamdulillah...semua lulus.........................................



P/S: Allah baru nak uji sedikit..sejauh mana pengharapan kita padaNya..sejauh mana kita mampu bermujahadah keranaNya...ketahuilah Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita...wahai sahabat-sahabat yang dah berjaya...kejayaanmu adalah ujian..untuk melihat sejauh mana kesyukuran kita kepada Dia..makin takutkah kita padaNya??atau makin lupa dan sombong dengan Dia??Buat sahabat-sahabat yang kurang berjaya...Ingatlah perjuangan kita belum berakhir...kita masih ada peluang untuk berubah...Exam pro kita masih ada re-sit...ada repeat..kita lupa yang kita selalu fail dalam exam block dunia...kita kena ingat...exam pro akhirat tiada re-sit...tiada repeat...sape yang dah berusaha..maka syurgalah tempatnya..tapi siapa yang leka...ingatlah hari itu Allah akan melupakan mereka sebagaimana mereka lupa kepada Allah saat mereka di dunia.....


Pena Masyimaro

Rabu, 2 JUN 2010
6.40 pm
Indera Mahkota 2
Pahang