Saturday, June 5, 2010

Cuti panjang dah bermula...

Alhamdulillah...setelah sekian lama menunggu untuk menghabiskan tahun pertama di sekolah pergigian UIAM akhirnya masanya telah sampai...bermula 1 JUN 2010...kemas-kemas rumah..dan 4 JUN 2010 telah bermula cuti yang sangat best....


Majlis baca Yasin dan doa selamat di rumah Dr. Haikal dan Dr. KB

Pukul 7.10 malam..saya terpaksa bergegas dengan berbaju melayu sepasang lengkap ke rumah Dr. Haikal dan Dr. KB di Taman Mahkota Putra untuk majlis baca yasin dan doa selamat. Alhamdulillah selain saya yang menjadi wakil 1st year, turut hadir sama ialah Sayfaldeen Kashmoola. Dr. Bo, Dr. Solach, Bro. Adam serta pelajar tahun 2 dan 3 Kulliyyah of Dentistry turut hadir memeriahkan lagi majlis ini.


Sulhi jadi Jong Tahlil dan baco yasin

Belum sempat azan isyak berkumandang, sekali lagi terpaksa bergegas meninggalkan majlis kerana ada satu lagi majlis penting di Masjid Tengku Ampuan Afzan selepas solat isyak, iaitu pernikah naqib usrahku merangkap Presiden PEMBINA Pahang, Md Afiq Md Yusoff dengan isterinya, Aisyah Badhrulhisham merangkap Timbalan Presiden PEMBINA Pahang.


Moga terus bercinta hingga ke syurga..Cinta yang menggerakkan dakwah..Ameen...

Habis je majlis dan makan-makan, saya terus kemas barang untuk bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 1 pagi waktu tempatan, 5  JUN 2010. Tiba di Gombak dan singgah di rumah kakak dan abang.Kemudian jam 12.45 tengah hari bertolak ke Dewan Hamzah Klang untuk menghadiri majlis Walimatul Urus dan Persandingan Madam Linda Shaharom dengan suaminya Wan Syahrum Saleh.


Moga bahagia dunia dan akhirat....



Bukan saje2 datang dari jauh...ada jemputan khas daripada Kak Linda untuk baca doa...kenal tak sape kat sebelah tu??

Malas nak tunggu lama-lama kat majlis tu memandangkan diri ini sudah penat bergerak ke sana sini.Yang penting sekarang dah boleh bercuti dengan gembira.Maka dengan itu,aku ucapkan selamat bercuti kepada semua.Jom pergi Acheh pulak!! Wassalam.....


Terima kasih daun keladi untuk Asiah yang belanja tiket,nasi,cendol...Imah yang belanja tol,minyak,teman pergi kenduri...Muadz yang bagi berus gigi walapupun kedekut..tolong hantar Man balik naik bas...Tidak lupa buat Afiq Abdul Kadir yang teman pergi beli hadiah kat Giant,Dharma yang jaga songkok dan Usamah yang bagi pinjam songkok...Jasamu dikenang selama-lamanya... =D


3 comments:

  1. salam.. zsalah ak yg sebelah ko tu imam masjid uia pj kan?

    ReplyDelete
  2. ye2..nasib baik ko ingt..aku pun lupe mase mula2 jumpa

    ReplyDelete
  3. wah...belari ke sana sini,haha...

    comey plak aku tngok ust masjid pj tu =p

    ReplyDelete