30 Januari 2011 mencatat sejarah
Diri ini memateri janji untuk memegang amanah
Agar kembara dakwah menjadi mudah
Supaya jerih payah tidak membuahkan lelah
Tidak sekali ku duga cinta seorang manusia
Yang buat aku tertanya-tanya
Sudikah dirimu mengorbankan segala
Buat seorang hamba biasa
Hadirnya cintamu ketika aku membina diri
Ku cuba pegang segala kata janji
Namun cintamu bukan yang pertama
Kerana cinta pertamaku sudah bertapak sekian lama
Ku impikan dirimu menjadi ketua bidadariku
Namun ku tahu ia tak semudah itu
Ketahuilah oleh dirimu bahawa ketua bidadari hanya datang dari dunia
Yang pernah merentas satu perjuangan yang penuh dengan ujian bencana
Tatkala datang pilihan padaku
Mana satu cinta pilihanku
Cinta manusia atau cinta perjuangan
Nescaya akan ku pilih cinta perjuangan
Kerana cinta manusia mungkin akan diakhiri dengan penat dan sedih
Namun cinta perjuangan pengakhirannya kenikmatan syurga!
Buat bakal teman hidup dunia akhiratku
Ku pinta padamu sebuah pengorbanan yang tak berbelah bagi
Untuk menemani jalan perjuangan ini
Yang pastinya tidak dibentangkan dengan karpet merah
Tapi ingatlah takkan ku lupa dirimu tetap manusia
Takkan ku lupa dirimu juga seorang wanita
Takkan ku alpa tanggungjawabku sebagai ketua keluarga
Tapi diri ini hanya nakhoda biasa
Tetap memerlukan teguran dari pembantu setianya
Andai diri ini lemah kuatkanlah
Andai diri ini jatuh angkatlah
Andai diri ini sedih gembirakanlah
Andai diri ini putus asa hiburkanlah
Jangan sesekali biarkan aku lupa
Jangan sesekali biarkan aku lemah
Aku tidak rela dirimu merencatkan perjuanganku
Aku tidak akan kasihankan mereka yang hanya cintakan dunia semata
Walaupun aku akan diikat cinta
Ketahuilah aku tidak pernah berubah
Aku tetap dengan prinsip dakwah
Aku tetap mahu berjuang
Izinkan aku untuk teruskan
Andai dirimu mahu bersama-sama diriku dalam perjuangan ini
Hulurkan tanganmu
Akan ku pimpin tanganmu bersama-sama ke medan jihad
Namun jika engkau takut dan enggan
Aku tetap akan pergi berseorangan
Aku akan menempuh segalanya berseorangan
Dan pasti
Kau tidak akan merasa nikmatnya sebuah keluarga
Kerana kau tidak bersama-sama mengharunginya
Andai aku menang
Aku terpaksa meraikannya tanpa kehadiranmu di sisi
Tiada senyuman darimu yang akan menghiaskan seri
Namun andai aku syahid
Engkau pasti tidak sempat melihat pemergianku
Tiada air matamu yang akan mengalir di pipiku
Saat aku pergi menghadap Rabb-ku
Buat insan yang akan menyempurnakan diri ini
Sedarlah cinta ini tidak akan sempurna tanpa cinta Tuhan
Cinta ini pasti akan cacat jika dicemari nafsu jahiliyyah
Bersihkan cinta
Sucikan cinta
Sebelum tiba masa
Untuk melafazkan kalimah cinta!!
Khas buat dia yang sangat istimewa daripada....
Abdul Rahman Fauzi
Indera Mahkota 2
1.02 a.m
2 Februari 2011
mabruk akhi...
ReplyDeletealhamdulilah...akhirnya sahabatku bertemu jgk dgn pilihan hatinya..
ReplyDeletedengan sape? UIA jgk?
tahniah..ada bau nasik minyak ni..jgn lupe invite dd yer =)
ReplyDeletesniff..sniff.. waaahhh wangi nye bau, nasi minyak + ayam masak merah ehh???
ReplyDeletehehe, ain dengan didi nak kad wangi :)
to anonymous: dengan anonymous jgk =)
ReplyDeletekalau benda-benda macam ni,watak didi dan ain mesti ada..nak kawen dah ke?? =P
ReplyDeletedidi n ain bg laluan kat senior rahman dl la =p
ReplyDeleteselamat rahman jalan, harus kami berdua menyusul!! hahahaha :P
ReplyDeletep/s : didi dulu, sebab dia ..... :P
ain takde orang nak... lalala~ ;)
Alhamdulillah... akhirnya rahman dah bertemu bidadarinya. mabruk ya akh!
ReplyDeleteAlhamdulillah :) Jgn lupe jemput kenduri nnt ye:)
ReplyDelete