RINGKASAN ISU : ANTARA CALON BN MUSLIM DAN CALON PR NON MSLIM DLM P/RAYA
Realiti Paktikal semasa PR ; Pembahagian Kerusi
- Praktik pembahagian kerusi dlm PR ialah :
- Majoriti Melayu (70% ke atas) – PAS
- Majoriti Cina ( 70 % ke atas) – DAP
- Campuran 50-50 atau 60-40 (terutama kaw Bandar)- PKR
Dari segi pembahagian ini sebenarnya menguntungkan Islam kerana :
- Kawasan Melayu – PAS (Islam ) vs UMNO (melayu x demokratik)
- Kawasan Cina – DAP (kafir demokratik) vs MCA (kafir x demokratik)
- Kawasan Campur:
I. PKR (melayu demokratik) vs komponen Bn (kafir x demokratik)
II. PKR (kafir demokratik) vs komponen BN (kafir x demokratik)
- Sebab itu pentingnya memahami reality. Jika tidak berada di dalam reality politik semasa, lebih baik tidak melibatkan diri dengan memberi komen secara khusus dan spesifik terhadap isu tersebut.
Jika Berlaku Andaian Tersebut ( Melayu BN vs Kafir PR)
- 1. Memang ada dalil Al-Quran yg jelas dan terang melarang Muslim mengangkat pemimpin dari kalangan non muslim (surah Aali Imran ayat 2, annisa’ ayat 144 dll ). Kisah Umar al-Khattab yg memerintah dua gabenornya ( Abu Musa al-Asy’ari dan Khalid al-Walid) utk memecat pembantu mereka di bidang pentadbiran dan kewangan yg berasal dari non muslim.
- 2. Namun kefatwaan dan hukum tdk sepatutnya di istinbat secara umum dr zahir nas begitu shj. Lihatlah juga terhadap perbincangan paa ulama terhadap nas tersebut dan perbandingannya dgn nas-nas yg lain dlm isu tersebut. Demikian juga kisah Umar membuktikan tidak berlaku ijmak d kalangan ulama’ tentang isu tersebut.
- 3. Perbincangan terhadap isu perlantikan wakil rakyat non muslim ini secara ringkasnya boleh di bahagikan kpd 2 perkara :
- a. Tauliyah Ahli Dzimmah (Kafir)- Pelantikan Kepimpinan Non Muslim
- b. Isti’anah Bil Kufri- Kerjasama dengan Non Muslim
Tauliyah Ahli Dzimmah (Kafir)- Pelantikan Kepimpinan Non Muslim
1 .Dr Ibrahim abdus Shodiq dlm Fiqh Sholahiyah lil Wilayah menyebut- hal tersebut termasuk dalam bab tauliyatul ahlu dzimmah ( pengangkatan ahlu dzimmah/non muslim), di mana, berkait dgn kepimpinan dan hak non muslim di dlmnya , di bahagi menjadi 3 tingkatan, masing-masing adalah:
a. Wilayatul ‘Aamah ( Kepimpinan Umum sprt Khalifah, Imamatul Uzma, Presiden, PM atau raja) dan Wilayah Zu Shibgoh Diiniyah ( Kepimpinan Posisi Nilai Keagamaan Strategis sprt Panglima Perang ,Jeneral Tentera ,Keselamatan , Ketua Hakim dll )
b. Wazhaif Qiyadiyah ( Posisi Kepimpinan Strategis Lainnya sprt Menteri , Gabenor dsb )
c. Wilayat Madaniyah ( Kepimpinan Teknikal dan Skill Umum tertentu sprt ketua jabatan dll)
2. Di dalam kitab Ahkam Sulthaniyyah bab wizaroh (kementerian), Imam Mawardi membahagi pos kementerian menjadi dua bagian utama :
a. Wizaratu Tanfiz ( Kementerian pelaksana/eksekutif)
b. Wizaratu Tafwidh (Kementerian pemutus/buat dasar )
3. Para ulama bersepakat tentang pengharaman non muslim menjadi pemimpin dlm posisi2 strategis sebagaimana di sebutkan ( Wilaayah Aamah atau Wizarah Tafwidh)
4. Khilaf di kalangan ulama tentang hukum perlantikan pemimpin atau wakil rakyat non muslim dlm sebuah Negara Islam pada posisi Wazhaif Qiyadiah , Wilayat Madaniyah , Wizarat Tanfiz :
a. Pandangan Pertama – Tidak harus berhujjahkn dalil2 yg sama sprt di atas
b. Pandangan Kedua - Harus, berhujjahkan:
I. Qazman, seorang yahudi tlh terlibat bersama tentera Islam membunuh 3 org pemegang bendera musyrikin sehingga Nabi bersabda “ InnalLaaha Laya’zuru Haazad-diin bir Rajuli- Fajir - sesungguhnya allah akn memperkuatkn agama ini dgn lelaki jahat” (Rujuk kitab Nailul Athar, Imam Syaukani 25/7)
II. Baginda melantik Safwan bin Umayyah (non muslim) menganggotai risikan Islam dlm perang Hunain dll.
III. Pendapat ke 3- Harus atau Tidak bergantung kpd keperluan politik (maslahah). Hujjah kump ini sama sprt kump kedua ttp dgn syarat menguntungkan Islam.Pendapat ini adalah pendapat paling ramai dan paling kuat.
5. Di antara Ulama yg membenarkn pelantikan kepimpinan non muslim dlm posisi selain wilaayah Aamah atau Wizarah Tafwidh ialah : Imam Mawardi dlm kitabnya Ahkamu Sulthaniyyah, Dr Yusuf Al-Qaradhawi dlm bukunya Ghairul Muslimin fil Mujtamak Muslim, Imam Qurtubi dlm Al-Ijmak li Ahkamil Quran, Hasan Al-Banna dlm Majmuk Rasail bab Risalah Taalim dll.
Isti’anah Bil Kufri-Kerjasama dgn Non Muslim
- Secara logiknya,para ulama yg membolehkan pengangkatan non muslim menduduki jabatan tertentu yg cukup strategic, mereka berbicara dlm konteks menjalankn Negara Islam, Pemerintahan Islam, bahkn Khilafah Islamiah. Ertinya , dlm keadaan ‘Islam Berkuasa Penuh’ pun,masih begitu fleksibel dgn membuka kesempatan dlm keterlibatan non muslim. Jika dilihat dlm realiti Malaysia hari ini, di mana Pemerintahan Islam blm terbentuk, maka tentulah isu bekerjasama dan pengangkatan non muslim dlm jabatan tertentu seharusnya lebih terbuka dan fleksibel.
- Realiti Politik PAS- 12 penggal pilihanraya- x menang di persekutuan. Menang negeri x boleh laksanakan Islam menyeluruh. PAS kalah teruk di kawasan majoriti pengundinya bukan Islam hasil serangan, sekatan, halangan, fitnah, propaganda, tipudaya, penyelewengan dalam kezaliman Pemerintah.
- Tahalluf (kerjasama) PAS bersama PR tidak direct kpd Pemerintahan Islam ttp usaha dan upaya mewujudkan terlebih dahulu ruang, jalan dan syarat2 ke arah pemerintahan Islam. Jika pemulihan demokrasi ,kebebasan dan keadilan adalah jln yg realistic kpd kpd pemerintahan Islam (muqaddimah wujub) maka bersama PR dan menolak BN adalah pilihan yg paling tepat krn kita berada pada marhalah SEBELUM DAN SEMASA BERPERANG, kita bukan KERAJAAN BERKUASA PENUH.
No comments:
Post a Comment