Saturday, March 5, 2011

Mudah-mudahan kita tak lupa

 Moga kita jadi Al-Quran yamsyi 'alal-ardh...ameen

Berakhir satu pertandingan. Ia bukan sebarang pertandingan. Anda mesti nak tahu kenapa kan? Daripada beribu-ribu pelajar di UIAM Gombak dan Kuantan, beratus-ratus bekas pelajar DQ, tak termasuk yang dari sekolah tahfiz dan sebagainya, hanya lebih kurang 30 orang peserta yang mengambil bahagian. Ini antara salah satu sebab saya menyertainya. Peluang untuk menang tu ada!Hehehe.

Tapi bukan itu yang menjadi keutamaan. Pertandingan kali membawa seribu makna dan kenangan. Mana tidaknya, atas nama hafazan al-quran, saya dapat berjumpa semula roomate-roomate saya di CFS PJ dulu. Tak perlu suruh. Tak perlu ajak. Kecintaan dan hobi yang sama pada al-quran menyatukan kami. Dapat pergi jalan-jalan ke Gombak. Saling 'tebuk-menebuk' antara satu sama lain. Buat akh Ahmad Syahid dan Shahrul Fami, antum sangat istimewa. Dalam ramai-ramai mereka yang telah mengaku khatam hafazan al-quran, kita antara yang sanggup untuk menguji hafazan kita. Agar kita sekadar bukan hafiz yang masyi membaca pada tulisan, juga masyi ketika tanpa al-quran di depan.

Sekadar peringatan buat diri dan para sahabat yang masih mengaku dirinya adalah huffazul quran. Quran itu tidak diturunkan di DQ. Quran itu juga bukan hanya dibaca saat kita lapang tiada kerja. Quran itu juga bukan sekadar untuk dibaca bahkan dijaga dan dihayati maknanya.

Mari bersama kembali kepada al-quran. Sama-sama kita mantapkan hafalan, rajin-rajin iadah, di samping memantapkan akhlak dan pelajaran. Jangan peduli apa orang kata. Bukan nama 'budak DQ' jadi ukuran kita. Tapi kita teguh dengan prinsip kita sebagai huffazul quran. Walau apa pun pandangan orang pada kita. Kalau benar huffaz teknokrat mahu dilahirkan, masuk DQ, keluar DQ, masuk CFS PJ, masuk UIAM Gombak atau Kuantan, al-quran masih tersemat indah di dada. Itulah quran yang berjalan di atas bumi!

Kalau mengulang al-quran, biar istiqamah. Jangan sekadar tengok dan baca. Tapi mujahadahlah untuk tutup quran dan baca. Jangan lupa untuk tasmi' dengan ustaz atau sahabat-sahabat untuk menjamin ketepatan hafazan kita. Jangan kita lupa. Jangan kita putus asa. In tansurullaha yansurkum wa YUSABBIT 
AQDAMAKUM!


p/s: Buat Bee dan Asma', rajin-rajin nguley deh. Kito jupo kat Balai Islam pulok. Bittaufiq wannajah wal istiqomah =)


2 comments:

  1. Allahu akbar! tahniahhh :)

    haza al-quran yamshi 'ala al-ardh..! (saya suka ungkapan ini)

    semoga terus terus dan terus mencintai Al-quran..dan semoga ayat-ayatnya terus menerus melekat terpahat didada~insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. mari gombak xoyat dh abe man neh.heee

    ReplyDelete