Nak diceritakan petang hari ini 2 April( kadang-kadang blog ni lambat sikit tarikh ni) saya ke ke kedai nak cek samada multi purpose burner saya masih boleh diguna dan la haula quwwata illa billah, menurut pekerja kedai tersebut, kemungkinan besar ia dah bocor dalam saluran gas dia. Jadi dah tak boleh guna dan terpaksa beli baru.(habis lagi duit.baru je dapat gaji) Maka saya pun cuba lah pergi survey2 dekat COWBOY (orang Kuantan je tahu kedai ni) untuk cari burner tu. Masa pusing-pusing dalam kedai 4 tingkat tu, saya terdengar ada seorang pekerja menjerit tegas dan tedengar perkataan "syurga" disebutnya. Ia menarik perhatian saya untuk melihat apa yang berlaku. Dan terlihat seorang pemuda memegang kotak Apollo sambil mengatakan, "Sobar-sobar!Hok ni biase je. Kat syurge jauh lebih sedap dari hok ni". Manakala seorang lagi rakannya sedang meminta untuk dibukakan kotak yang berisi Kek Lapis Apollo pandan tu.
Barulah saya faham apa yang berlaku. Rakan si pemuda tadi mahu mengambil kek apollo tadi secara haram dari kedai tersebut tetapi pemuda tersebut terus menghalangnya bukan dengan memarahinya tetapi mengingatkan rakannya tentang nikmat syurga yang jauh lebih baik dan penuh kenikmatan. Subhanallah...Kagumnya saya terhadap iman pemuda itu. Takjub saya pada pemuda pekerja COWBOY yang masih takutkan Allah di saat orang lain hanya menganggapnya perkara biasa. Inilah contoh kisah bila iman bersuara. Saya doakan moga Allah ganjarkan pemuda tersebut dengan makanan2 di syurga yang jauh lebih sedap daripada kek apollo tadi. Saksikanlah ya Allah dia telah mencegah kemungkaran sahabatnya hanya semata-mata kerana takutkanMu!Allah berilah dia syurga, jadikanlah ketakutannya kepadaMu sebagai pemadam api nerakaMu....
Habis cerita.
No comments:
Post a Comment