Wednesday, May 11, 2011

Kenapa memilih jalan pernikahan?

Hari ini saya menulis lagi. Sekali saya menulis, selamanya saya takkan berhenti menulis. Saya tulis untuk anda baca. Kalau anda suka, alhamdulillah. Kalau anda tak suka, komenlah. Yang pasti, apabila anda komen, bermakna anda sudah baca apa yang saya tulis. Saya suka. =)

Exam pro masih berbaki 2 hari lagi. Satu paper Dental Material pada hari Jumaat, satu lagi OSPE pada hari isnin depan. Jadi, hakikatnya bukan 2 hari. Ada 5 hari lagi. Itupun kalau tak kena viva. Insya Allah. Doakan ya. Tahun ini azam saya tiada lagi viva. Tiada lagi kena tanya. Saya sudah serik. Pengalaman exam pro tahun lepas sudah cukup buat saya insaf akan kesilapan saya. Jadi tahun ini saya usaha lebih sedikit. Maklumlah, dah nak bernikah. Nak buktikan pada mak ayah, nak buktikan pada mak abah, saya pun boleh berjaya. Orang bernikah pun boleh cemerlang. Kalau bukan kita, nak harapkan siapa?

Hari berganti hari. Tanpa saya sedari, cuma ada lebih kurang 15 hari berbaki. Sebelum saya bergelar seorang suami. Rasa macam banyak lagi yang perlu diperbaiki. Buat tunang yang berada jauh di Ipoh, doakan jodoh kita sampai ya. Saya tak nak jodoh kita pendek. Saya tak mau jadi macam orang lain. Jodoh mereka hanya setakat di hujung jari, jodoh mereka berakhir dengan SMS yang memeritkan hati, jodoh mereka berakhir selepas berdating berhari-hari. Itu sebabnya saya memilih jalan untuk bernikah. Ya!Saya serius. Bukan main-main. Seperti yang selama ini orang sangkakan.

Kalau anda tak setuju dengan saya, anda boleh komen. Tapi anda mesti baca. Hehe. Tak setuju tak semestinya menentang kan?Awal-awal saya pesan, apa yang saya tulis kat sini, bukan boleh pukul rata untuk semua orang. Tapi kalau anda rasa terpukul, baik anda fikir-fikirkan. =)

Saya pernah berkata, saya mula memikirkan tentang pernikahan secara serius, sebelum SPM lagi. Awal ke?Saya tak rasa begitu. Kalau anda nak kahwin umur 30, awal lah kot. Tapi kalau anda nak nikah umur 22(macam saya), mungkin dah terlewat. Tapi kalau anda nak contohi bapa Imam Abu Hanifah,kahwinlah 40 tahun lagi. Hehe.

Ramai orang lelaki cakap, kahwin awal tu perlu. Nak jaga itu, nak jaga ini. Tak tahan nak buat itu, tak tahan nak buat ini. Tidak kurang yang menuding jari pada wanita. "Mereka pakai ketat, mereka pakai sendat. Saya dah tak tahan nak buat maksiat". Mungkin saya juga begitu. Ke macam mana wahai kaum Hawa?Kebanyakan yang saya jumpa, kaum Hawa kurang rasa nak kahwin awal. Mereka kata, study dulu. Habiskan belajar dulu. Tunaikan tanggungjawab dengan mak ayah dulu. Sambil-sambil tu, boleh la pergi dating dengan pakwe tiap-tiap hujung minggu. Tak gitu? =)

Buat mereka di luar sana, ingin saya satu kongsikan satu perkara. Antara sebab mengapa saya bernikah(tak semestinya awal. Tapi tidak bercouple la) kerana saya sangat menghargai dan memandang tinggi seorang wanita. Anda tertanya-tanya?Mari saya jawab. Sebelum tu, saya nak anda jawab soalan saya dulu. Pernah anda bercouple?Dah berapa orang yang anda pernah bercouple?Berapa lama bertahan?Dah berapa kali cerai pastu rujuk balik?Mungkin dah lebih 3 kali talak pun ada lagi yang rujuk. Huhu.

Saya mahu tujukan pesanan ini, khas buat insan bernama lelaki. Kerana perempuan mungkin kurang memahami. Tapi takpe. Anda tetap boleh baca. Pernahkah anda terfikir, setiap kali anda tidak berpuas hati dengan pasangan anda,setiap kali anda terkilan dengan kelakuan pasangan anda, setiap kali anda merasakan dia belum cukup menyayangi anda, setiap kali dia buat anda marah, dan anda terfikir untuk mencari pengganti yang lebih sempurna, untuk membuka cawangan di sini sana, apa perasaan pasangan anda?

Untuk mereka yang bercouple, mereka pasti senang untuk memilih jalan clash. Sudah bosan, cari lain. "Tinggal jela awek lama. Ramai lagi awek lain yang lagi lawa dan baik-baik."~Anda harus berhenti membaca di sini. Saya letakkan titik noktah untuk anda. Kerana anda seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. =)



*                                       *                                                    *                                   *


Yang tidak bercouple atau sudah insaf, mari kita sambung. Pernahkan anda terfikir perasaan pasangan anda kalau dia mengetahui niat dan cita-cita 'murni' anda itu?Fikirlah sepuluh kali. Seratus kali pun takpe. Sambil-sambil itu, anda renung dan imbas kembali. Saat anda melafazkan 'aku terima nikahnya'. Saat anda menyatakan janji setia. Untuk menjaganya selama-lamanya. Ingatkah anda bahawa di sebalik seorang wanita itu di belakangnya ada seorang ibu? Lupakah anda bahawa tanpa ibunya dia tidak akan dilahirkan? Sedarkah anda bahawa jika anda mahu meninggalkan pasangan anda, anda sebenarnya telah menghancurkan hati seorang ibu?Atau anda tidak mempunyai seorang ibu untuk tidak mampu menyelami semua itu?

Anda lupa bahawa pasangan anda dulu hanya kanak-kanak kecil yang comel. Anda lupa dulu pasangan anda itu pernah dikandungkan dengan susah payah oleh seorang insan bergelar ibu. Anda lupa bahawa begitu perit seorang ibu melahirkan pasangan anda ke dunia. Dijaganya dengan penuh kasih sayang yang tiada taranya. Dewasanya pasangan anda kerana penat lelah dan sengkang mata ibunya yang tidak jemu-jemu membesarkannya. Anda lupa betapa beratnya hati seorang ibu untuk melepaskan anaknya kepada anda untuk dikahwini setelah sekian lama dia bersamanya.

Tapi hari ini......

Anda baru bersama pasangan anda 2-3 tahun, atau mungkin 4-5 bulan, anda sudah berniat untuk mencari penggantinya?Jantankah anda sanggup menggadai kepercayaan seorang ibu kepada anda untuk menjaga anaknya setelah susah payah ibunya menjaganya selama 20 tahun? Diserahkannya kepada anda kerana tingginya kepercayaan ibunya kepada anda, tapi hari ini senang-senang saja anda mahu meninggalkannya??Apa perasaan anda kalau anda diperlakukan sedemikian?Apa perasaan anda kalau anda berada pada tempat ibunya?

Sedarlah wahai insan bernama lelaki. Anda mesti punya harga diri. Pulanglah. Tataplah wajah ibu anda dalam-dalam. Belajarlah menyayangi dan menghargai mereka. Nescaya anda akan belajar menghargai pasangan anda.

Jom kita bernikah! =)



http://anazahra.blogspot.com/2010/11/single-itu-indah-nikah-itu-barokah.html


*                                        *                                            *                                           *



Single itu indah, nikah itu barokah~

5 comments:

  1. ohh,, entri ini pon saya like laju-laju! haha :D

    ok, nak cari 'teman' awal-awal jugaklahhh.. ;)

    p/s : semoga dipermudahkan semua.. ^_^ insyaAllah, sampai jodohnya, ameen :)

    ReplyDelete
  2. err, semalam rase da komen, tapi sebab gangguan blogspot asek nak unavailable je, terus hilang komen agaknye.. haha..


    ohh, entri ini pun saya nak like laju-laju.. ;)

    mahu cari 'teman' cepat-cepat jugaklah! :D

    insyaAllah, bertemu jodohnya, dan semoga dipermudahkan semua ^_^ ameen.. :)

    ReplyDelete
  3. selamat memikul tanggungjwab baru ya akhi...semoga Allah memudahkan segala urusanmu..:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillahhh... mabrouk buat akh abd.rahman & isteri :) sy turut bhgia mendgr khabar brita walimah kalian.. tumpang gembire^^ smoga rmai lg batch kite yg bkal mngikuti jejak langkah mu. (upgrade satu anak tangga!^^) doaku moga redha Allah brsma kalian selalu :)

    _nurulshifa'mohd saidy x-sri

    ReplyDelete