Sunday, June 19, 2011

Moga Al-Quran terus bertakhta di hati...

Aku terima dirimu bermaharkan senaskhah mushaf al-quran yang menjadi zikir cintaku kepada Tuhan...

Diri ini begitu terasa berat. Dua insan sudah pasti tidak sama dengan satu. Dua insan yang disatukan bermaharkan quran yang kami pegang menjadi saksi bahawa cinta kami paksinya wahyu, agar hidup kami terus dipandu. Baru terasa betapa berbeza bagaimana nak pastikan kita masyi quran dengan nak pastikan orang lain masyi quran(lebih-lebih lagi isteri sendiri).

Yang pastinya, kemampuan setiap orang berbeza. Waktu mengulang atau murajaah quran juga berbeza. Cuma satu perkara yang sama. Mujahadah dalam nak memastikan al-quran sentiasa lancar. Sukarnya untuk menemui mereka yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk menjaga al-quran lebih-lebih lagi apabila mereka telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk.

Pernah semasa bersembang-sembang dengan isteri, saya memberi komen tentang sistem persijilan tahfiz DQ yang memberi masa selama 1 SETENGAH TAHUN (18 BULAN) untuk para pelajar mengkhatamkan hafazan. Bagi saya, ia tidak sesuai untuk semua jenis orang memandangkan mengikut pengamatan saya, hanya pelajar yang benar-benar istimewa sahaja yang mempunyai kekuatan ingatan yang hebat yang mampu mengkhatamkan hafazan dalam waktu yang begitu singkat(dahla umur dah 18 tahun) di samping berjaya mengekalkan hafazan mereka. Nisbahnya mungkin 1:100 atau 1:1000.

Inilah realiti mengapa saya lihat lepasan persijilan DQ majoritinya mempunyai masalah dalam menjaga hafazan mereka. Waktu yang paling kritikal adalah waktu kita menghafaz al-quran. Selagi tidak khatam, mengulang juzuk lama menjadi satu kewajipan. Kita akan mengulang dengan bersungguh-sungguh dalam masa yang sama otak menerima hafazan baru. Period ini menjadi satu faktor penting bagi mereka yang mahu masyi al-quran.  Memendekkan tempoh hafazan bermakna memendekkan tempoh mengulang dengan sebenar-benar mujahadah. Saya sendiri akui waktu paling bersungguh-sungguh untuk mengulang adalah semasa masih menghafaz. Kesimpulannya, momentum mengulang seperti ini perlu diteruskan.

Akhir sekali, tips untuk kita terus masyi quran, tanamkanlah rasa cinta pada al-quran. Jadikan ia suatu yang sangat kita cintai dan rindui. Lebih gemar bersama al-quran daripada membuang masa dengan menonton TV atau bermain FB. Pasangkan azam dalam diri untuk mujadah mengulang al-quran. Hadirkan momen-momen indah saat anda masih bersusah payah untuk mendapatkan gelaran 'al-hafiz'. Buangkan sikap pesimis dengan menggelarkan diri 'al-habis'. Gelisahlah saat anda tidak mampu mengingati ayat yang anda hafaz dahulu. Paniklah saat anda tidak mampu menyambung ayat apabila ditebuk. Ingatlah, sekali kita bergelar al-hafiz, selamanya kita al-hafiz!Ayuh para huffaz. Sahut cabaran ini. Kun qur'anan yamsyi 'alal ardh!Capai quran, terus iadah!


Janji kita, quran mesti terjaga...

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum warahmatullah.

    Pengisian dan perkongsian yang terbaik. Moga kecintaan terhadap al-Quran terus mekar dan berkekalan hingga ke akhirnya.

    Ust dan Kak Rahmatulnisah memang gandingan mantap! :)

    Barokallahu lakuma..

    ReplyDelete
  2. n sero nk start hafal semula quran....lamo dh berhenti

    ReplyDelete