Thursday, July 21, 2011

Kehidupanku selepas bergelar seorang isteri kepada Abdul Rahman Fauzi

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Buat pertama kalinya diri ini hadir untuk menulis di dalam blog ini. Tiada apa untuk diceritakan sekadar ingin berkongsi dan mengisi masa lapang yg ada. Kebetulan suami tercinta hanya tersenyum gembira apabila keinginan untuk mencoret di sini disampaikan. Peluang yg ada pasti akan digunakan sebaiknya ;). Setelah hampir 2 bulan kami bergelar suami isteri (1bulan 3minggu 4hari pada 22/7/11) macam2 peristiwa yg berlaku. Dalam tempoh ini kami masing2 mengambil masa untuk mengenali antara satu sama lain, maklumlah sebelum ini tak kenal sangat, kenal pun camtu2 je. Banyak persamaan kami rupa2nya tapi lagi banyak perbezaanya..huhu..kalu nak dibandingkan antara saya dan suami umpama saya si bumi dan beliau adalah si langit..berbeza kan? Alhamdulillah setelah sah bergelar isteri kepada insan pilihan Allah bernama Abdul Rahman Fauzi ini, terasa diri ini lebih terisi dari sebelumnya. Tambahan pula, terasa seperti terdapat seorang hero yg sudi menjaga heroinnya xkira masa dan tempat huhu..

Tidak banyak yg ingin saya ceritakan di sini, cuma sedikit sahaja kerana kemahiran menulis saya tidak seperti suami saya. Sekadar ingin bercerita mana yg perlu. Alhamdulillah, Allah telah kurniakan kepada saya seorang suami yg baik, rajin, memahami, sabar, penyayang dsb (banyaknya puji..takpe2,bukan slalu..). Sebelum saya berkahwin, ramai antara sahabat handai yg bertanya siapa bakal suami saya. Apabila diberitahu namanya, kebanyakannya pasti terkejut dan statement femes yg keluar daripada mulut mereka " Abdul Rahman yg garang tu ke? fscc tu? " bersama2 riak muka yang terkejut dan tidak percaya. Ya, memang tidak dinafikan suami saya ini dahulu garang sangat, muka bengis je, nak tengok dia senyum?huhu jangan harap..saya pun kecut dengan dia. Walakin, itu semuanya luaran sahaja :). Setelah berkahwin semua itu tiada, baru saya sedar betapa pentingnya husnuzhon. Alhamdulillah, seperti yg saya katakan tadi beliau memenuhi ciri2 putera idaman ;) huhu..seperti rasulullah saw bersabda " 
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang baik kepada isterinya, aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku" [Hadith Riwayat al-Thahawi].

Kebelakangan ini, suami saya diamanahkan untuk menjadi imam di sebuah surau atas sebab menggantikan imam asal yg tidak dapat hadir. Alhamdulillah, di kesempatan ini, suami saya selalu membawa saya bersama untuk berjemaah di sana untuk solat subuh, maghrib dan isyak. Ada ketikanya saya tidak dapat ikut bersama terutamanya solat magrib sebab saya perlu mengajar anak2 jiran mengaji di rumah selepas maghrib. Walakin, saya sangat kagum dengan suami saya kerana walaupun untuk solat isyak sahaja, beliau sanggup untuk balik ke rumah dan mengambil saya untuk berjemaah solat isyak bersamanya di tempat beliau menjadi imam. Jikalau tempatnya dekat tidak mengapa,tetapi jarak antara rumah kami dan surau tersebut mengambil masa. Apabila difikirkan, tidak berbaloi untuk pulang dan mengambil saya di rumah tetapi tidak, suami saya tetap berkeras mahu mengambil saya walaupun beliau perlu berulang-alik banyak kali.(terima kasih abang sebab sanggup bersusah-payah untuk saya) Pernah saya bertanya kepadanya kenapa nak bersusah-payah berulang-alik mengambil saya sebab akan memenatkan beliau dan menyebabkannya terkejar-kejar terutamanya apabila ada majlis di surau tersebut seperti bacaan yasin dan tahlil antara maghrib dan isyak tetapi jawapannya mudah iaitu untuk melatih anak2 yg bakal dilahirkan nanti dan kasihan meningalkan saya solat sorg2 di rumah. Terharu sy mendengar jawapannya. Semasa saya di surau pula, lain plak ceritanya. Makcik2 yg solat di situ ramai yg bertanya saya dari mana. Dan apabila diberitahu saya tinggal di mana dan mengikut suami yg menjadi imam, makcik2 tersebut tesenyum memuji.."alhmdulillah, bertuahnya, muda2 lagi dah jadi imam" walaupun si suami yg dipuji tp xsalah kan si isteri menumpang tuahnya sekali? huhu ;). Beberapa  hari selepas itu, juga terdapat makcik lain yg baru pertama kali nampak sy, juga akn bertanya seraya berkata " anak siapa? " belum sempat sy menjawab ada makcik yg lebih awal mengenali saya berkata "inilah isteri imam.." kemudian,sempat lagi makcik yg baru dikenali tadi mengusik, "owh, ingatkan anak siapa, baru nak merisik.." tersipu-sipu malu saya dibuatnya. Bukan apa, terasa kerdil sangat ketika itu dibandingkan dengan suami saya.  Alhamdulillah, sy bersyukur sangat2 kerana dikurniakan dengan seorang suami yg mampu untuk menjadi imam kepada semua. (tahniah abang, semoga abang terus istiqomah!)

Masuk cerita baru, beberapa minggu yg lalu, kami berdua beriadhah di tasik bandar. Di situ pertama kali, usrah pertama kami diadakan. Awwalan usrah adalah sesi iadah, pertama kali dalam hidup, saya tasmi' dengan suami sendiri di hadapan tasik yg dikekelilingi ratusan manusia yg sibuk beriadhah. Sebelum ini, saya cuma ditasmi' oleh ustaz @ ustazah tasmi' sahaja.(dah jadi suami, confirm2 saya tidak boleh nak lari dari kena tasmi'..hu2) Hati terasa kecut untuk tasmi' dengan suami sendiri walaupun di hadapannya sy nampak cool (nk cover cuak huhu). Maklumlah, semasa itu saya baru belajar merangkak untuk mulakan juzuk 1, suami plak dah berlari sampai juzuk 25..huhu..jauh bezanya..pesanan suami saya tersemat di hati " biar sedikit tetapi konsisten " , " kena rajin ngaji, kalu x nanti quran akan makan diri " pesanan yg amat bermakna. Ape pun, tasmi' bersama suami adalah suatu pengalaman yg berharga buat diri saya. Selesai sesi iadah, bacaan hadith dibaca oleh saya dan akhir skali sesi muhasabah oleh suami. Di situ, beliau mengingatkan diri kami tentang mati menyebabkan diri sy tersentak. Astagfirullahalazim, leka sungguh diri ini selama ini. (terima kasih abang sebab mengingatkan..) Usai sahaja tutup majlis dengan surah al-Asr dan tasbih kafarah, kami berjogging bersama2 mengelilingi tasik. Walaupun ringkas dan sekejap sahaja sesi riadhah kami, tp bmakna dan padat. Alhamdulillah, semoga kt sama2 istiqomah berusrah sehingga akhir hayat, ameen.

Rasanya cukup setakat ini perkongsian cerita saya. Mungkin cerita ini tidak menarik dan memberi manfaat kepada sesiapa yg terbaca tulisan ni. Maafkan sy, baru pertama kali menulis sebegini. Tidak berniat atau bertujuan apa2 untuk menulis, sekadar perkongsian dan penghargaan kepada pemilik blog ini. Buat insan tersayang dan dicintai kerana Allah iaitu Abdul Rahman Fauzi, terima kasih atas sudi menerima diri yg serba kekurangan ini. Hanya Allah yg lbh berhak utk mencintaimu dan hanya Allah yg lbh berhak untuk menyayangi diriku. Bersama2 kita menuju ke arah itu. Ameen..Insya Allah.

Akhirul kalam, yg baik itu datang dari Allah, yg buruk dan kekurangan itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Assalamualaikum wbt..




Rahmahtulnisah


Doakan aku menjadi isteri yang solehah abang..






Wednesday, July 20, 2011

Nor Aizat Rahimi bin Rostam Rahimi

Bismillahirrahmanirrahim.....


Alhamdulillah... Akhirnya Allah mengizinkan saya untuk menulis satu post istimewa buat sahabat dunia akhirat Nor Aizat Rahimi bin Rostam Rahimi. Tajuk post kali ini sangat direct dan tiada suspen. Saya memang tujukan khas post ini untuk beliau setelah saya berjanji untuk menulis untuknya. Jat, ko jangan terharu pulak...hehehe...

Perkenalan kami Allah aturkan ketika masa saya di matrik UIA PJ sekitar 2 tahun yang lalu. Masa tu budak-budak masih dalam alam khayalan FRIENDSTER. Nak dijadikan cerita, dalam friendster tu ada satu group untuk batch matrik UIA PJ 2007-2009. Saya sangat suka post kat group tu benda-benda yang kontroversi yang bisa menampar pipi sebagai peringatan untuk sahabat-sahabat dan diri. Yang saya perasan, ada seorang bernama Nor Aizat sentiasa memberi komen yang positif pada hampir setiap yang saya post. Masa tu saya hanya mengenal beliau di alam maya. Akhirnya setelah beberapa lama, kami bertemu di alam nyata sambil dia memperkenalkan dirinya dalam perjalanan pulang dari masjid.

Rupa-rupanya, taaruf dia dengan saya ada makna lain. Dia ada misi dakwah. Begitu hebat suntikan jarum beliau. Mula dengan menyokong fikrah saya setelah sekian lama, bertaaruf di alam nyata sebagai kawan biasa, akhirnya dia mengajak saya untuk menyertai satu pertubuhan dakwah yang dikenali sebagai Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA). Masa tu saya bukanlah tahu sangat apa tu PEMBINA. Jadi saya join je memandangkan ia sesuatu yang baik. Disebabkan perkenalan kami tidak dalam usrah, maka sampai sekarang kami masih membahasakan diri dengan 'aku dan ko'.

Baru je sempat datang usrah sekali dua, terus ada jaulah ke Pantai Timur bersama ikhwah Gombak. Maka rombongan kami dapat taaruf dengan lebih lagi dalam perjalanan tersebut. Walaupun memenatkan, tapi rasa sangat-sangat best. Tipulah kalau saya cakap tak best. Ukhuwwah dalam ISMA sangat istimewa dan patut dicontohi. Anda pasti rasa sangat dihargai kerana dalam ISMA, mereka cuba sedaya upaya untuk mengenali setiap seorang ahli yang ada daripada yang tua hinggalah yang muda tadika. Dari pemimpin tertinggi hinggalah ahli biasa. Ini satu contoh yang sangat baik yang patut diteladani.

Masa short sem, Aizat duduk sebilik dengan Fikri yang juga ikhwah PEMBINA. Saya hanya menumpang lepak di bilik G 001. Dalam bilik tu kami buat projek bisnes kami. Kebetulan masa tu Fikri tengah plan nak kahwin, maka kami bersama-sama buat bisnes sosej untuk cari duit lebih. Bisnes sosej kami sangat berjaya walaupun ada yang tak suka dengan kehadiran kami malam-malam mengetuk pintu dengan menjerit "Assalamualaikum!Nak sosej tak?Tak de ea...Terima kasih...Assalamualaikum...", "Sosej panas 50 sen satu...". Hampir setiap malam kami bekerja kecuali weekend. Dalam seminggu tu habislah 1000 batang terjual. Tiap2 malam dapat dalam RM18 seorang didarab dengan 3. Kami juga mengambil peluang untuk buat ziarah dakwah. Sebelum kami keluar menjaja, kami akan mula dengan bacaan doa (saya yang selalu baca) dan diakhiri dengan doa selepas pulang untuk kira duit. Kalau ada lebih, kami infaqkan. Pernah sekali kami buat artikel tentang malu untuk diedarkan bilik ke bilik. Itu satu-satunya artikel yang kami buat dan edar sepanjang jual sosej. Hehe. Tamat je short sem, kami membawa haluan masing-masing. Saya ke Kuantan, dia ke Gombak.

Walaupun berada berjauhan, kadang-kadang kami ada jugak berhubung. Kalau tak chatting, SMS. Tapi yang bestnya, Aizat ni tak kedekut untuk habiskan kredit call ikhwah. Macam-macam kami berborak. Dan pastinya dalam serius ada senda guraunya. Walaupun saya sudah join Pertubuhan IKRAM Malaysia, ukhuwwah kami tak pernah putus. Banyak benda yang kami selalu bincangkan tentang gerakan dakwah. Apabila saya rasa lemah dan kurang bersemangat, mulalah akan rindukan semangat dan gurauan perangsang daripada beliau. Sampai sekarang kami masih tetap berukhuwwah. Rindu yang sama, semangat yang sama, matlamat yang sama walau wadah berbeza.

Akhir sekali, yang paling buat saya terharu, dalam kesibukannya di kampus, pagi tu ada program dekat UIA Gombak, beliau dan ikhwah lain menggagahkan diri juga untuk datang dari Gombak ke Ipoh, Perak, membayar kos tol dan minyak yang lebih kurang RM100, walaupun berapa kali sesat jalan (untuk pengetahuan Aizat berasal dari Taiping). Biarpun tanpa hadiah, kesungguhan beliau untuk sampai pada hari yang bermakna buat saya takkan saya lupa. Beliau dan ikhwah lain adalah tetamu kedua terakhir pada hari kenduri tersebut. Beliau tetap dengan muka ceria dan senyuman beliau. Syukran sebab datang walaupun awal-awal ko kata susah nak datang. Moga Allah memberkati usahamu menggembirakan sahabatmu.

Jat, kau yang memperkenalkan pada aku apa itu dakwah yang sebenar. Weh, aku dah tak tau nak tulis apa. Doakan aku selalu. Nanti raya kalau ade kesempatan aku singgah la rumah ko. Jangan lupa ajak tau. Akhukum fillah! =)

20 Julai 2011
11.38 PM
Baitul Muslim IM2
Sungguh tinggi ko jat..ni lah satu2nya gambar dgn ko yang aku ade..

Saturday, July 9, 2011

Aku masih mahu hidup...

Jadilah hafiz quran yang membanggakan

Bismillahirrahmanirrahim.....

Setelah sekian lama tiada momentum untuk menulis, akhirnya Allah beri lagi peluang untuk diri ini terus mencoret sesuatu. Sebagai bekalan dan perkongsian untuk diri dan sahabat-sahabat.

Terima kasih buat isteri tercinta Rahmahtulnisah yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan idea pada diri ini. Sesungguhnya dirimu sangat mengenali siapa diriku. Moga Allah menemukan kita di syurga abadi. Ameen..

Hari Jumaat lepas saya diminta untuk bagi tazkirah dalam perhimpunan sekolah. Satu benda yang paling saya tak pandai. Cakap kat depan ni, bukan bidang saya. Setakat bising dalam blog boleh la. Nasib baik isteri saya berikan idea. Bagi tazkirah tentang al-quran. Yes! Satu topik yang best untuk dibuat peringatan.

Tapi saya tak nak bercerita tentang tazkirah tu. Yang saya nak cerita kat sini, sistem mengulang cara Abdul Rahman Fauzi. Baru diperkenalkan baru-baru ini. Khas buat mereka yang dah khatam quran tapi malas dan tak tahu macam mana nak mengulang semula. Caranya sangat mudah. Tak macam orang lain. Kalau  Syekhul Islam Muhammad Syafee Salihin sampai bengkak mata sebab tak tidur untuk iadah, kalau Aishah Jauhara mengulang sampai nak muntah, cara Abdul Rahman Fauzi sekali ulang memang tak ingat sampai ke sudoh! =)....(Maknanya kena ulang banyak kali la. Mana cukup sekali je)

Di sini saya nak menceritakan sedikit kisah pengalaman saya dalam menghafal alquran. Saya belajar menghafal alquran ketika berumur 6 tahun kalau tak silap. Kakak yang paksa hafal surah-surah pendek. Kemudian, masa darjah 3 hingga darjah 4, saya join kelas tahfiz dekat sekolah. Dapatlah hafal surah-surah pilihan seperti assajadah, almulk dan sebagainya.

Bermula darjah 6, saya berjinak-jinak untuk menghafal quran secara serius walaupun hanya menghafal sendiri-sendiri( tak tasmik terus dengan ustaz). Dapatlah lebih kurang satu juzuk surah albaqarah. Masuk tingkatan 1 di Maahad Muhammadi (LELAKI) Jalan Pengkalan Chepa(bangga sikit), saya mula menghafal secara sistematik selepas join kelas tahfiz sebelah malam 2 jam 3 kali seminggu.

Nak dijadikan cerita, masa tingkatan 2 saya futur sekejap.(rehat otak). Kemudian insaf dan join kelas tahfiz dekat belakang rumah sampailah khatam masa tingkatan 4. Alhamdulillah.

Mengikut kiraan kasar, daripada saya belajar menghafal sampailah khatam, masa yang diambil lebih 10 tahun. Kalau dikira mengikut umur sekarang, dah dekat 15 tahun.(Rekod menghafal paling lama). Jadi, tempoh mengulang pun lama. Habis muqaddimah.

Sehubungan itu, saya nak kongsi cara mengulang saya. Efektif atau tidak, bergantung kepada mujahadah anda. Daripada hari-hari asyik baca sahaja, lebih baik kita usaha untuk iadah secara serius walaupun sedikit.

Pertama sekali, bahagikan juzuk-juzuk yang kita dah hafal kepada dua. Satu yang memang cair, satu lagi yang tak berapa ingat. Contohnya, saya sudah cair juzuk amma. Juzuk 1-29 masih belum ingat. Jadi ada baiknya saya mula dengan juzuk 1.

Yang kedua, tetapkan target berapa lama untuk habiskan iadah satu juzuk. Contohnya, 4 hari. Maka setiap malam kita kena mengulang lima muka surat sampai ingat. Ini jumlah yang saya rekemen untuk anda. Kemudian tasmik lah dengan isteri (Kalau ada. Kalau belum ada, tasmik lah dengan orang yang sanggup menadah air liur anda dengan telinga. Hehe). Jangan tamak-tamak. Orang tamak selalu rugi. Macam anjing dengan bayang-bayang. Buat sikit-sikit. Janji Istiqamah.

Yang ketiga, merujuk kepada contoh di atas tadi ( 5 muka sehari), pada malam yang pertama(jangan salah faham ye), tasmik 5 muka. Kemudian, malam seterusnya, tambah lima muka lagi. Sebaiknya, ulang semula 5 muka pertama. Malam ketiga, tasmik 5 muka seterusnya. Dan ulang 10 muka yang sebelumnya. Dan seterusnya....Maka apabila berlalunya 4 hari, anda sudah dapat satu juzuk. Maka, pada 3 hari yang berikutnya, godek-godek la juzuk yang dah cair. Dan ulang-ulang juzuk yang baru kita tasmik pada minggu tersebut dengan isteri kalau ada.

Maknanya, dalam seminggu, kita dah dapat 1 juzuk. Dalam sebulan, dah dapat 4 juzuk. Maka berdoalah banyak-banyak moga Allah panjangkan umur paling kurang 8 bulan untuk khatamkan 30 juzuk. Atau dalam erti kata yang lain, jangan mati awal-awal. Usah pergi merempit, merokok, atau segala amalan yang menambah risiko untuk mati cepat kerana banyak lagi quran kita tak ingat. ;)

Akhir sekali, tips daripada saya. Sebelum mengulang dan selepas mengulang, amalkan baca doa. Kalau boleh jangan tinggal. Doa sangat penting. Kalau rajin, buatlah solat taqwiyatul hifzi. Hafal doanya. Amalkan selalu. Praktis bacaan dalam solat juga membantu(kelebihan untuk lelaki yang menjadi imam kerana ia akan membina konfiden dalam diri). Pelbagaikan cara mengulang. Kerana kita tak tahu bagaimana Allah nak mengekalkan satu-satu ayat tu dalam kepala kita. Contohnya, masuk musabaqah. Sebabnya, kalau masa musabaqah kita tak dapat jawab soalan yang diberikan oleh hakim fatih, confirm lepas musabaqah kita akan bukak quran dan cek balik ayat tu. Dan pengalaman tak dapat jawab soalan hakim itu pasti tidak dapat dilupakan kan?Termasuklah ayat yang kita tak ingat tadi. Automatically ayat itu akan terus segar dalam ingatan bersama pengalaman tersebut.

Sampai di sini sahaja tazkirah muallim pada hari ini. Pesan muallim, kita takkan dapat capai sesuatu tanpa azam, motivasi dan mujahadah. Justeru, jangan tunggu-tunggu. Kalau bukan sekarang bila lagi?

Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam mujahadah iadah!



Wednesday, July 6, 2011

Ramadhan itu....

اللهم اغفر لنا و أرحمنا و اعتق رقابنا من النار .. اللهم اجعلنا من يقوم ليلة القدر إيمانا و احتسابا..

اللهم اجعلنا من يقوم رمضان إيمانا و احتسابا .. اللهم اجعلنا من يصوم رمضان إيمانا و احتسابا ....اللهم اجعلنا من المقبولين في هذا الشهر الكريم..اللهم اعد علينا رمضان مرات عديده و كرات مديده




Moga sempat...