Wednesday, July 20, 2011

Nor Aizat Rahimi bin Rostam Rahimi

Bismillahirrahmanirrahim.....


Alhamdulillah... Akhirnya Allah mengizinkan saya untuk menulis satu post istimewa buat sahabat dunia akhirat Nor Aizat Rahimi bin Rostam Rahimi. Tajuk post kali ini sangat direct dan tiada suspen. Saya memang tujukan khas post ini untuk beliau setelah saya berjanji untuk menulis untuknya. Jat, ko jangan terharu pulak...hehehe...

Perkenalan kami Allah aturkan ketika masa saya di matrik UIA PJ sekitar 2 tahun yang lalu. Masa tu budak-budak masih dalam alam khayalan FRIENDSTER. Nak dijadikan cerita, dalam friendster tu ada satu group untuk batch matrik UIA PJ 2007-2009. Saya sangat suka post kat group tu benda-benda yang kontroversi yang bisa menampar pipi sebagai peringatan untuk sahabat-sahabat dan diri. Yang saya perasan, ada seorang bernama Nor Aizat sentiasa memberi komen yang positif pada hampir setiap yang saya post. Masa tu saya hanya mengenal beliau di alam maya. Akhirnya setelah beberapa lama, kami bertemu di alam nyata sambil dia memperkenalkan dirinya dalam perjalanan pulang dari masjid.

Rupa-rupanya, taaruf dia dengan saya ada makna lain. Dia ada misi dakwah. Begitu hebat suntikan jarum beliau. Mula dengan menyokong fikrah saya setelah sekian lama, bertaaruf di alam nyata sebagai kawan biasa, akhirnya dia mengajak saya untuk menyertai satu pertubuhan dakwah yang dikenali sebagai Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA). Masa tu saya bukanlah tahu sangat apa tu PEMBINA. Jadi saya join je memandangkan ia sesuatu yang baik. Disebabkan perkenalan kami tidak dalam usrah, maka sampai sekarang kami masih membahasakan diri dengan 'aku dan ko'.

Baru je sempat datang usrah sekali dua, terus ada jaulah ke Pantai Timur bersama ikhwah Gombak. Maka rombongan kami dapat taaruf dengan lebih lagi dalam perjalanan tersebut. Walaupun memenatkan, tapi rasa sangat-sangat best. Tipulah kalau saya cakap tak best. Ukhuwwah dalam ISMA sangat istimewa dan patut dicontohi. Anda pasti rasa sangat dihargai kerana dalam ISMA, mereka cuba sedaya upaya untuk mengenali setiap seorang ahli yang ada daripada yang tua hinggalah yang muda tadika. Dari pemimpin tertinggi hinggalah ahli biasa. Ini satu contoh yang sangat baik yang patut diteladani.

Masa short sem, Aizat duduk sebilik dengan Fikri yang juga ikhwah PEMBINA. Saya hanya menumpang lepak di bilik G 001. Dalam bilik tu kami buat projek bisnes kami. Kebetulan masa tu Fikri tengah plan nak kahwin, maka kami bersama-sama buat bisnes sosej untuk cari duit lebih. Bisnes sosej kami sangat berjaya walaupun ada yang tak suka dengan kehadiran kami malam-malam mengetuk pintu dengan menjerit "Assalamualaikum!Nak sosej tak?Tak de ea...Terima kasih...Assalamualaikum...", "Sosej panas 50 sen satu...". Hampir setiap malam kami bekerja kecuali weekend. Dalam seminggu tu habislah 1000 batang terjual. Tiap2 malam dapat dalam RM18 seorang didarab dengan 3. Kami juga mengambil peluang untuk buat ziarah dakwah. Sebelum kami keluar menjaja, kami akan mula dengan bacaan doa (saya yang selalu baca) dan diakhiri dengan doa selepas pulang untuk kira duit. Kalau ada lebih, kami infaqkan. Pernah sekali kami buat artikel tentang malu untuk diedarkan bilik ke bilik. Itu satu-satunya artikel yang kami buat dan edar sepanjang jual sosej. Hehe. Tamat je short sem, kami membawa haluan masing-masing. Saya ke Kuantan, dia ke Gombak.

Walaupun berada berjauhan, kadang-kadang kami ada jugak berhubung. Kalau tak chatting, SMS. Tapi yang bestnya, Aizat ni tak kedekut untuk habiskan kredit call ikhwah. Macam-macam kami berborak. Dan pastinya dalam serius ada senda guraunya. Walaupun saya sudah join Pertubuhan IKRAM Malaysia, ukhuwwah kami tak pernah putus. Banyak benda yang kami selalu bincangkan tentang gerakan dakwah. Apabila saya rasa lemah dan kurang bersemangat, mulalah akan rindukan semangat dan gurauan perangsang daripada beliau. Sampai sekarang kami masih tetap berukhuwwah. Rindu yang sama, semangat yang sama, matlamat yang sama walau wadah berbeza.

Akhir sekali, yang paling buat saya terharu, dalam kesibukannya di kampus, pagi tu ada program dekat UIA Gombak, beliau dan ikhwah lain menggagahkan diri juga untuk datang dari Gombak ke Ipoh, Perak, membayar kos tol dan minyak yang lebih kurang RM100, walaupun berapa kali sesat jalan (untuk pengetahuan Aizat berasal dari Taiping). Biarpun tanpa hadiah, kesungguhan beliau untuk sampai pada hari yang bermakna buat saya takkan saya lupa. Beliau dan ikhwah lain adalah tetamu kedua terakhir pada hari kenduri tersebut. Beliau tetap dengan muka ceria dan senyuman beliau. Syukran sebab datang walaupun awal-awal ko kata susah nak datang. Moga Allah memberkati usahamu menggembirakan sahabatmu.

Jat, kau yang memperkenalkan pada aku apa itu dakwah yang sebenar. Weh, aku dah tak tau nak tulis apa. Doakan aku selalu. Nanti raya kalau ade kesempatan aku singgah la rumah ko. Jangan lupa ajak tau. Akhukum fillah! =)

20 Julai 2011
11.38 PM
Baitul Muslim IM2
Sungguh tinggi ko jat..ni lah satu2nya gambar dgn ko yang aku ade..

6 comments:

  1. salam..

    haha..aku ada beberapa perkara nak komen.

    1. agak2 r buat post mcm aku ni dah meninggal ja, ko janji nak letak gmbar dalam post je, bukan describe mcm ni..haha..mmg aku lgi terharu ni man..haha

    2. bisnes berjaya wlaupun ada yg tak suka dgn khadiran..haha..ko ingt tak ada org tulis kt pintu - "sosej jgn ketuk, nasi lemak tak apa"..haha

    3. kalau ada lebih, kami infaqkan..mana ntah dtg duit lebih tuh..smpai skrg misteri lg.hah..

    3. haha..pasal artikel malu tuh pun amek kerja usrah kan, edit2 sket2 promote sosej sama riadah dan edar..mana ada buat baru..haha

    4. tak payah highlight kan aku dari taiping kot sebelah cerita sesat kat ipoh..haha..aku jarang la pergi area rumah isteri ko tuh..mana aku tau jalan.

    Syukran man, artikel plg tak boleh tahan yg pernah aku baca..raya nanti jemputla datang rumah( dah ajak siap2)..

    Akhukum fillah! ^_^

    ReplyDelete
  2. komen pertama yg siap ade nombor dlm blog aku.ko patut dpt hadiah!haha

    ReplyDelete
  3. isteri enta pun isma jgk ke akh?

    -wan-

    ReplyDelete
  4. ikram ok dop?heee.kawe xjoin gapo2 lg..haha

    ReplyDelete
  5. faris:hok lain ok blako..demo hok berona..haha

    ReplyDelete