Saturday, July 9, 2011

Aku masih mahu hidup...

Jadilah hafiz quran yang membanggakan

Bismillahirrahmanirrahim.....

Setelah sekian lama tiada momentum untuk menulis, akhirnya Allah beri lagi peluang untuk diri ini terus mencoret sesuatu. Sebagai bekalan dan perkongsian untuk diri dan sahabat-sahabat.

Terima kasih buat isteri tercinta Rahmahtulnisah yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan idea pada diri ini. Sesungguhnya dirimu sangat mengenali siapa diriku. Moga Allah menemukan kita di syurga abadi. Ameen..

Hari Jumaat lepas saya diminta untuk bagi tazkirah dalam perhimpunan sekolah. Satu benda yang paling saya tak pandai. Cakap kat depan ni, bukan bidang saya. Setakat bising dalam blog boleh la. Nasib baik isteri saya berikan idea. Bagi tazkirah tentang al-quran. Yes! Satu topik yang best untuk dibuat peringatan.

Tapi saya tak nak bercerita tentang tazkirah tu. Yang saya nak cerita kat sini, sistem mengulang cara Abdul Rahman Fauzi. Baru diperkenalkan baru-baru ini. Khas buat mereka yang dah khatam quran tapi malas dan tak tahu macam mana nak mengulang semula. Caranya sangat mudah. Tak macam orang lain. Kalau  Syekhul Islam Muhammad Syafee Salihin sampai bengkak mata sebab tak tidur untuk iadah, kalau Aishah Jauhara mengulang sampai nak muntah, cara Abdul Rahman Fauzi sekali ulang memang tak ingat sampai ke sudoh! =)....(Maknanya kena ulang banyak kali la. Mana cukup sekali je)

Di sini saya nak menceritakan sedikit kisah pengalaman saya dalam menghafal alquran. Saya belajar menghafal alquran ketika berumur 6 tahun kalau tak silap. Kakak yang paksa hafal surah-surah pendek. Kemudian, masa darjah 3 hingga darjah 4, saya join kelas tahfiz dekat sekolah. Dapatlah hafal surah-surah pilihan seperti assajadah, almulk dan sebagainya.

Bermula darjah 6, saya berjinak-jinak untuk menghafal quran secara serius walaupun hanya menghafal sendiri-sendiri( tak tasmik terus dengan ustaz). Dapatlah lebih kurang satu juzuk surah albaqarah. Masuk tingkatan 1 di Maahad Muhammadi (LELAKI) Jalan Pengkalan Chepa(bangga sikit), saya mula menghafal secara sistematik selepas join kelas tahfiz sebelah malam 2 jam 3 kali seminggu.

Nak dijadikan cerita, masa tingkatan 2 saya futur sekejap.(rehat otak). Kemudian insaf dan join kelas tahfiz dekat belakang rumah sampailah khatam masa tingkatan 4. Alhamdulillah.

Mengikut kiraan kasar, daripada saya belajar menghafal sampailah khatam, masa yang diambil lebih 10 tahun. Kalau dikira mengikut umur sekarang, dah dekat 15 tahun.(Rekod menghafal paling lama). Jadi, tempoh mengulang pun lama. Habis muqaddimah.

Sehubungan itu, saya nak kongsi cara mengulang saya. Efektif atau tidak, bergantung kepada mujahadah anda. Daripada hari-hari asyik baca sahaja, lebih baik kita usaha untuk iadah secara serius walaupun sedikit.

Pertama sekali, bahagikan juzuk-juzuk yang kita dah hafal kepada dua. Satu yang memang cair, satu lagi yang tak berapa ingat. Contohnya, saya sudah cair juzuk amma. Juzuk 1-29 masih belum ingat. Jadi ada baiknya saya mula dengan juzuk 1.

Yang kedua, tetapkan target berapa lama untuk habiskan iadah satu juzuk. Contohnya, 4 hari. Maka setiap malam kita kena mengulang lima muka surat sampai ingat. Ini jumlah yang saya rekemen untuk anda. Kemudian tasmik lah dengan isteri (Kalau ada. Kalau belum ada, tasmik lah dengan orang yang sanggup menadah air liur anda dengan telinga. Hehe). Jangan tamak-tamak. Orang tamak selalu rugi. Macam anjing dengan bayang-bayang. Buat sikit-sikit. Janji Istiqamah.

Yang ketiga, merujuk kepada contoh di atas tadi ( 5 muka sehari), pada malam yang pertama(jangan salah faham ye), tasmik 5 muka. Kemudian, malam seterusnya, tambah lima muka lagi. Sebaiknya, ulang semula 5 muka pertama. Malam ketiga, tasmik 5 muka seterusnya. Dan ulang 10 muka yang sebelumnya. Dan seterusnya....Maka apabila berlalunya 4 hari, anda sudah dapat satu juzuk. Maka, pada 3 hari yang berikutnya, godek-godek la juzuk yang dah cair. Dan ulang-ulang juzuk yang baru kita tasmik pada minggu tersebut dengan isteri kalau ada.

Maknanya, dalam seminggu, kita dah dapat 1 juzuk. Dalam sebulan, dah dapat 4 juzuk. Maka berdoalah banyak-banyak moga Allah panjangkan umur paling kurang 8 bulan untuk khatamkan 30 juzuk. Atau dalam erti kata yang lain, jangan mati awal-awal. Usah pergi merempit, merokok, atau segala amalan yang menambah risiko untuk mati cepat kerana banyak lagi quran kita tak ingat. ;)

Akhir sekali, tips daripada saya. Sebelum mengulang dan selepas mengulang, amalkan baca doa. Kalau boleh jangan tinggal. Doa sangat penting. Kalau rajin, buatlah solat taqwiyatul hifzi. Hafal doanya. Amalkan selalu. Praktis bacaan dalam solat juga membantu(kelebihan untuk lelaki yang menjadi imam kerana ia akan membina konfiden dalam diri). Pelbagaikan cara mengulang. Kerana kita tak tahu bagaimana Allah nak mengekalkan satu-satu ayat tu dalam kepala kita. Contohnya, masuk musabaqah. Sebabnya, kalau masa musabaqah kita tak dapat jawab soalan yang diberikan oleh hakim fatih, confirm lepas musabaqah kita akan bukak quran dan cek balik ayat tu. Dan pengalaman tak dapat jawab soalan hakim itu pasti tidak dapat dilupakan kan?Termasuklah ayat yang kita tak ingat tadi. Automatically ayat itu akan terus segar dalam ingatan bersama pengalaman tersebut.

Sampai di sini sahaja tazkirah muallim pada hari ini. Pesan muallim, kita takkan dapat capai sesuatu tanpa azam, motivasi dan mujahadah. Justeru, jangan tunggu-tunggu. Kalau bukan sekarang bila lagi?

Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam mujahadah iadah!



8 comments:

  1. :)

    Moga bermanfaat pada semua... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. waaah,beshlah post muallim kali ni...asyik2 ada ayat 'kalau ada isteri'...amboih...hahaha...

    btw,solat taqwiyatul hifzi tu apa,man?...

    ReplyDelete
  3. pandai doh loni sejak beristeri...jeles pkara2 baik xpo kan?hehe...doa ko kawe leh hafal supo demo

    ReplyDelete
  4. Drome, kawe nk share teknik demo deh,nk translate dlm english..tp xdop royalti k gapo deh..syukran

    ReplyDelete
  5. Salam, bro.

    Best nye boleh hafal Al Quran.

    Tips2 utk org begineer baru nak hafal xdek ke, bro? hoho

    ReplyDelete
  6. wslm...ade2..nanti saya cuba tulis kemudian..doa2kan ye..

    ReplyDelete
  7. Abu Abdullah Nasih UlwanAugust 9, 2011 at 7:04 PM

    Assalamualaikum....hebatnya org lame dalam bidang hafal quran ni...kita tak sampai lagi tempoh lame tu...barakallahu lakuma wa baraka 'alaikum wajama'a bainakuma fil khair....

    ReplyDelete