Thursday, November 25, 2010

Kenapa tidak dengan facebook??(REVIEW)

Hurm...masih ada satu paper lagi exam..Microbiology...Tak rasa panik pun..cuma berdebar sikit-sikit mungkin lah..kawan menegur saya.."Tak risau ke nak exam??Rileks je tengok..." Saya cakap, "Exam hanya sejam..yang berbaki 23 jam tu lebih saya risaukan..apa yang patut diisi..kalau kat akhirat nanti...pukul 9.00 -10.10 pagi boleh la saya jawab saya tengah exam di hadapan Allah...tapi 23 jam lagi saya nak jawab apa?tengok movie?dating dengan kawan-kawan?Melepak?Tidur???".........




*          *              *            *                *                      *             *




P/s: Hari ini 26 November 2010...sudah lebih 67 hari saya tidak menyentuh facebook saya. Bukan setakat deactivate, tapi terus delete account. Terima kasih buat Bro. Sahel Al-Fateh kerana ajar saya bagaimana nak delete akaun facebook...Terima kasih juga buat Bro Helmi Zuhairi yang mencabar saya untuk tidak kembali kepada facebook. Ketahuilah...kita boleh hidup tanpa facebook! =)


Setelah tamat exam dan berlalunya ramadhan, saya cuba untuk muhasabah. Apa yang dah lebih dan apa yang dah kurang. Tidaklah mahu saya cerita tentang prestasi ibadat saya di sini, tetapi cukuplah tentang satu benda yang orang anggap sebagai "jerat yahudi yang mahu menelanjangkan umat Islam", yang dianggap "syaitan" oleh Pof Bazirgan dan macam-macam lagi gelaran yang orang beri pada FACEBOOK yang menunjukkan facebook ini kurang baik untuk kita.



Dakwah Melalui Facebook?


Saya tidak berani mengulas tentang orang lain. Cukuplah muhasabah untuk diri saya. Jikalau orang bertanya mengapa susah untuk meninggalkan facebook, saya akan berikan alasan itu adalah satu medium dakwah.


Benarkah saya berdakwah melalui facebook? Mungkin saya boleh menjawab ya. Tapi kalau ditanya berapa banyak masa yang saya guna untuk berdakwah di facebook? Tiada jawapan khusus untuk soalan ini. Yang pastinya, lebih banyak masa digunakan untuk membuat sesuatu yang tidak berfaedah berbanding untuk berdakwah.




Facebook itu fitnah




Semakin lama saya perhatikan, banyak masalah datang daripada facebook. Tidak perlu saya nyatakan di sini. Sudah banyak orang ceritakan fitnah facebook ini seperti dalam artikel tulis Ustaz Zaharuddin di Zaharuddin.net. dan lain-lain.


Paling ketara sekali, ia penuh dengan kemaksiatan. Ia penuh dengan kelalaian. Saya mungkin berdakwah dalam facebook. Tapi saya akan diganggu oleh pelbagai gangguan yang menyebabkan niat saya untuk berdakwah tanpa disedari sudah menjadi perkara sia-sia yang membuang masa.


Orang akan cakap tanpa facebook susah untuk kita berhubung dengan sahabat-sahabat lama. Tapi sebelum facebook dicipta, orang tidak merungut kerana adanya friendster dan myspace. Tapi jawapan saya, ada facebook atau tanpa facebook, kekerapan saya untuk menghubungi mereka tetap sama.


Dengan facebook, setiap aktiviti mahu diceritakan. Setiap perasaan mahu diluahkan. Lebih-lebih lagi yang guna facebook mobile. Lapar, kenyang, stres, sakit, naik bas, turun bas, tanpa ada manfaat pada orang lain, turut disebarkan. Maka tanyalah diri sendiri, memberi pahalakah semua itu? Menambahkan iman dan taqwakah pada diri? Atau hanya sekadar menjauhkan diri daripada Tuhan?

Cara saya, tidak semestinya cara anda


Saya menulis di sini bukanlah untuk anda ikut. Tapi sekadar perkongsian. Supaya saya dan kalian berfikir. Ingin saya tegaskan di sini, facebook itu satu fitnah sangat-sangat besar. Buktinya?Cubalah tinggalkan buat kali pertama. Pasti anda berasa sangat-sangat sukar. Dan berapa orang yang sanggup tinggalkannya demi iman?

Apabila fitnah facebook mula merebak kepada keluarga saya, facebook tidak boleh dimaafkan lagi. Saya tidak rela ahli keluarga saya terkena jerat yahudi yang tidak mengenal mangsa. Cukuplah saya pernah hadapinya. Doakan saya istiqamah. Selamat tinggal facebook. Bukan sehari, bukan seminggu, bukan setahun, tapi sampai mati, sampai saya bertemu kekasih hati. Selamat tinggal facebook.

"Katakanlah, pada kedua-duanya ada banyak keburukan dan beberapa kemanfaatan, namun keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya. "




"Wahai orang-orang yan beriman , peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperentahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."  (At-tahrim:6)


20 September 2010











6 comments:

  1. saya suka entry ini, two thumbs up! kalau di izinkan mahu juga punya kekuatan seperti rahman~
    kerana menjadi medium untuk menyedarkan, terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  2. lau ain kata two thumbs up,dd kata 20 fingers up =) insya allah akan ku limitkan spya xlalai..

    +tq krana myedarkan again..

    ReplyDelete
  3. Cara saya, tidak semestinya cara anda

    ayat ni mmg menarik..mengambil sifat berlapang dada adalah aspek plg penting skali dlm kehidupan..

    tahniah!!

    Cara saya, tidak semestinya cara anda

    ReplyDelete
  4. saya terbaca entry ini..
    sekadar perkongsian, saya pernah merasa sangat tertekan dan sangat berdosa dengan memiliki facebook, pada saat itu jumlah friends saya 400+.saya jadi tidak tenang bila buka facebook.then, saya ambil keputusan untuk delete akaun facebook untuk membersihkan hati..Alhamdulillah hidayah itu datang dari Allah.selepas saya mendelete akaun fb saya, saya merasai kesan yang jelas..saya rasa lebih mudah nak buat kebaikan..Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan anugerah hidayah ini..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..semoga Allah menghitung mujahadah pengorbanan anda meninggalkan jahiliyah facebook..itu tujuan utama saya menulis post ini...


    Hadis Sahih, Riwayat Muslim:
    bahawa Nabi Muhammad pernah berkata:
    “Kamu (orang Islam) akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu,
    sejengkal demi sejengkal,
    dan sehasta demi sehasta,
    sehingga kamu (orang Islam) akan menuruti mereka (Yahudi Eropah & orang Kristian),
    walaupun mereka (Yahudi Eropah & orang Kristian) memasuki lubang-lubang biawak.
    Sahabat bertanya:
    ‘Siapakah mereka itu ya Rasulullah? ‘
    Nabi menjawab:
    ‘Yahudi dan Nasara (orang Kristian), siapa lagi ?.’ ”


    Anda mesti perasan bahawa susahnya Yahudi untuk melepaskan anda..cuba deactivate..anda masih diberi peluang untuk "ruju'"..cuba anda delete..anda masih diberi 14 hari untuk bertaubat..dan button utk delete sangat-sangatlah tersorok...

    ReplyDelete