Tuesday, January 11, 2011

Jangan Jadikan Alasan!

Alhamdulillah..Allah masih beri kesempatan untuk mencoretkan sesuatu. Sungguh diri ini sangat-sangat sibuk dengan pelbagai tugasan. Jangan tanya tugasan apa. Masa sering mencemburui kita. Jadual bermula dari 5.30 pagi sampailah 12.00 malam. Itu jadual bersama manusia lain. Masih adakah jadual untuk diri dan Tuhan??Ya Allah berilah aku keberkatan masa.

Dua tiga hari ini rasa jiwa penuh terisi. Masih dalam usaha untuk menghadamnya satu persatu. Agar ia bukan setakat ditelan, tapi mampu diluahkan dalam bentuk yang lebih baik insya Allah. Allah berikan anda masa yang banyak. Gunakanlah sebaik-baiknya untuk membuat bekal persediaan menuju akhirat. Tinggalkan mana yang tidak bermanfaat. Daie tidak pernah membazirkan masanya dengan perkara-perkara lagha. Moga internet yang kita subscribe ni digunakan sebaik mungkin. Kurangkan pembaziran. Setiap masa dan ketika adalah untuk dakwah. Kalau anda berhenti, pedang jahiliyyah pasti akan pancung kita!(nasihat Mat Din)

Buat diri dan sahabat-sahabat yang masih mahu melarikan diri dari turut bersama dalam tarbiyah..Hargailah masa yang ada. Tarbiyah tidak akan menunggu kita. Anda pasti akan menyesal jika tidak menyertai gerakan tarbiyah dari awal. Anda pasti ketinggalan. Sedarilah di sana ramai pemuda-pemuda sedang mencetuskan fenomena kebangkitan Islam. Anda mungkin tidak menyedari kehadiran mereka. Gejolak api dakwah menyala-nyala dalam diri mereka seakan-akan tidak mampu dipadamkan lagi.Mereka bukan ustaz, mereka bukan ulama' terkenal. Mereka adalah pemuda-pemuda terpilih. Pemuda seperti kita!Walaupun masih usia 20-an tapi mempunyai cita-cita besar untuk mengembalikan kegemilangan Islam!

Penat kita berdaurah, kita riadhah pulak!( Kenangan daurah di Baitun Nur, Banting)


Allah rahmati dan teguhkan langkah mereka ini.....

Ikhwatuna fil Islam....
Adam and Gang Katibah SELAT Al-Fateh, Hartono, Faridul, Mat Din dan lain-lain...

Perjalanan kita masih panjang...Jangan Jadikan Alasan.Bismillah Jalan!!

No comments:

Post a Comment