Friday, March 18, 2011

Khairy Jamaluddin atau Lim Guan Eng??



RINGKASAN ISU : ANTARA CALON BN MUSLIM DAN CALON PR NON MSLIM DLM P/RAYA
Realiti Paktikal semasa PR ; Pembahagian Kerusi
  1. Praktik pembahagian kerusi dlm PR ialah :
    1. Majoriti Melayu (70% ke atas) – PAS
    2. Majoriti Cina ( 70 % ke atas) – DAP
    3. Campuran 50-50 atau 60-40 (terutama kaw Bandar)- PKR

Dari segi pembahagian ini sebenarnya menguntungkan Islam kerana :
    1. Kawasan Melayu – PAS (Islam ) vs UMNO (melayu x demokratik)
    2. Kawasan Cina – DAP (kafir demokratik) vs MCA (kafir x demokratik)
    3.  Kawasan Campur:
                                    I.            PKR (melayu demokratik) vs komponen Bn (kafir x demokratik)
                                   II.            PKR (kafir demokratik) vs komponen BN (kafir x demokratik)

  1. Sebab itu pentingnya memahami reality. Jika tidak berada di dalam reality politik semasa, lebih baik tidak melibatkan diri dengan memberi komen secara khusus dan spesifik terhadap  isu tersebut.

Jika Berlaku Andaian Tersebut ( Melayu BN vs Kafir PR)
  1. 1.       Memang ada dalil Al-Quran yg jelas dan terang melarang Muslim mengangkat pemimpin dari kalangan non muslim (surah Aali Imran ayat 2, annisa’ ayat 144 dll ). Kisah Umar al-Khattab yg memerintah dua  gabenornya ( Abu Musa al-Asy’ari dan Khalid al-Walid) utk memecat pembantu mereka di bidang pentadbiran dan kewangan yg berasal dari non muslim. 

  1. 2.       Namun kefatwaan dan hukum tdk sepatutnya di istinbat secara umum dr zahir nas begitu shj. Lihatlah juga terhadap perbincangan paa ulama terhadap nas tersebut dan perbandingannya dgn nas-nas yg lain dlm isu tersebut. Demikian juga kisah Umar membuktikan tidak berlaku ijmak d kalangan ulama’ tentang isu tersebut. 

  1. 3.       Perbincangan terhadap isu perlantikan wakil rakyat non muslim ini secara ringkasnya boleh di bahagikan kpd 2 perkara : 

  1. a.       Tauliyah Ahli Dzimmah (Kafir)- Pelantikan Kepimpinan Non Muslim
  2. b.      Isti’anah Bil Kufri- Kerjasama dengan Non Muslim


 Tauliyah Ahli Dzimmah (Kafir)- Pelantikan Kepimpinan Non Muslim
   1 .Dr Ibrahim abdus Shodiq dlm Fiqh Sholahiyah lil Wilayah menyebut- hal tersebut termasuk dalam     bab  tauliyatul ahlu dzimmah ( pengangkatan ahlu dzimmah/non muslim), di mana, berkait dgn kepimpinan dan hak non muslim di dlmnya , di bahagi menjadi 3 tingkatan, masing-masing adalah:

a. Wilayatul ‘Aamah ( Kepimpinan Umum sprt Khalifah, Imamatul Uzma, Presiden, PM atau raja) dan Wilayah Zu Shibgoh Diiniyah ( Kepimpinan Posisi Nilai Keagamaan Strategis sprt Panglima Perang ,Jeneral Tentera ,Keselamatan , Ketua Hakim dll )

b. Wazhaif Qiyadiyah ( Posisi Kepimpinan Strategis Lainnya sprt Menteri , Gabenor dsb )

c. Wilayat Madaniyah ( Kepimpinan Teknikal dan Skill Umum tertentu sprt ketua jabatan dll)

2.  Di dalam kitab Ahkam Sulthaniyyah bab wizaroh (kementerian), Imam Mawardi membahagi pos kementerian menjadi dua bagian utama :
    a. Wizaratu Tanfiz ( Kementerian pelaksana/eksekutif)
    b. Wizaratu Tafwidh (Kementerian pemutus/buat dasar )

3. Para ulama bersepakat tentang pengharaman non muslim menjadi  pemimpin dlm posisi2 strategis sebagaimana di sebutkan  ( Wilaayah  Aamah atau Wizarah Tafwidh)

4. Khilaf di kalangan ulama tentang hukum perlantikan pemimpin atau wakil rakyat non muslim dlm sebuah Negara Islam pada posisi Wazhaif Qiyadiah , Wilayat Madaniyah , Wizarat Tanfiz :
 a. Pandangan Pertama – Tidak harus berhujjahkn dalil2 yg sama sprt di atas
 b. Pandangan Kedua  - Harus, berhujjahkan:

         I.   Qazman, seorang yahudi  tlh terlibat bersama tentera Islam membunuh 3 org pemegang bendera musyrikin sehingga Nabi bersabda  “ InnalLaaha Laya’zuru Haazad-diin bir Rajuli- Fajir  - sesungguhnya allah akn memperkuatkn agama ini dgn lelaki jahat” (Rujuk kitab Nailul Athar, Imam Syaukani  25/7)

       II.     Baginda melantik Safwan bin Umayyah (non muslim) menganggotai risikan Islam dlm perang Hunain dll.

   III.       Pendapat ke 3- Harus atau Tidak bergantung kpd keperluan politik (maslahah). Hujjah kump ini sama sprt kump kedua ttp dgn syarat menguntungkan Islam.Pendapat ini adalah pendapat paling ramai dan paling kuat.


5.    Di antara Ulama yg membenarkn pelantikan kepimpinan non muslim dlm posisi selain wilaayah Aamah atau Wizarah Tafwidh ialah : Imam Mawardi dlm kitabnya Ahkamu Sulthaniyyah, Dr Yusuf Al-Qaradhawi dlm bukunya Ghairul  Muslimin fil Mujtamak Muslim, Imam Qurtubi dlm Al-Ijmak li Ahkamil Quran, Hasan Al-Banna dlm Majmuk Rasail bab Risalah Taalim dll.

Isti’anah Bil Kufri-Kerjasama dgn Non Muslim
  1.   Secara logiknya,para ulama yg membolehkan pengangkatan non muslim menduduki jabatan tertentu yg cukup strategic, mereka berbicara dlm konteks menjalankn Negara Islam, Pemerintahan Islam, bahkn Khilafah Islamiah. Ertinya , dlm keadaan  ‘Islam Berkuasa Penuh’ pun,masih begitu fleksibel dgn membuka kesempatan dlm keterlibatan non muslim. Jika dilihat dlm realiti Malaysia hari ini, di mana Pemerintahan Islam blm terbentuk, maka tentulah isu bekerjasama dan pengangkatan  non muslim dlm jabatan tertentu seharusnya lebih terbuka dan fleksibel.                                                                                                                                         
  2. Realiti  Politik PAS- 12 penggal pilihanraya- x menang di persekutuan. Menang negeri x boleh laksanakan Islam menyeluruh. PAS kalah teruk di kawasan majoriti pengundinya bukan Islam hasil serangan, sekatan, halangan, fitnah, propaganda, tipudaya, penyelewengan dalam kezaliman Pemerintah.                                                                                                                        
  3. Tahalluf (kerjasama) PAS bersama PR tidak direct kpd Pemerintahan Islam ttp usaha dan upaya mewujudkan terlebih dahulu ruang, jalan dan syarat2 ke arah pemerintahan Islam. Jika pemulihan demokrasi ,kebebasan dan keadilan adalah jln yg realistic kpd kpd pemerintahan Islam (muqaddimah wujub) maka bersama PR dan menolak BN adalah pilihan yg paling tepat krn kita berada pada marhalah SEBELUM DAN SEMASA BERPERANG, kita bukan KERAJAAN BERKUASA PENUH.

Saturday, March 5, 2011

Mudah-mudahan kita tak lupa

 Moga kita jadi Al-Quran yamsyi 'alal-ardh...ameen

Berakhir satu pertandingan. Ia bukan sebarang pertandingan. Anda mesti nak tahu kenapa kan? Daripada beribu-ribu pelajar di UIAM Gombak dan Kuantan, beratus-ratus bekas pelajar DQ, tak termasuk yang dari sekolah tahfiz dan sebagainya, hanya lebih kurang 30 orang peserta yang mengambil bahagian. Ini antara salah satu sebab saya menyertainya. Peluang untuk menang tu ada!Hehehe.

Tapi bukan itu yang menjadi keutamaan. Pertandingan kali membawa seribu makna dan kenangan. Mana tidaknya, atas nama hafazan al-quran, saya dapat berjumpa semula roomate-roomate saya di CFS PJ dulu. Tak perlu suruh. Tak perlu ajak. Kecintaan dan hobi yang sama pada al-quran menyatukan kami. Dapat pergi jalan-jalan ke Gombak. Saling 'tebuk-menebuk' antara satu sama lain. Buat akh Ahmad Syahid dan Shahrul Fami, antum sangat istimewa. Dalam ramai-ramai mereka yang telah mengaku khatam hafazan al-quran, kita antara yang sanggup untuk menguji hafazan kita. Agar kita sekadar bukan hafiz yang masyi membaca pada tulisan, juga masyi ketika tanpa al-quran di depan.

Sekadar peringatan buat diri dan para sahabat yang masih mengaku dirinya adalah huffazul quran. Quran itu tidak diturunkan di DQ. Quran itu juga bukan hanya dibaca saat kita lapang tiada kerja. Quran itu juga bukan sekadar untuk dibaca bahkan dijaga dan dihayati maknanya.

Mari bersama kembali kepada al-quran. Sama-sama kita mantapkan hafalan, rajin-rajin iadah, di samping memantapkan akhlak dan pelajaran. Jangan peduli apa orang kata. Bukan nama 'budak DQ' jadi ukuran kita. Tapi kita teguh dengan prinsip kita sebagai huffazul quran. Walau apa pun pandangan orang pada kita. Kalau benar huffaz teknokrat mahu dilahirkan, masuk DQ, keluar DQ, masuk CFS PJ, masuk UIAM Gombak atau Kuantan, al-quran masih tersemat indah di dada. Itulah quran yang berjalan di atas bumi!

Kalau mengulang al-quran, biar istiqamah. Jangan sekadar tengok dan baca. Tapi mujahadahlah untuk tutup quran dan baca. Jangan lupa untuk tasmi' dengan ustaz atau sahabat-sahabat untuk menjamin ketepatan hafazan kita. Jangan kita lupa. Jangan kita putus asa. In tansurullaha yansurkum wa YUSABBIT 
AQDAMAKUM!


p/s: Buat Bee dan Asma', rajin-rajin nguley deh. Kito jupo kat Balai Islam pulok. Bittaufiq wannajah wal istiqomah =)


Friday, February 25, 2011

Mula bercuti

Mulai entri ini, saya akan bercuti dari menulis sebarang apa-apa entri selama lebih kurang 2 bulan lebih kerana saya mahu menumpukan perhatian kepada professional exam yang akan saya duduki pada bulan Mei ini. Maka blog ini akan sunyi tanpa sebarang update memandangkan ini saat paling genting dalam membuat pecutan terakhir sebelum exam. Azam saya tahun ini, exam kali ini biar lebih cemerlang. Tiada re-sit, tiada viva. Moga Allah beri taufiq dan hidayah untuk tempuhi ujian ini. Bittaufiq wannajah!!

p/s: Saya masih ada dua pertandingan tahfiz untuk dihadiri. Esok 27 Februari di UIAM Gombak dan 20 Mac di
       Balai Islam Lundang, Kelantan. Doakan saya! =)

Study rajin2 macam kucing


Friday, February 11, 2011

Musabaqah Tahfizul Quran

Musabaqah Tahfiz peringkat negeri Kelantan dah dekat. Nak masuk ke tak nak???

Kategori:

1-10 Juzuk + Tarannum = Hadiah penyertaan RM30

1-20 Juzuk = Hadiah penyertaan RM50

1-30 Juzuk  + Tafsir = Hadiah penyertaan RM500???

Tarikh tutup penyertaan: 1 Mac 2011
Borang boleh diambil di pejabat jabatan Agama kat Balai Islam Lundang.

Masuk sebab nak hadiah ke nak test hafazan?Dua-dua pun boleh la...Dah pernah dua kali masuk..first time kategori 1-5 juzuk masa form 4 dan 2nd time 1-15 juzuk masa form 5..tapi dapat saguhati jelah..tu yang tahu tu jumlah hadiah..hehe..tapi kategori tu dah dimansuhkan. So tahun ni masuk 1-30 juzuk la..dapat la jugak pengalaman dan usaha untuk iadah satu quran..ameen...

[1.jpg]
Maaflah sebab tak jumpa gambar muslimin-gambar hiasan

Saturday, February 5, 2011

Rencanakan hijrah, cetuskan perubahan

AKU MAHU BERUBAH!!


Ya Allah tetapkanlah hatiku di atas agamaMu dan di atas ketaatan kepadaMu..Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dalam kalangan orang-orang yang zalim.....


Ya Allah kurniakan sedikit rasa cintaMu padaku semoga ku tidak takut selainMu.....



Wednesday, February 2, 2011

Antara dua darjat cinta...


30 Januari 2011 mencatat sejarah
Diri ini memateri janji untuk memegang amanah
Agar kembara dakwah menjadi mudah
Supaya jerih payah tidak membuahkan lelah

Tidak sekali ku duga cinta seorang manusia
Yang buat aku tertanya-tanya
Sudikah dirimu mengorbankan segala
Buat seorang hamba biasa

Hadirnya cintamu ketika aku membina diri
Ku cuba pegang segala kata janji
Namun cintamu bukan yang pertama
Kerana cinta pertamaku sudah bertapak sekian lama

Ku impikan dirimu menjadi ketua bidadariku
Namun ku tahu ia tak semudah itu
Ketahuilah oleh dirimu bahawa ketua bidadari hanya datang dari dunia
Yang pernah merentas satu perjuangan yang penuh dengan ujian bencana

Tatkala datang pilihan padaku
Mana satu cinta pilihanku
Cinta manusia atau cinta perjuangan
Nescaya akan ku pilih cinta perjuangan
Kerana cinta manusia mungkin akan diakhiri dengan penat dan sedih
Namun cinta perjuangan pengakhirannya kenikmatan syurga!

Buat bakal teman hidup dunia akhiratku
Ku pinta padamu sebuah pengorbanan yang tak berbelah bagi
Untuk menemani jalan perjuangan ini
Yang pastinya tidak dibentangkan dengan karpet merah
Tapi ingatlah takkan ku lupa dirimu tetap manusia
Takkan ku lupa dirimu juga seorang wanita
Takkan ku alpa tanggungjawabku sebagai ketua keluarga
Tapi diri ini hanya nakhoda biasa
Tetap memerlukan teguran dari pembantu setianya
Andai diri ini lemah kuatkanlah
Andai diri ini jatuh angkatlah
Andai diri ini sedih gembirakanlah
Andai diri ini putus asa hiburkanlah

Jangan sesekali biarkan aku lupa
Jangan sesekali biarkan aku lemah
Aku tidak rela dirimu merencatkan perjuanganku
Aku tidak akan kasihankan mereka yang hanya cintakan dunia semata
Walaupun aku akan diikat cinta
Ketahuilah aku tidak pernah berubah
Aku tetap dengan prinsip dakwah
Aku tetap mahu berjuang
Izinkan aku untuk teruskan

Andai dirimu mahu bersama-sama diriku dalam perjuangan ini
Hulurkan tanganmu
Akan ku pimpin tanganmu bersama-sama ke medan jihad
Namun jika engkau takut dan enggan
Aku tetap akan pergi berseorangan
Aku akan menempuh segalanya berseorangan
Dan pasti
Kau tidak akan merasa nikmatnya sebuah keluarga
Kerana kau tidak bersama-sama mengharunginya
Andai aku menang
Aku terpaksa meraikannya tanpa kehadiranmu di sisi
Tiada senyuman darimu yang akan menghiaskan seri
Namun andai aku syahid
Engkau pasti tidak sempat melihat pemergianku
Tiada air matamu yang akan mengalir di pipiku
Saat aku pergi menghadap Rabb-ku

Buat insan yang akan menyempurnakan diri ini
Sedarlah cinta ini tidak akan sempurna tanpa cinta Tuhan
Cinta ini pasti akan cacat jika dicemari nafsu jahiliyyah
Bersihkan cinta
Sucikan cinta
Sebelum tiba masa
Untuk melafazkan kalimah cinta!!




Khas buat dia yang sangat istimewa daripada....

Abdul Rahman Fauzi
Indera Mahkota 2
1.02 a.m
2 Februari 2011