Pada 26 November 2010 bersamaan dengan hari Jumaat, PEMBINA Pahang telah mengadakan satu katibah untuk ikhwah PEMBINA di Pejabat PEMBINA Pahang di Bukit Setongkol. Memandangkan ramai ikhwah yang masih bercuti dan posting, katibah kali ini hanya dihadiri oleh ikhwah medic dan dentist serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PEMBINA Pahang. Katibah kali ini disampaikan oleh Ustaz Saberi bin Muda, mantan Presiden ISMA Mesir.
Gambar terpaksa digelapkan atas sebab keselamatan |
Ustaz Saberi :Sekarang bekerja dengan Aman Palestin |
Ustaz Saberi memulakan penyampaian dengan memberikan definisi tarbiyah. Kemudian ustaz meneruskan dengan menjelaskan asas-asas tarbiyyah(muwasafat tarbiyyah) yang 10.
Adakah kita sudah cukup?? |
Kemudian ustaz menerangkan yang proses tarbiyyah sangat penting dalam membentuk peribadi muslim seiring dengan meningkatnya maratib amal.
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :
i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasulullah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.
Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.
ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.
iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyarakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.
iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."
v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.
vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.
Setelah selesai katibah kira-kira sejam kemudian, program diteruskan dengan tadarrus al-quran sebanyak satu juzuk sebelum tidur. Keesokan paginya, ikhwah melakukan qiam nafsi-nafsi sebelum bergerak ke Surau Putih di Cenderawasih untuk menunaikan solat subuh berjemaah yang diimami oleh akh Abdul Rahman. Usai solat subuh, ikhwah membaca mas'surat beramai-ramai diikuti dengan tazkirah ringkas.
Tentatif program pada pagi itu ialah rehlah mendaki Bukit Pelindung di Telok Chempedak. Ikhwah sempat bersarapan di kedai Nasi Lemak Malaysia yang terletak bertentangan dengan Surau Putih. Alhamdulillah makanannya sedap dan harganya berpatutan.Setelah hemat diri, ikhwah bertolak ke Telok Chempedak dengan dua buah kereta.
Stretching sebelum mendaki sambil berkongsi idea |
Syed cameraman yang pemalu |
Pendakian bermula. Mas'ul masih bertenaga |
Berehat sekejap dalam perjalanan turun bukit |
Sampai sahaja di pantai kena push up dan muhasabah program |
Setelah penat mendaki dan menuruni bukit, kami meneruskan agenda ummah kami dengan mandi pantai. Begitu indah sekali suasana hari itu apabila bermandikan laut tenang bercahayakan mentari ukhuwwah di dalam gelombang ombak dakwah. Penat tidak terasa, hati terjaga tanpa akhowat yang menggoda. Prinsip kami program tarbiyyah wajib diasingkan ikhwah(brothers) dan akhowat(sisters) kerana pentingnya menjaga hati dan pandangan. Moga rehlah kali ini bukan sekadar mengeratkan ukhuwwah, tapi sebagai satu tarbiyyah membentuk pemuda dakwah. Ameen....
Kamilah generasi harapan..Allahuakbar! |
No comments:
Post a Comment