Sunday, December 12, 2010

terima kasih Tuhanku...

terima kasih Tuhanku kerana masih tidak melupakanku...

terima kasih Tuhanku kerana masih memberikan aku bangun setelah aku lena dalam dosa kepadaMu..

terima kasih Tuhanku kerana masih membuka peluang untuk aku bertaubat kepadaMu..

terima kasih Tuhanku atas rahmat dan maghfirah yang melebihi derhaku kepadaMu...

siapalah aku tanpaMu Tuhanku..

aku terlalu kecil dan kerdil di hadapanMu... ='(


p/s: post ini tiada huruf besar kecuali untuk Allah ..kerana hamba itu sengat kecil dibandingkan dengan Allah...hanya yang layak memilik kebesaran adalah Allah..




terima kasih wahai Tuhanku
yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
membenarkan aku menghadap-Mu
Tuhan yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang

untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
mengizinkan ku minta pada-Mu
memuja memuji sepenuh hatiku
memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
tidak pula pandai beradab dengan-Mu
aku mula bimbang
kalau aku derhaka dalam ketaatan
bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat
tapi ku kan dapat kemarahan-Mu

ya Rabbal 'Aalamin
maafkanlah aku.

-Mawaddah-
(Cintai Tuhan, sayangi manusia)

1 comment:

  1. maksudnya mendalam...
    setiap baris ayat tu kena pada diri saye...

    ReplyDelete