Tuesday, December 21, 2010

Sudahkah anda menjadi seseorang???

Bismillah...

Kali ini sekadar nak bercerita..baru-baru ini diadakan Hari Keluarga ISMA Pahang di Dewan Kemasyarakatan Indera Mahkota 2. Tak banyak cerita menarik untuk dikongsi.Tiada gambar untuk dipaparkan.  Sekadar banyak memerhati orang-orang yang hadir. Kurang berminat untuk ambil bahagian kecuali dapat makan free. Kebetulan pulak haritu PEMBINA diminta buat persembahan dengan KRIM. Maka terpaksalah kami nyanyi lagu "wahai para pejuang", "untukmu Palestina" dan entah apa satu lagi kerana Barra' bersemangat nak nasyid(ikut jelah..). Dan hari tu jugak besday Barra'!Dah 23 tahun akhirnya...

Nak dijadikan cerita, lagu "wahai para pejuang" tu memerlukan kawalan suara yang baik kerana hampir semua lagunya memerlukan suara yang tinggi. Ditaqdirkan Allah, ahli PEMBINA dan KRIM yang lain tak nak nasyid ada satu bahagian lagu tu. Maka saya pun cuba kerana rasa macam boleh buat( tapi seksa sebenarnya.Dahla tak biasa nasyid-nasyid ni. Baca quran boleh la). Oleh sebab risau sangat tak dapat nasyid dengan elok, masa persembahan hari itu saya nasyid tak keluar suara. Tangan pun vibrate. Hahaha. Buat malu saja. Tapi cover2 jelah. Apa boleh buat.Hehehe..

Ok lah. Dah tiada modal untuk menulis. Maaf kalau tulisan ini tak membawa makna. Akhir kata, marilah kita rajin-rajin mengulang Al-Quran. Sesungguhnya quran itu hanya lekat dalam jiwa mereka yang berusaha untuk mencintai al-quran. Mari baca al-quran sedap2. Kerana Rasulullah ada bersabda:

"Kamu hiasilah Al Quran itu dengan suaramu yang merdu" 

Diriwayatkan, bahwa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. menunggu-nunggu isterinya, Sitti 'Aisyah r.a. yang kebetulan agak terlambat datangnya. Setelah ia datang, Rasulullah bertanya kepadanya:" Bagaimanakah keadaanmu?" Aisyah menjawab :"Aku terlambat datang, karena mendengarkan bacaan Al Quran seseorang yang sangat bagus lagimerdu suaranya. Belum pernah akumendengarkan suara sebagus itu." Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi mendengarkan bacaan Al Quran yang dikatakan Aisyah itu. rasulullah kembali dan mengatakan kepada Aisyah:" Orang itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah. Puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan orang yang suaranya merdu seperti Salim itu sebagai ummatku." 


Jom iadah Quran!! =)


Nak iadah mestilah ada orang dengar....(gambar hiasan)


p/s: Umur saya dah 21 tahun...tapi dah berapa banyak juzuk yang sudah masyi?dah berapa peratus dunia saya dah takluk??

No comments:

Post a Comment