Thursday, July 21, 2011

Kehidupanku selepas bergelar seorang isteri kepada Abdul Rahman Fauzi

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Buat pertama kalinya diri ini hadir untuk menulis di dalam blog ini. Tiada apa untuk diceritakan sekadar ingin berkongsi dan mengisi masa lapang yg ada. Kebetulan suami tercinta hanya tersenyum gembira apabila keinginan untuk mencoret di sini disampaikan. Peluang yg ada pasti akan digunakan sebaiknya ;). Setelah hampir 2 bulan kami bergelar suami isteri (1bulan 3minggu 4hari pada 22/7/11) macam2 peristiwa yg berlaku. Dalam tempoh ini kami masing2 mengambil masa untuk mengenali antara satu sama lain, maklumlah sebelum ini tak kenal sangat, kenal pun camtu2 je. Banyak persamaan kami rupa2nya tapi lagi banyak perbezaanya..huhu..kalu nak dibandingkan antara saya dan suami umpama saya si bumi dan beliau adalah si langit..berbeza kan? Alhamdulillah setelah sah bergelar isteri kepada insan pilihan Allah bernama Abdul Rahman Fauzi ini, terasa diri ini lebih terisi dari sebelumnya. Tambahan pula, terasa seperti terdapat seorang hero yg sudi menjaga heroinnya xkira masa dan tempat huhu..

Tidak banyak yg ingin saya ceritakan di sini, cuma sedikit sahaja kerana kemahiran menulis saya tidak seperti suami saya. Sekadar ingin bercerita mana yg perlu. Alhamdulillah, Allah telah kurniakan kepada saya seorang suami yg baik, rajin, memahami, sabar, penyayang dsb (banyaknya puji..takpe2,bukan slalu..). Sebelum saya berkahwin, ramai antara sahabat handai yg bertanya siapa bakal suami saya. Apabila diberitahu namanya, kebanyakannya pasti terkejut dan statement femes yg keluar daripada mulut mereka " Abdul Rahman yg garang tu ke? fscc tu? " bersama2 riak muka yang terkejut dan tidak percaya. Ya, memang tidak dinafikan suami saya ini dahulu garang sangat, muka bengis je, nak tengok dia senyum?huhu jangan harap..saya pun kecut dengan dia. Walakin, itu semuanya luaran sahaja :). Setelah berkahwin semua itu tiada, baru saya sedar betapa pentingnya husnuzhon. Alhamdulillah, seperti yg saya katakan tadi beliau memenuhi ciri2 putera idaman ;) huhu..seperti rasulullah saw bersabda " 
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang baik kepada isterinya, aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku" [Hadith Riwayat al-Thahawi].

Kebelakangan ini, suami saya diamanahkan untuk menjadi imam di sebuah surau atas sebab menggantikan imam asal yg tidak dapat hadir. Alhamdulillah, di kesempatan ini, suami saya selalu membawa saya bersama untuk berjemaah di sana untuk solat subuh, maghrib dan isyak. Ada ketikanya saya tidak dapat ikut bersama terutamanya solat magrib sebab saya perlu mengajar anak2 jiran mengaji di rumah selepas maghrib. Walakin, saya sangat kagum dengan suami saya kerana walaupun untuk solat isyak sahaja, beliau sanggup untuk balik ke rumah dan mengambil saya untuk berjemaah solat isyak bersamanya di tempat beliau menjadi imam. Jikalau tempatnya dekat tidak mengapa,tetapi jarak antara rumah kami dan surau tersebut mengambil masa. Apabila difikirkan, tidak berbaloi untuk pulang dan mengambil saya di rumah tetapi tidak, suami saya tetap berkeras mahu mengambil saya walaupun beliau perlu berulang-alik banyak kali.(terima kasih abang sebab sanggup bersusah-payah untuk saya) Pernah saya bertanya kepadanya kenapa nak bersusah-payah berulang-alik mengambil saya sebab akan memenatkan beliau dan menyebabkannya terkejar-kejar terutamanya apabila ada majlis di surau tersebut seperti bacaan yasin dan tahlil antara maghrib dan isyak tetapi jawapannya mudah iaitu untuk melatih anak2 yg bakal dilahirkan nanti dan kasihan meningalkan saya solat sorg2 di rumah. Terharu sy mendengar jawapannya. Semasa saya di surau pula, lain plak ceritanya. Makcik2 yg solat di situ ramai yg bertanya saya dari mana. Dan apabila diberitahu saya tinggal di mana dan mengikut suami yg menjadi imam, makcik2 tersebut tesenyum memuji.."alhmdulillah, bertuahnya, muda2 lagi dah jadi imam" walaupun si suami yg dipuji tp xsalah kan si isteri menumpang tuahnya sekali? huhu ;). Beberapa  hari selepas itu, juga terdapat makcik lain yg baru pertama kali nampak sy, juga akn bertanya seraya berkata " anak siapa? " belum sempat sy menjawab ada makcik yg lebih awal mengenali saya berkata "inilah isteri imam.." kemudian,sempat lagi makcik yg baru dikenali tadi mengusik, "owh, ingatkan anak siapa, baru nak merisik.." tersipu-sipu malu saya dibuatnya. Bukan apa, terasa kerdil sangat ketika itu dibandingkan dengan suami saya.  Alhamdulillah, sy bersyukur sangat2 kerana dikurniakan dengan seorang suami yg mampu untuk menjadi imam kepada semua. (tahniah abang, semoga abang terus istiqomah!)

Masuk cerita baru, beberapa minggu yg lalu, kami berdua beriadhah di tasik bandar. Di situ pertama kali, usrah pertama kami diadakan. Awwalan usrah adalah sesi iadah, pertama kali dalam hidup, saya tasmi' dengan suami sendiri di hadapan tasik yg dikekelilingi ratusan manusia yg sibuk beriadhah. Sebelum ini, saya cuma ditasmi' oleh ustaz @ ustazah tasmi' sahaja.(dah jadi suami, confirm2 saya tidak boleh nak lari dari kena tasmi'..hu2) Hati terasa kecut untuk tasmi' dengan suami sendiri walaupun di hadapannya sy nampak cool (nk cover cuak huhu). Maklumlah, semasa itu saya baru belajar merangkak untuk mulakan juzuk 1, suami plak dah berlari sampai juzuk 25..huhu..jauh bezanya..pesanan suami saya tersemat di hati " biar sedikit tetapi konsisten " , " kena rajin ngaji, kalu x nanti quran akan makan diri " pesanan yg amat bermakna. Ape pun, tasmi' bersama suami adalah suatu pengalaman yg berharga buat diri saya. Selesai sesi iadah, bacaan hadith dibaca oleh saya dan akhir skali sesi muhasabah oleh suami. Di situ, beliau mengingatkan diri kami tentang mati menyebabkan diri sy tersentak. Astagfirullahalazim, leka sungguh diri ini selama ini. (terima kasih abang sebab mengingatkan..) Usai sahaja tutup majlis dengan surah al-Asr dan tasbih kafarah, kami berjogging bersama2 mengelilingi tasik. Walaupun ringkas dan sekejap sahaja sesi riadhah kami, tp bmakna dan padat. Alhamdulillah, semoga kt sama2 istiqomah berusrah sehingga akhir hayat, ameen.

Rasanya cukup setakat ini perkongsian cerita saya. Mungkin cerita ini tidak menarik dan memberi manfaat kepada sesiapa yg terbaca tulisan ni. Maafkan sy, baru pertama kali menulis sebegini. Tidak berniat atau bertujuan apa2 untuk menulis, sekadar perkongsian dan penghargaan kepada pemilik blog ini. Buat insan tersayang dan dicintai kerana Allah iaitu Abdul Rahman Fauzi, terima kasih atas sudi menerima diri yg serba kekurangan ini. Hanya Allah yg lbh berhak utk mencintaimu dan hanya Allah yg lbh berhak untuk menyayangi diriku. Bersama2 kita menuju ke arah itu. Ameen..Insya Allah.

Akhirul kalam, yg baik itu datang dari Allah, yg buruk dan kekurangan itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Assalamualaikum wbt..




Rahmahtulnisah


Doakan aku menjadi isteri yang solehah abang..






16 comments:

  1. Insya Allah..Nisa..smoga menjadi isteri yang solehah untuk encik Rahman ni..Ehm..Pss..Rahman dulu memang muka dia garang,kiteorang budak2 fscc ni takut benor ngan dia..hehe

    ReplyDelete
  2. subhanallah, salam kenal puan isteri kepada Abdul Rahman Fauzi.. saya tersenyum-senyum masa baca entri ini, syahdu sangat.. :)

    semoga cinta berkekalan sampai syurga.. ^_^

    insyaAllah, awak pasti mampu untuk menjadi isteri yang baik, terbaik buat sang suami, juga solehah di matanya dan Dia..terus usaha! :)

    p/s : rahman memang garang, sampai hari ni saya masih takut dengan dia. kalau boleh, xnak langsung ade kerjasama dengan rahman.. hee.. sebab takut! *zaman dulu-dulu* ;)

    p/ss : betullah cinta tu sumber kekuatan dan boleh membawa kepada kebaikan,kan? tapi kena tengok pulak dengan siapa kita bercinta.. -syahdu baca usaha sang suami untuk ambil ajak solat isya' bersama di masjid..

    "semoga dari kalian, lahirnya generasi mujahid mujahidah yang akan terus membela dan menegakkan ISLAM serta mencintai Allah secinta-cintanya.." :)

    ReplyDelete
  3. bila nak dpt baby? haha
    x sabo nk dpt anak sedara...

    ReplyDelete
  4. terima kasih sume =)

    anonymous: tunggu ada starex dulu

    ReplyDelete
  5. bila nk berstarex nye..haha

    ReplyDelete
  6. tahniah dan selamat menjadi bidadari dunia buat suamimu. =)

    alhamdulillahi wa bihamdihi...

    ReplyDelete
  7. anonymous: kami masih dalam proses untuk munyediakan alam dunia yang terbaik untuk bakal anak kami dilahirkan dan dibesarkan di dalamnya. sungguh kami gerun untuk menghantar seorang khalifah kecil dalam dunia akhir zaman ini dalam kami tidak menyediakan bahtera dakwah terbaik untuknya..doakan kami

    ReplyDelete
  8. kawe keno belajar dgn demo la man free2 nanti...

    ReplyDelete
  9. sonoknye tgk along bahagia skang...bace post along pon dh dpt bayangkn muka along berseri2...hehehe...smg Allah merahmati along sekeluarga...doakn achik juge..hehehe

    ReplyDelete
  10. wa....tahniah Nisa.....semoga bahagia hingga ke syrga..=) sewa rumah kat mana?saya sewa dekat area semambu..=)

    ReplyDelete
  11. salam alayk,

    its good to hear your news from here, seems like both of you get along well, alhamdulillah
    to man,
    congratulation for being such a wonderful husband, insyaallah, it is a first step into building a bait muslim ahead. i wish all the best for both of you, 2 month is still new, cherish every moment you'll face, insyaallah, you'll find peace and happiness even in the times of hardness and sorrow

    selamat melayari bahtera, perjalanan masih jauh

    p/s: wish me luck ;)

    ReplyDelete
  12. husna izzati: sy dkt im2, dkt je dgn tunas manja..jemput ke rumah ;)

    achik fathy: alhmdulillah, masih baru lg achik..jom, ikut jejak langkah along..hu2..t smpai kuantan,maila rumah along ;)

    ReplyDelete
  13. We’re here on this special day
    Our hearts are full of pleasure
    A day that brings the two of you
    Close together
    We’re gathered here to celebrate
    A moment you’ll always treasure
    We ask Allah to make your love
    Last forever
    Let’s raise our hands and make Du’a
    Like the Prophet taught us
    And with one voice



    Let’s all say, say, say
    بارك الله لكما وبارك عليكما
    وجمع بينكما في خير
    بارك الله لكما وبارك عليكما
    وجمع بينكما في خير
    Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fee khair.
    Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fii khair.
    From now you’ll share all your chores
    Through heart-ship to support each other
    Together worshipping Allah
    Seeking His pleasure
    We pray that He will fill your life
    With happiness and blessings
    And grants your kids who make your home
    Filled with laughter
    Let’s raise our hands and make Dua
    Like the Prophet taught us
    And with one voice
    Let’s all say, say, say
    بارك الله لكما وبارك عليكما
    وجمع بينكما في خير
    Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fee khair.
    Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
    Wa jamaah baina kuma fii khair.
    بارك الله
    بارك الله لكم ولنا
    الله بارك لهما
    الله أدم حبهما
    الله صلّي وسلّم على رسول الله
    الله تب علينا
    الله ارض عنا
    الله اهد خطانا
    على سنة نبينا
    Let’s raise our hands and make Du’a
    Like the Prophet taught us
    And with one voice
    Let’s all say, say, say
    بارك الله لكما وبارك عليكما
    Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

    dah lame x nampak tuan di area surau al-ikhwan,lknp..rase2nya dah dkt setaun..tau2 dah nikah..mabruk 'alaik.,

    Sori,sbb lmbt dpt tau ttg hal ni..moga Allah menjaga hubungan suci yg terbina,.smoga Allah menjaga hafalanmu..

    Terima kasih sbb prnah tumpangkn saya nek motor sampai ke rmh.,

    Aiman, taman lknp.

    ReplyDelete