Sunday, March 28, 2010

Rintihan Cinta...

Aku tahu Engkau Tuhanku...
Adalah cinta agung...
Aku pun mahu mencintaiMu..
Aku  tahu mencintaiMu amat perlu...

Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan...
Aku berusaha ke arah itu..
Tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu........

Oh banyak yang datang mengganggu..
Nafsuku dan syaitan terkutuk...
Dunia mempesona menggamit selalu..
Di waktu itu lupaku padaMu...

Cintaku jauh sekali..
Sekali sekala datang juga..
Walaupun sedikit terasa indahnya..
Kemudian lupa lagi...

Ada kalanya lupaku padaMu berpanjangan sekali...
Kemudian sekali sekala sedar kembali Engkau cinta agung...
Kau patut dicintai selepas itu ku lupa lagi..
Begitu cintaku kepadaMu Tuhan...
Dengan kelalaian silih berganti  oh Tuhan...

Dengan hati yang sedih ini..
Tolonglah aku dengan rahmatMu...
Bantulah aku mencintaiMu...
Agar cinta yang palsu terbunuh sendiri..
Itulah harapanku padaMu...









Saturday, March 27, 2010

Ketuanan Melayu Dan Cita-Cita Politik Islam

Kalimah “Ketuanan Melayu” dihentam hebat oleh orang Melayu sendiri khususnya  yang berhaluan kiri. Mereka menyifatkan perkara itu sebagai rasis, cauvinis dan sebagainya. Kerana ia dilihat memberi keuntuingan politik kepada parti pemerintah UMNO. Tetapi adakah “Ketuanan Melayu” itu sendiri sebenanrnya bercanggah dengan konsep kenegaran Islam yang menjadi cita-cita setiap pejuang Islam? Adakah ”Ketuanan Melayu” sebenarnya akan merugikan Orang Islam? Atau ia telah dieksploitasi oleh orang bukan Islam untuk kepentingan mereka sehingga lahir di kalangan orang Melayu sendiri mereka yang begitu bersemangat memeperjuangkan bukan kaum mereka?

Negara Islam adalah Negara Aqidah iaitu negara bagi penduduk yang mengucapkan dua kalimah syahadah.  Negara Islam juga adalah negara yang mana kuasa politik (wewenang) mutlak berada ditangan orang Islam. Mungkin ini dimaksudkan dengan mafhum “ketuanan”.  Dengan itu mereka dapat melaksanakan maqasid siasah syariyyah mempertahankan tanahair dan kehormatan bangsa dan tugas-tugas sebagai sistem politik Islam sebagaimana difardhukan oleh Allah tanpa perlu rasa tergugat oleh pengaruh tawar-menawar pihak bukan Islam.

Adakah “Ketuanan Melayu” bercanggah dengan konsep kenegaraan Islam? Orang Melayu adalah majoriti penduduk Islam yang mengucap syahadah  teramai di Tanah Melayu ini. Secara de facto merekalah umat Islam yang dimaksudkan. Dari sini kita dapat lihat sinonimnya ketuanan Melayu dan ketuanan Islam yang menjadi pra syarat kepada tertegaknya sebuah Negara Islam yang dihormati.

Kita tidak perlu bermain kalimah mengatakan bahawa ketuan Islam bukan ketuanan orang Islam dan ketuanan orang Islam bukan ketuanan Orang Melayu kerana apa makna ketuanan Islam jika kuasa politik ditangan atau berada di bawah pengaruh bukan Islam? Dalam keadaan komposisi orang Melayu (Islam) dalam mana-mana  pakatan atau dalam parlimen lemah bolehkah mereka mempertahankan kedaulatan dan ketuanan Islam?.

Jadi secara konsepnya ”Ketuanan Melayu” dan cita-cita politik Islam saling sempurna menyempurnakan antara satu sama lain. Melayu perlu kembali kepada Islam, memahami risalah mereka, menjadi bangsa yang kuat dan bersatu padu. Jika Melayu bersatu atas satu agenda sendiri barulah ia boleh memaksa siasah dan cita-citanya.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah orang kafir mendaulatkan Islam dan mengangkat martabat orang Islam. Kenapa kita tidak terfikir bahawa mendendang lagu bahawa memperjuangan “Ketuanan Melayu” rasis dan mendakwa Malaysia adalah milik semua, Melayu sebenarnya tidak wujud  adalah propaganda orang kafir untuk mempedaya orang Islam agar mengizinkan mereka yang minoriti sampai ketampuk kekuasaan?Kenapa kita tidak fikir bahawa politik adalah perhitungan untung rugi? Dan dengan dakwaan demikian siapa yang akan untung?

Oleh itu untuk menegakkan sistem politik Islam kita perlu sokongan yang kuat kerana ia adalah satu projek yang bertentangan dengan projek sekular barat.  Menganggap mana-mana organisasi kafir, negara  jiran, serantau dan antarabangsa akan mengalu-alukan cita-cita politik Islam adalah satu kedangkalan. Poltik Islam  adalah satu agenda yang mestilah dipaksakan dengan kekuatan. Dan kekuatan itulah yang dipanggil asobiah oleh Ibnu Khaldun. Tanpa merujuk kepada kekuatan kesatuan orang Melayu (asobiah) cita-cita politik Islam khususnya di Malaysia tidak akan ke mana. Saya tidak percaya orang yang masih ada dalam dirinya cita-cita politik Islam akan menentang ketuanan Melayu dan meruntuhkan kekuatan bangsa sendiri yang sebenanrya sandaran kekuatan kepada projeknya, kecualilah ia jahil.

Dan sebaliknya pula jika sekiranya kita memahami konsep kenegaraaan Islam dengan jelas bagaimana ia memberi keuntungan kepada agama dan bangsa, saya tidak boleh faham kenapa golongan-golongan dikalangan umat Islam tidak boleh bersatu diatasnya. Namalah apa yang kita nak namakan, Islam tidak memfardhukan dengan satu-satu nama, yang penting impaknya kepada medaulatkan negara dan memartabatkan bangsa.

Adapun isu ini memberi keuntungan politik kepada mana-mana kumpulan itu terpulang ke atas kebijaksanaan parti tersebut dalam bermain politik. Tetapi bagi pencinta politik islam ia adalah satu thawabit haraki yang perlu dipertahankan. Saya tidak mengatakan dengan itu kita telah mencapai cita-cita politik Islam, tetapi paling tidak kita dapat mengurangkan kemudharatan  seperti kata ulamak menanggung kemudaratan yang lebih kecil bagi mengelak kemudharatan yang lebih besar.

Mengekalkan dominasi umat Islam/Orang Melayu secara umum  dalam struktur politik di Malaysia adalah satu yang bertepatan dengan maqasid syariat keseluruhannya.  Cuma isu yang akan ditimbulkan seterusnya ialah berkaitan dengan perlaksanaan syariat. Selama ini orang melayu memerintah pun Islam tidak terlaksana juga.

Penjelasan saya:
  1. Syariat ialah segala yang dibawa oleh nabi Muhamad s.a.w
  2. Thawabit tadaruj dalam perlaksanaan Islam
    • bermula dengan akidah, nilai, ibadat, akhlak, mumalat dan politik. Justeru tiada paksaan dalam perlaksanaan.
    • Majoriti umat Islam tidak faham Islam menyebabkan antara mereka yang menetang perlaksanaan Islam
    • Antara thawabit tadaruj juga ialah perlaksanaan Islam juga  bertitik tolak dari iltizam individu, jamaah dan kerajaan.  Kita tidak perlu kuasa untuk melaksanakan Islam diperingkat pertama dan kedua
    • Diperingkat kerajaan, kita tidak boleh lakukan sesuatu yang bermakna dalam keadaan umat jahil, lemah dan berpecah belah seperti yang kita hadapi hari ini. Kekuatan akidah-kekuatan perpaduan dan kekuatan dokongan massa.
Kesimpulan
Dalam keadaan hari ini sesiapa yang memerintah sekalipun mereka tidak akan dapat melaksanakan pemerintahan Islam seperti sepatutnya sama ada disebabkan bidang kuasa yang terhad atau kuasa tawar-menawar lemah. Hatta diperingkat Negara kita tidak semestinya memiliki wewenang yang mengizinkan kita melaksanakan cita-cita Islam.

Kita harus faham bahawa Negara kita dibina atas satu reka bentuk yang bersifat sekular dalam  terletak dalam rangkaian sistem antarabangsa yang mencengkam segenap sendi kehidupan. Jadi ada sesetengah kewajiban Islam (walaupun kita memerintah) yang tidak dapat dilakasanakan kecuali dengan kekuatan wewenang yang membolehkan kita memaksa kehendak diperingkat Negara seperti kekuatan asobiah bangsa Melayu di Malaysia dan ada yang memerlukan kekuatan kesatuan diperingkat antarabangsa (umat).

Jadi isu perlaksanaan syariat khususnya diperingkat pemerintahan perlu kepada strategi dan permuafakatan antara pihak-pihak bukan dijadikan bahan bantai-membantai, kerana keupayaan melaksanakannya mengatasi kekuatan setiap satu daripada kita.

Yang menjadi perkara pokok ialah orang Melayu mesti kembali kepada Islam dan membina semula jati diri mereka yang bersejarah. Selama matlamat ini tidak tercapai maka pendirian kita berlegar sekitar kaedah menanggung kemudharatan yang lebih kecil bagi mengelak kemudharatan yang lebih besar dan kaedah mengubah mungkar tidak sampai membawa kepada melakukan mungkar yang lebih besar. Adapun politik Islam, ia adalah satu perjalanan yang masih jauh.

http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2010/03/23/ketuanan-melayu-dan-cita-cita-politik-islam/

Friday, March 26, 2010

sunyi...

nape hati ini masih rasa sunyi??belum cukupkah dgn apa yang Allah sudah beri kepadamu??mengapa masih perlu rase sunyi??adakah kerana kamu tidak rase kewujudan Allah??adakah hatimu kosong daripada cinta Allah???lalu apa lagi yang kamu mahu??Jutaan kemafaan buat kakak...sebab tak dapat menghadirkan rasa gembira pada dirimu...kerana diri ini terasa sangat kesunyian..aku telah cuba untuk senyum walaupun sebenarnya hati ini tidak gembira...masakan tidak...kehilangan teman2 seperjuangan...satu demi satu pergi...namun aku tidak rela hati ini diisi oleh orang yang asing dalam hidupku..cukuplah teman2ku yang memahami...tapi di mana mereka??apakah punca pemergian mereka??kami tidak berpecah..cuma berpisah sementara...satu situasi yang susah untuk dialami semasa di Maahad dulu...mengapa dan mengapa??haruskah ku tuding jari kepada mana2 pihak??adakah aku perlu menyertai mereka untuk bersama2 mereka??adakah kami berbeza padahal Islam kami sama???~>hatiku terus tertanya2.....

Tuhan..Engkau rasakanlah hatiku sentiasa bersamaMu...supaya aku rasa ada kawan melindungiku..agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku...maafkan diri ini kerana masih bertatih dalam mencari cintaMu...Ya Allah berikanlah sedikit rasa cintaMu kepadaku...ajarkanlah aku untuk mencintaiMu..berilah aku peluang untuk aku mencintaiMu..bersihkankanlah hatiku daripada mencintai dunia...kerana aku tidak pandai untuk menduakan cinta...Ya Allah..kenapa diri ini terasa masih belum mencintaiMU???? (-_-)

Tuesday, March 23, 2010

Ketidaksabaranku hanya kerana takutkan Allah...

antara sabar dan tidak sabar...kadang2 rasa nak bersabar sahaja...dan sudah lama aku bersabar...mereka tidak mengerti betapa mahalnya harga yang aku beri...namun aku tetap maafkan mereka.. kerana takutku pada kehilangan cinta Allah...maka aku tidak sabar...

Wednesday, March 17, 2010

Kerana dirimu pembawa amanah yang berat....

 "Kalaulah sekiranya Kami turunkan Al Quran ini diatas bukit bukau,pasti kamu akan melihatnya terpecah belah disebabkan takutnya kepada Allah,demikianlah
perumpamaan bagi manusia,semoga mereka berfikir.  (Al Hasyr:21) 



Terdetik di hati ini untuk berkongsi pengalaman dengan ikhwah akhowat di luar sana tentang kehidupan saya sebagai seorang hamalatul quran..Moga dengannya dapat terus menghangatkan jiwa ini kepada cinta Al-Quran yang makin lama makin pudar...dek dilalaikan dengan tarikan dunia yang sangat kuat sehingga terlupa bahawa diri ini seorang pembawa amanah yang berat, terlupa bahawa diri ini adalah seorang "Hamalatul Quran".......





The journey is started to begin...(gambar majlis khatam al-quran darul quran pelajar persijilan GEN-8)

Masih teringat lagi ketika saya mula berjinak-jinak dengan Al-Quran semasa berumur 4 tahun. Masa itu pendidikan al-quran di rumah ditugaskan kepada kakak sulung saya, Maryam(moga Allah memberikan dirimu ganjaran yang sebaiknya atas apa harta berharga yang kakak berikan). Setiap malam, kami akan berkumpul di musalla rumah kami selepas waktu maghrib untuk mengaji bersama-sama. Memandangkan bilangan adik-beradik saya yang ramai, maka kakak-kakak yang lebih tua diberikan tanggungjawab untuk mengajar adik-adik yang lebih muda. Kakak menyediakan satu silibus untuk kami habiskan. Siapa yang habis akan dapat ganjaran.(masa tu kakak bagi apollo je tapi ok lah untuk budak-budak..hehehe). Silibus pertama yang saya ingat ialah kakak wajibkan saya untuk menghafal surah an-nas hingga adh-dhuha. Selepas dah habis tasmi', saya bertanya pada kakak apa patut nak buat. Kakak cakap teruskanlah sampai habis muqaddam(ingat lagi muqaddam yang dibaca kecik-kecik dulu warna biru muda)....Dan tiap-tiap malam jumaat kami akan membaca Surah Al-Kahfi bersama-sama dengan mengikut alunan Sheikh Saad Said Al-Ghamidi...(hampir semua kakak dan abang akan baca surah al-kahfi dengan lagu yang sama sebab dah terpengaruh dengan cara bacaan beliau..hehehe)


Masuk darjah satu, kena mula dengan iqra' semula..maka belajarlah semula mengenal huruf-huruf hijaiyyah yang 28 tu...dari iqra' satu sampailah iqra' 6...tamat semasa darjah 2...masuk darjah 3,baru betul-betul mula menghafal.Lebih-lebih lagi, pada tahun tu jugak diwujudkan kelas tahfiz pada tiap-tiap hari jumaat. Ustaz tasmi' pertama saya ialah Ustaz Wan Sulaiman Noh yang sangat-sangat berjasa (masih ingatkah ustaz pada saya???) ,mengajarkan banyak doa..mengajar kami untuk mengulang-ulanginya setiap kali dalam kelas...bukan satu dua...tapi banyak....kiranya kalau nak mula kelas tu akan habis dalam setengah jam dengan bacaan doa dan ulang surah-surah juz amma...Masa ni jugaklah bermulanya usaha untuk menghabiskan surah-surah dalam juz amma..terima kasih jugak untuk Ustaz Azmi Harun yang banyak membantu....
  

Naik darjah 4, juz amma dah khatam...memandangkan untuk peperiksaan UPSRI darjah 6 nanti perlu untuk kami hafal surah-surah pilihan(As-sajdah,Al-Mulk,Ad-Dukhan,Yaasin,Al-Jumuah,Al-Insan), maka saya pun hafal la terus masa darjah 5 dengan Muallimah Zunaini. Ditambah lagi beberapa surah dari juzuk 27 dan 28...Masa tu rasa macam surah al-kahfi dah cair sebab selalu baca..tapi rupa-rupanya belum...
Naik darjah 6..rasa tak sabar nak memulakan hafazan al-quran secara serius...banyak tasmi; dengan Muallimah Zaharah..alhamdulillah...sebelum masuk tingkatan 1 saya berjaya menghafal surah al-baqarah sejuzuk lebih tanpa tasmi'....


Dah masuk Maahad Muhammadi Lelaki, saya pun join la kelas tahfiz sebelah malam, 2 jam satu malam, 3 kali seminggu...Ustaz pertama kat sana ialah Ustaz Hafiz bin Mat Ludin...muda orangnya..tetapi selepas kami bercuti tengah tahun, ustaz tak dapat dihubungi. Disebabkan ustaz ganti tak dapat hadir sebelah malam, maka dibuat sebelah pagi(dulu sekolah petang). Jadi saya tak join sebab malas...Nak dijadikan cerita,ganti lagi ustaz.Ustaz Nazaruddin Jalaluddin, berasal dari Indonesia. Boleh tahan jugak ustaz ni psycho budak-budak..tapi beliau sebenarnya sangat-sangatla baik...kakak saya juga pernah menjadi anak murid beliau..masa ustaz Nazar tak dapat datang, Ustaz Nik Saiful Azizi ganti sekejap(dah berapa orang ustaz setakat ni??)...hurm...tahun ni alhamdulillah...dapat jugak hafal juz 2-8....juz 8 saya hafal masa kursus intensif tahfiz yang dibuat semasa bulan Ramadhan...sepatutnya 3 minggu, tapi saya hanya datang seminggu...tak best duduk asrama..asyik teringat rumah je...hehehe...


Naik tingkatan 2, sambung lagi hafazan dengan Ustaz Nazar...tak lama...selepas lebih kurang setengah tahun, saya berhenti...mengapa???saya pun tak pasti...mungkin dah give up bila sampai surah yusuf (juzuk 12 ) yang sangat-sangat susah bagi saya masa tu...dengan rezeki daripada Allah, saya dan Anas teruskan balik hafazan dalam kelas tahfiz kat rumah kami..dapat ustaz baru lagi...Ustaz Abdul Hamid yang berasal dari Selatan Thailand..tapi ustaz ni belajar kat Mekah, jadi loghat dia pun bunyi arab la...tak berapa fasih berbahasa Melayu..memandangkan beliau belajar menggunakan sistem tahfiz masjidil haram, maka saya pun terpaksa ikut..yakni dengan memulakan hafazan dari juzuk belakang...(30,29,28,27 dan seterusnya...) Jadi saya habiskan juz 12, kemudian mula dengan juz 30 sampailah juz 20...saya berhenti dan minta izin untuk mula dari sebelah depan balik..dengan juz 13..ustaz izinkan...

Hampir setahun lebih belajar dengan ustaz Hamid, saya sangka dialah ustaz pertama saya yang akan saya tasmi' 30 juz al-quran..tetapi taqdir Allah mengatasi segala-galanya...semasa sedang menghabiskan juzuk terakhir,(juz 19...tak sangka akan khatam di tengah-tengah), ustaz Hamid terpaksa pulang ke tanah airnya. Maka juz terakhir saya disemak oleh ustaz Abdullah..(walapun sebenarnya saya tidak tasmi' surah Asy-syuara' dengan beliau)..Alhamdulillah..tamatlah hafazan saya pada bulan April 2005..tak pasti pulak tarikhnya...Selepas itu saya berhenti belajar di situ dan kembali semula menyertai kelas tahfiz di Maahad...dengan ustaz Nazar sekali lagi...dan kalau saya tak silap, dialah satu-satunya ustaz yang mendengar 30 juz hafazan saya...


Habis SPM, masuk Darul-Quran...belajar dengan Ustaz Fazli Ibrahim yang syadid(dia ada sanad quran) sempat tasmi' 3 juzuk lebih kurang...pastu kena tukar ustaz...Ustaz Ridhwan..saya ingat lagi beliau mengajar saya menyebut huruf shod dengan betul..pastu???saya keluar dari DQ...hehehe...habislah cerita...eh belum...masa kat CFSIIUM, masuk kelas iadah dengan ustaz Baharuddin..pastu ganti dengan Ustaz Anwar(mintak maaf sangat-sangat kat kedua-dua ustaz ni sebab ada tak datang kelas)....dan sempat masuk Kubang Bujuk 5 hari...tasmi' dengan ustaz Haji Abdullah.......ustaz terakhir saya setakat ni.....Jadi..stop kat sini dulu...ini baru muqaddimah...supaya diri ini tidak lupa siapa sebenarnya diri ini...siapa di sebalik Abdul Rahman Fauzi yang ada hari ini........




Setinggi-tinggi penghargaan tak terhingga buat murabbi-murabbi quranku...Moga Allah memberikan mereka syurga tertinggi...menjadi Ahlulllah....


1)   Ustaz Wan Sulaiman Noh(1998-2001)
2)   Muallimah Zunaini Ibrahim(2000)
3)   Muallimah Zaharah Yusoff)
4)   Ustaz Hafiz Mat Ludin(2002)
5)   Ustaz Nazaruddin Jalaluddin (2002 & 2005)
6)   Ustaz Nik Saiful Azizi(2002)
7)   Ustaz Abdul Hamid(2003-2005)
8)   Ustaz Abdullah (2005)
9)   Ustaz Fazli Ibrahim (2007)
10)  Ustaz Ridhwan(2007)
11)  Ustaz Baharuddin(2007-2008)
12)  Ustaz Anwar(2008)
13)  Ustaz Haji Abdullaj Kubang Bujuk(2009)........






Tuesday, March 16, 2010

(-_-) ....

Aku ke sana kerana ingin mengisi masa dan hatiku yang kosong
Aku sangka apa yang akan ku bawa pulang hanya dengan tangan yang kosong
Tidak ku sangka forum kali ini tersirat satu makna
Kerana di dalamnya ku temui CINTA......


Damba CINTAMU....


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganmu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu

Kutakut kepadaMu
Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Monday, March 15, 2010

Hebahan Forum Baju Melayu bertemu Baju Kurung

Jemput datang beramai2...

Ustaz Azhar Idrus datang ke Kuantan

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah kerana diberi peluang untuk bertemu Ustaz Azhar Idrus secara live buat pertama kalinya. Kalau sebelum ni hanya dapat melihat ceramah-ceramahnya di dalam youtube atau laptop, kali ini dapat jugak bersemuka dengan ustaz yang sangat popular dengan lawak dalam  loghat Terengganunya yang pekat.


Lautan manusia yang datang mendengar kuliahnya...memang tersangatla ramai walaupun ceramah baru nak mula...

Kuliyyah maghrib ni berlangsung kira-kira 2 jam. Walaupun begitu, saya hanya mencatat sedikit sahaja point-point penting memandangkan ada yang sudah saya tahu. Berikut adalah antara beberapa perkara yang disebut oleh beliau yang sempay saya catat:

1) Tarji' (membaca secara perlahan kalimah azan) hanya pada kalimah syahadah SAHAJA. Ada pendapat 
    mengatakan sunat tarji' sebelum lafaz azan dan ada juga pendapat yang mengatakan sunat tarji' selepas
    lafaz azan.
2) Sunat memasukkan jari telunjuk ke dalam telinga semasa melaungkan azan.Hikmahnya supaya azan
    dilaungkan lebih kuat.
3) Muqim-Menetap di sesuatu tempat selama 4 hari ke atas.
4) Sunat untuk membayar lebih hutang yang dipinjam kepada kita( ini tidak termasuk dalam bentuk riba )
5) Qadha'(pelaksanaan Allah) terbahagi kepada 2, qadha' mubram(tetap) dan qadha' mu'allaq(berubah2)

Dalam sesi soal jawab pula, ada dua perkara menarik yang dapat saya kongsikan di sini:

1)Hukum memakai rambut palsu: Ada 2 syarat untuk dibolehkan memakai rambut palsu:
     1.Perempuan
     2.Mendapat izin daripada suami (jika bersuami)
     3.Bukan diperbuat daripada benda yang najis

2)Syarat hendak jama' dan qasar solat:
      1.Hendaklah dalam keadaan musafir
        -  Musafir yang dimaksudkan di sini ialah tidak berniat untuk menetap di satu-satu tempat melebihi 3  
           hari. Andainya melebihi 3 hari, ia dikira sebagai bermuqim dan tidak boleh melakukan jama' dan qasar
           solat setelah tiba di destinasi. Dan bagi mereka yang mempunyai 2 muqim, (contoh: kampung tempat
           tinggal dan tempat belajar), situasinya adalah sama.Ia bergantung kepada niat kita, iaitu berapa lama
           untuk kita hendak menetap di tempat tersebut.Wallahua'lam.

3)Bagaimana cara supaya ramai orang datang ke ceramah: Ustaz hanya mampu gelak kerana beliau berkata
   beliau tidak mempunyai ilmu dalam bidang ini( apa punya soalan da..)

Setelah tamat sesi soal jawab, kami pun solat isyak. Lepas solat, saya lihat ramai orang bersalam-salaman dengan ustaz. Terigin jugak sebenarnya...Yela...macam jumpa artis pulak...tapi teringat pada kata-kata Ustaz Mahfuth Amafua..."Ulama' have no barakah...only prophet Muhammad s.a.w who we can et barakah from him..." . Jadi saya batalkan je hasrat saya. Kerana keberkatan itu sebenarnya adalah pada ilmu yang diajarnya.. (^_^)

Daurah Konsep Keimanan- PART 1


Kuantan,Ahad-Persatuan Belia Islam Pahang sekali lagi mengadakan daurah di pejabat PEMBINA Pahang di Cenderawasih pada 7 Mac yang lepas. Daurah kali ini bertajuk Iman:Rukun, hakikat dan pembatalannya.


Konsep Keimanan


Akh Fareez mengacarakan majlis


Akh Helmi memulakan majlis dgn bacaan ayat suci Al-Quran


Penceramah: Ustaz Aris


Antara ikhwah yang hadir( senyuman seorang ikhwah krn ade org istimewa kt blkg)


Kadangkala ada yang futur.....


Sedikit perkongsian..(kali ni dalam bentuk gambar je sbb mls nk tulis)


Sifat zat bagi Allah...(sebelum ni tahu sifat 20 je)


Sifat fe'il Allah...


Sesi bersoal jawab secara tak formal di luar...(akh Hayyul mempraktikkan ghaddhul basar di hdpn murobbi krn lapar)


Like father like son...(gambar blur sbb bdk tu asyik bergerak)



Selepas tamat sesi daurah kira-kira jam 12.00 tgh hari, majlis diteruskan dengan perjumpaan ahli-ahli PEMBINA seluruh Pahang. Banyak perkara telah dibincangkan dalam perjumpaan ini termasuklah pengenalan kepada saf pimpinan baru PEMBINA Pahang.


Tiada gambar khas untuk perjumpaan ini kerana ia adalah sirrrrrr....huhuhu

Jutaan kemaafan dipohon kepada pembaca sekalian kerana post kali ini hanya banyak gambar.Gambar akhowat juga tidak disertakan di sini kerana nanti akan menimbulkan kontroversi memandangkan blog ini adalah kepunyaan ikhwah.hehehe.Dan tak lupa terima kasih tak terhingga buat sahabat yang setia menunggu di luar. (^_^)  ....Hingga bertemu lagi pada daurah sesi seterusnya....


Bukan yang depan...tapi yang belakang...nama dia CCM 2580..




P/s: Ini bukan post nak promote mana-mana ikhwah...harap maklum =p

Saturday, March 6, 2010

Ada apa dengan herbalife??

Pernah satu ketika dulu saya menyertai perniagaan Herbalife kerana tertarik dengan untung yang akan diperoleh daripada hasil jualannya.(saya lelaki pertama yang memulakan perniagaan Herbalife di CFSIIUM PJ. Namun, ia tidak bertahan lama. Allah memberikan halangan demi halangan. Dengan nasihat daripada kakak terutamanya tentang sistem Multi-Level Marketing yang banyak mengandungi unsur syubhah, maka dengan nekad saya berhenti. Alhamdulillah..

Namun, saya tidak berhenti di situ memandangkan ada banyak lagi tanggungjawab saya yang belum selesai. Dengan itu, saya membuat sedikit bacaan tentang sistem MLM dan saya bandingkan dengan sistem MLM herbalife. Anda boleh buat bacaan anda di sini : http://www.zaharuddin.net/content/view/222/95/

Apa yang saya pasti, Herbalife merupakan salah satu produk Amerika Syarikat. Pada awal penglibatan saya dalam Herbalife sahabat saya ada juga bertanya "Herbalife ni kan produk US..nape tak boikot?..Bukan ke kita tidak digalakkan untuk menyokong produk US selagi kita mampu elakkan??".. Saya hanya mampu mendiamkan diri kerana ketika itu yang difikirkan hanya duit. YA!!DUIT!!DUIT! dan DUIT!! Duit yang mampu mengaburkan pandangan sesiapa sahaja. Setelah berfikir panjang, dengan sedikit ilmu yang ada, saya mengambil langkah untuk tidak meneruskan kegiatan dalam perniagaan herbalife, ingat..bukan kerana produknya tidak bagus, tapi banyak yang saya kurang setuju dengannya yang membuatkan saya tidak tenang.

Tentu orang nak tahu apa yang saya tidak setuju kan?? Sebab pertamanya tentulah tentang sistem MLMnya yang anda boleh rujuk sendiri dalam website UZAR yang saya berikan di atas. Kedua, saya dapat tahu yang Herbalife ni merupakan sponsor utama bagi pasukan bola sepak LA Galaxy di USA. Dan saya juga mendapati pasukan LA Galaxy dimiliki oleh seorang bilionaire Amerika bernama Philip Anschutz dan dia merupakan seorang YAHUDI. Persoalannya, mengapa herbalife perlu menjadi penyumbang dana utama kepada harta milik seorang Yahudi??Kalau benar herbalife menyumbang peratus yang besar dalam syarikat milik yahudi ini, adakah dengan kita menjadi seorang distributor herbalife yang gigih bermakna sebenarnya kita bekerja keras untuk membantu orang Yahudi??

Apapun, segala-galanya terpulang pada kita. Bergantung kepada sensitiviti kita, sayang dan cinta kita kepada Allah, Islam dan saudara seislam kita. Dan ingatlah bahawa duit kita yang kita guna untuk makan, untuk menyara keluarga kita akan menjadi darah daging. Bagaimana kalau sumber yang kita perolehi itu adalah daripada sumber yang haram??Gelapkah hati kita nanti untuk menerima hidayah Allah???


"Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya" (Hadis riwayat Al-Tarmizi)




Apa tindakan kita melihat peristiwa ini??Siapa punya angkara???




Bersuka-ria di kedai-kedai makan milik penyumbang dana buat Yahudi??

fitnah di hujung lensa...



Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?www.iluvislam.com
oleh:private_xplorers
(dipetik dari blog WEWR ~khabar dari urdun~)


MUQADDIMAH 

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.


Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda,
ya muslimah sekalian,
namun,
sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA? 

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang.
Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju.
Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi.
Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.


Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu,
mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati,
manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda.
Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti.
Namun mungkin juga ia fantasi.
Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah.
Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA…. 

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain.
Diri anda, andalah yang harus menjaganya.
Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat?
Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu?
Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah?
Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar.
Belajarlah daripada yang tahu.
Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat.
Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup.
Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang.
Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...Wallahu A’lam..
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...


terima kasih utk penulis artikel ini.
thank you 
tapi,
bagaimana kalau gmbr diri sndiri termasuk dlm laman sosial org lain tnpa pengetahuan kt sndiri?
tak ada niat atau tak terlintas langsung nk letak dlm laman web sosial, tp klu dlm laman kwn2 bgimana??salah siapa???

http://halinihamzah.blogspot.com/2009/10/fitnah-di-hujung-lensa.html

Daripada Ibnu Mas'ud R.A: Rasullullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya yang manusia yang paling keras diseksa pada hari kiamat adalah para tukang gambar(mereka yang meniru ciptaan Allah).~ (Muttafaqun alaih)




Berhati-hatilah dengan alat yang membuat gambar....

CABARAN GEN-Y..Apa tindakan PEMBINA??

Sebagai menyahut cabaran Gen-Y yang semakin hebat pada masa kini, Persatuan Belia Islam Nasional Pahang (PEMBINA) telah menganjurkan satu rehlah satu persediaan untuk menjadi seorang daie yang hebat. Rehlah ini bukanlah rehlah biasa kerana terkandung dalamnya satu modul tarbiyyah yang penting untuk para ikhwah.

Rehlah yang diadakan di Pantai Teluk Chempedak ini dirancang sehari sebelum tarikh rehlah dan syukur kepada Allah kerana rehlah ini telah berjaya menghimpun pemuda pilihan Allah sebanyak 9 orang.(Semoga mereka ini akan menjadi tentera-tentera Allah). Rehlah ini dianggap satu cabaran yang besar buat ikhwah kerana mereka perlu mengorbankan masa mereka untuk datang berjumpa bersama-sama ikhwah untuk membincangkan program dakwah ketika orang lain masih enak tidur di atas tilam-tilam empuk mereka memandangkan ikhwah diminta berkumpul pada jam 7 pagi.


"Ya Allah, berkatilah ummatku pada waktu pagi mereka" ~Hadis


Kami bertolak pada jam 7.30 pagi dan tiba di destinasi lebih kurang 20 minit kemudian. Program dimulakan dengan riadhah (bermain bola) dengan menggunakan kaedah 3 touch, 2 touch dan 1 touch. Selepas riadhah, ikhwah berkumpul dalam halaqah dan sedikit pengisian telah disampaikan oleh akh Afiq Yusoff. Beliau menerangkan apa signifikan permainan 3 touch, 2 touch dan 1 touch yang mana kaedah itu sebagai satu analogi yang menunjukkan dalam usaha mencapai matlamat dakwah, kita sangat memerlukan bantuan orang lain dan kita tidak boleh bergerak seorang diri. Ini juga sebagai salah satu cara untuk mengeratkan lagi ukhuwwah antara ikhwah.


Kembara ikhwah menegakkan dakwah


Kami akan tetap dalam perjuangan walaupun selepas kahwin

Three touch


Two touch



One touch (Di akhir permainan, Akh Lutfi telah melakukan satu tindakan nekad "berani pumping" untuk memastikan pasukan mereka menang

Turut dibincangkan program seterusnya yang akan dijalankan oleh PEMBINA Pahang. Program berakhir jam 10.30 pagi dan ikhwah bersurai pulang kecuali akh Fikri dan akh Abdul Rahman yang mandi pantai sambil meneruskan perbincangan dakwah.



Kerja dakwah belum selesai dan tidak akan selesai...............

CABARAN GEN-Y

KUANTAN, Jumaat-Semalam berlangsungnya satu ceramah oleh Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil atau Abu Saif, blogger terkenal di Malaysia di auditorium Kulliyyah of Pharmacy Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan tentang satu topik yang bertajuk "Cabaran Gen-Y..Adakah kita benar-benar kompeten?". Ceramah yang dihadiri lebih daripada 500 orang peserta ini merupakan satu usaha dalam mempersiapkan diri para daie untuk berhadapan dengan gen-y ini.

 Ustaz Abu Saif, pemilik blog saifulislam.com

Ustaz Hasrizal memulakan ceramahnya dengan menyeru supaya setiap muslim untuk mengekalkan momentum dalam memberikan yang terbaik dalam hidup mereka. Seterusnya beliau menyentuh tentang cabaran untuk memahami masalah sebenar yang berlaku dalam generasi alaf baru ini apabila kebanyakan hanya melihat pada "presenting problem" dan bukan pada "real problem". Beliau menegaskan dalam kita menyampaikan dakwah kepada golongan ini, kita haruslah kembali kepada persoalan asas dalam hidup kita, iaitu apa tujuan hidup kita kerana hanya dengan mengetahui tujuan sebenar hidup kita sahaja (beribadat kepada Allah) yang mampu mengatur hidup kita dengan sempurna. Justeru, setiap daie perlulah memfokuskan apa yang diPERLUkan oleh mad'u dan bukannya apa yang daie TAHU.

Seterusnya beliau menerangkan 4 cabaran utama dalam berhadapan dengan generasi Y ini iaitu:
1) Masalah perhatian daripada keluarga
2) Pendedahan anasir luar
3) Berfikir tanpa belajar (thinking without learning)
4) Hidup tanpa tujuan (living without purpose) ----> SAMPAH!!

Beliau juga sempat menyentuh kesilapan cara daie masa sekarang yang bersifat "doctrination" dan bukannya mengajak mad'u berfikir.Di akhir ceramahnya, beliau menasihatkan kita agar berusaha dengan mempertingkatkan ilmu agama dan segala bentuk kemahiran untuk berdakwah kepada golongan seperti ini kerana daie yang kompetitif hanya lahir daripada daie yang bijaksana dan berkemahiran, bukan daie sambilan. Beliau menyarankan agar anak-anak yang hebat dalam pelajaran akademik dihantar untuk belajar ilmu agama ke peringkat yang lebih tinggi, dan bukannya membiarkan bidang agama hanya dipelajari oleh golongan yang kurang "A" mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Sebagai mengakhiri ceramah beliau, beliau memetik dua ayat al-quran dari surah Al-Ghasyiyah, ayat 21-22:   


فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ     


   Maksudnya: Maka berilah peringatan, kerana engkau hanya pemberi peringatan; Dan kamu tidak  
                      mempunyai kekuasaan ke atas mereka untuk menyuruh mereka percaya(dengan apa yang
                      kamu sampaikan)
                                  


Wednesday, March 3, 2010

Halalan ...toyyiba???

Tahukah anda kandungan gula dalam makanan??



Minum soya dalam tin atau kotak  tiap2 hari bagus??


Kajian menunjukkan rakyat Malaysia adalah yang terbanyak mengambil gula dibandingkan rakyat negara lain iaitu lebih 20 sudu gula sehari bagi setiap orang. Sepatutnya tujuh sudu sehari.

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukka

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

http://ana-mutiarahati.blogspot.com/2010/01/tahukah-anda-kandungan-gula-dalam.ht

Monday, March 1, 2010

Dan sabarkanlah dirimu bersama-sama orang yang menyeru tuhan mereka..


‘At-Tadarruj ' (beransur-ansur) juga lebih utama daripada membuat perubahan mendadak. Berkata Khalifah Umar Ab Aziz r.a kepada anaknya apabila didesak untuk membuat perubahan drastik tatkala beliau memegang tampuk pemerintahan :
لا تعجل يا بني , فإن الله ذمّ الخمر في القرآن مرتين , وحرمها في الثالثة , وإني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة , فيدَعوه جملة , ويكون ذا فتنة .
Ertinya : "Jangan tergesa-gesa ya anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik) , maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah.