Saturday, March 27, 2010

Ketuanan Melayu Dan Cita-Cita Politik Islam

Kalimah “Ketuanan Melayu” dihentam hebat oleh orang Melayu sendiri khususnya  yang berhaluan kiri. Mereka menyifatkan perkara itu sebagai rasis, cauvinis dan sebagainya. Kerana ia dilihat memberi keuntuingan politik kepada parti pemerintah UMNO. Tetapi adakah “Ketuanan Melayu” itu sendiri sebenanrnya bercanggah dengan konsep kenegaran Islam yang menjadi cita-cita setiap pejuang Islam? Adakah ”Ketuanan Melayu” sebenarnya akan merugikan Orang Islam? Atau ia telah dieksploitasi oleh orang bukan Islam untuk kepentingan mereka sehingga lahir di kalangan orang Melayu sendiri mereka yang begitu bersemangat memeperjuangkan bukan kaum mereka?

Negara Islam adalah Negara Aqidah iaitu negara bagi penduduk yang mengucapkan dua kalimah syahadah.  Negara Islam juga adalah negara yang mana kuasa politik (wewenang) mutlak berada ditangan orang Islam. Mungkin ini dimaksudkan dengan mafhum “ketuanan”.  Dengan itu mereka dapat melaksanakan maqasid siasah syariyyah mempertahankan tanahair dan kehormatan bangsa dan tugas-tugas sebagai sistem politik Islam sebagaimana difardhukan oleh Allah tanpa perlu rasa tergugat oleh pengaruh tawar-menawar pihak bukan Islam.

Adakah “Ketuanan Melayu” bercanggah dengan konsep kenegaraan Islam? Orang Melayu adalah majoriti penduduk Islam yang mengucap syahadah  teramai di Tanah Melayu ini. Secara de facto merekalah umat Islam yang dimaksudkan. Dari sini kita dapat lihat sinonimnya ketuanan Melayu dan ketuanan Islam yang menjadi pra syarat kepada tertegaknya sebuah Negara Islam yang dihormati.

Kita tidak perlu bermain kalimah mengatakan bahawa ketuan Islam bukan ketuanan orang Islam dan ketuanan orang Islam bukan ketuanan Orang Melayu kerana apa makna ketuanan Islam jika kuasa politik ditangan atau berada di bawah pengaruh bukan Islam? Dalam keadaan komposisi orang Melayu (Islam) dalam mana-mana  pakatan atau dalam parlimen lemah bolehkah mereka mempertahankan kedaulatan dan ketuanan Islam?.

Jadi secara konsepnya ”Ketuanan Melayu” dan cita-cita politik Islam saling sempurna menyempurnakan antara satu sama lain. Melayu perlu kembali kepada Islam, memahami risalah mereka, menjadi bangsa yang kuat dan bersatu padu. Jika Melayu bersatu atas satu agenda sendiri barulah ia boleh memaksa siasah dan cita-citanya.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah orang kafir mendaulatkan Islam dan mengangkat martabat orang Islam. Kenapa kita tidak terfikir bahawa mendendang lagu bahawa memperjuangan “Ketuanan Melayu” rasis dan mendakwa Malaysia adalah milik semua, Melayu sebenarnya tidak wujud  adalah propaganda orang kafir untuk mempedaya orang Islam agar mengizinkan mereka yang minoriti sampai ketampuk kekuasaan?Kenapa kita tidak fikir bahawa politik adalah perhitungan untung rugi? Dan dengan dakwaan demikian siapa yang akan untung?

Oleh itu untuk menegakkan sistem politik Islam kita perlu sokongan yang kuat kerana ia adalah satu projek yang bertentangan dengan projek sekular barat.  Menganggap mana-mana organisasi kafir, negara  jiran, serantau dan antarabangsa akan mengalu-alukan cita-cita politik Islam adalah satu kedangkalan. Poltik Islam  adalah satu agenda yang mestilah dipaksakan dengan kekuatan. Dan kekuatan itulah yang dipanggil asobiah oleh Ibnu Khaldun. Tanpa merujuk kepada kekuatan kesatuan orang Melayu (asobiah) cita-cita politik Islam khususnya di Malaysia tidak akan ke mana. Saya tidak percaya orang yang masih ada dalam dirinya cita-cita politik Islam akan menentang ketuanan Melayu dan meruntuhkan kekuatan bangsa sendiri yang sebenanrya sandaran kekuatan kepada projeknya, kecualilah ia jahil.

Dan sebaliknya pula jika sekiranya kita memahami konsep kenegaraaan Islam dengan jelas bagaimana ia memberi keuntungan kepada agama dan bangsa, saya tidak boleh faham kenapa golongan-golongan dikalangan umat Islam tidak boleh bersatu diatasnya. Namalah apa yang kita nak namakan, Islam tidak memfardhukan dengan satu-satu nama, yang penting impaknya kepada medaulatkan negara dan memartabatkan bangsa.

Adapun isu ini memberi keuntungan politik kepada mana-mana kumpulan itu terpulang ke atas kebijaksanaan parti tersebut dalam bermain politik. Tetapi bagi pencinta politik islam ia adalah satu thawabit haraki yang perlu dipertahankan. Saya tidak mengatakan dengan itu kita telah mencapai cita-cita politik Islam, tetapi paling tidak kita dapat mengurangkan kemudharatan  seperti kata ulamak menanggung kemudaratan yang lebih kecil bagi mengelak kemudharatan yang lebih besar.

Mengekalkan dominasi umat Islam/Orang Melayu secara umum  dalam struktur politik di Malaysia adalah satu yang bertepatan dengan maqasid syariat keseluruhannya.  Cuma isu yang akan ditimbulkan seterusnya ialah berkaitan dengan perlaksanaan syariat. Selama ini orang melayu memerintah pun Islam tidak terlaksana juga.

Penjelasan saya:
  1. Syariat ialah segala yang dibawa oleh nabi Muhamad s.a.w
  2. Thawabit tadaruj dalam perlaksanaan Islam
    • bermula dengan akidah, nilai, ibadat, akhlak, mumalat dan politik. Justeru tiada paksaan dalam perlaksanaan.
    • Majoriti umat Islam tidak faham Islam menyebabkan antara mereka yang menetang perlaksanaan Islam
    • Antara thawabit tadaruj juga ialah perlaksanaan Islam juga  bertitik tolak dari iltizam individu, jamaah dan kerajaan.  Kita tidak perlu kuasa untuk melaksanakan Islam diperingkat pertama dan kedua
    • Diperingkat kerajaan, kita tidak boleh lakukan sesuatu yang bermakna dalam keadaan umat jahil, lemah dan berpecah belah seperti yang kita hadapi hari ini. Kekuatan akidah-kekuatan perpaduan dan kekuatan dokongan massa.
Kesimpulan
Dalam keadaan hari ini sesiapa yang memerintah sekalipun mereka tidak akan dapat melaksanakan pemerintahan Islam seperti sepatutnya sama ada disebabkan bidang kuasa yang terhad atau kuasa tawar-menawar lemah. Hatta diperingkat Negara kita tidak semestinya memiliki wewenang yang mengizinkan kita melaksanakan cita-cita Islam.

Kita harus faham bahawa Negara kita dibina atas satu reka bentuk yang bersifat sekular dalam  terletak dalam rangkaian sistem antarabangsa yang mencengkam segenap sendi kehidupan. Jadi ada sesetengah kewajiban Islam (walaupun kita memerintah) yang tidak dapat dilakasanakan kecuali dengan kekuatan wewenang yang membolehkan kita memaksa kehendak diperingkat Negara seperti kekuatan asobiah bangsa Melayu di Malaysia dan ada yang memerlukan kekuatan kesatuan diperingkat antarabangsa (umat).

Jadi isu perlaksanaan syariat khususnya diperingkat pemerintahan perlu kepada strategi dan permuafakatan antara pihak-pihak bukan dijadikan bahan bantai-membantai, kerana keupayaan melaksanakannya mengatasi kekuatan setiap satu daripada kita.

Yang menjadi perkara pokok ialah orang Melayu mesti kembali kepada Islam dan membina semula jati diri mereka yang bersejarah. Selama matlamat ini tidak tercapai maka pendirian kita berlegar sekitar kaedah menanggung kemudharatan yang lebih kecil bagi mengelak kemudharatan yang lebih besar dan kaedah mengubah mungkar tidak sampai membawa kepada melakukan mungkar yang lebih besar. Adapun politik Islam, ia adalah satu perjalanan yang masih jauh.

http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2010/03/23/ketuanan-melayu-dan-cita-cita-politik-islam/

16 comments:

  1. wa laa tarkanuu ilallaziina zhalamuufatamassakumunnaar...
    wa man lam yahkum bimaa anzalaAllah fa'ulaaikahumuzzhaalimuun...
    ketuanan melayu=ketuanan islam?mungkin sama menurut khayalan dan kata2..realiti hukum Allah dimana kita hendak letak..kini m'sia sudah melayu tuannya...hukum Allah di bwh hukum demokrasi..maka saya kira ketuanan melayu tidaklah semestinya sama dengan ketuanan Islam(de factor...cuma permainan kata)

    ReplyDelete
  2. saya cdgkan saudara refer di http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2010/03/23/ketuanan-melayu-dan-cita-cita-politik-islam/...saudara juga boleh berinteraksi secara terus dgn ustz abdullah zaik (^_^)

    ReplyDelete
  3. yup..sudah tentu dah habis...saya tidak ingin menyentuh soal dakwah krn uslub dakwah amatlah luas..selaku pendakwah, mestilah menjelaskan kebenaran..perlu ada satu entiti yg mperjuangkan Islam secara total, dan pendakwah adalah menjelaskan entiti manakah yg membawa kebenaran..maka dua entiti ini akan jelas mana satu yg perjuangannya hak dan bathil...jgnlah cuba mengelirukan mad'u dan jgnlah pula cenderung kpd mrk yg zaalim..bimbanglah amaran Allah,fatamassakumunnaar.Wattaqu fitnatal laa tusiibannallaziina zhalamu minkum khaasoh..

    ReplyDelete
  4. Nampaknya isu ketuanan Melayu ini masih lagi menjadi polemik oleh sesetengah kita. Sebelum kita mengeluarkan pendapat/hujah masing2, perlu kita memahaminya dalam konteks/kotak pemikiran penulis. Kemudian mesti ada asas yang akan menjadi titik rujukan. Setelah dua perkara ini dipersetujui, barulah idea ini boleh dibincangkan dgn panjang lebar. Masalahnya, kita pun tak faham sgt apa ideanya. Dengar saja ketuanan Melayu ( alergik bagi sesetengah orang ), dah keluar ayat wala tarkanu. Jom kita faham dulu apa isinya..

    ReplyDelete
  5. sahabat umar...ini bukan alergy...ayat quran adalah perlembagaan hidup maka carilah hikmah2nya...cuma saya rasa sahabat sudah mengetepikan dakwah yg dibuat oleh sesebuah parti islam,bukanlah dgn terjun dalam politik x dikatakn dakwah..walhal ulama kita sudah berusaha berdakwah sehingga ke dalam parlimen pun..cubalah merdekakan minda,kita tak patut terus dikongkong dgn mana2 perundangan drpd org kafir..isu yg sebenar bukanlah melayu..bahkan Islam itu sendiri..Islam cuma agama rasmi, tp kandungan Islam dipetik2 mana yg suka..ketahuilah apakah hak melayu utk memilih2 ayat Allah dan meninggalkan sebahagian yg lain??truskanlah usaha dakwah saudara..dan ini kali ke 2,dakwah itu luas...keluarlah dari dijajah oleh sistem manusia "bebaskan dunia dari pengabdian sesama manusia kpd pengabdian Allah" cantik tema blog ini..realisasikan lah ia =)

    ReplyDelete
  6. we will walk the talk..saudara tak perlu tergesa-gesa untuk cuba menerima cara orang yang berlainan...bahkan kita diajar untuk meraikan pendapat orang lain..andai kita belum cukup ilmu tentang apa yang orang lain kata..alangkah baiknya kita berdiam tawaqquf shj ataupun mendalami ilmu scr lbh mendalami mndlm atau paling baik bertemu dgn orang yang mencetuskan idea itu??spy tidak timbul fitnah memfitnah sesama Muslim..itulah salamatussadri yg saudara belajar mase kat sekolah menengah dulu =)

    ReplyDelete
  7. Ini cuma komen,n x perlulah saudara rs tidak senang...sy mmg berlapang dada,dan komen saya utk menggerakkan otak pembaca utk berfikir..bkn membaca dn menerima shj..dan saya tiada keinginan pun memfitnah sapa2..maaf kiranya komen ini menimbulkan rs x senang hati saudara...salamatussadriii sy suka itu..=)

    ReplyDelete
  8. bguslah..cuma pnggunaan ayat quran itu kurg sesuai dlm mnyampaikn mksud saudara..saudara kne kaji asbabunnuzul ayat tu...itu yg saudara umar kurg senang..maklumlah..dia seorg hafiz dan byk ilmu psl quran ni..

    ReplyDelete
  9. mmm..saya terpanggil utk menerangkan dgn jelas ayat itu..saudara bleh tgk mana2 tafsir dan ditulis di dlm tafsir fi zhilaal..zhalamuu itu 'ai asyrakuu' iaitu yg syirik(zaman firaun)..ketahuilah (tarkanuu ilal laziina zhalamu) itu sama dgn (cenderung kpd hukum yg syirik iaitu perundangan yg ditinggalkan gol. musyrik di negara kita(British))...

    sy tak mahu mmanjangkan bicara dan bukanlah sy mengeluarkan ayat quran ini berdasarkan pendapat sy sendiri yg serba kekurangan ttp ayat ini dikeluarkan sendiri oleh murabbi saya ketika menjelaskn kata2 Tuan Guru yg pernah menjadi sensasi dahulu dan sy kongsikan di sini buat saudara dan pembaca=)yg inginkn pencerahan..

    ketahuilah sejarah dlm alquran itu berulang2 dan Rasulullah pernah bersabda, "firaun pd zaman ini adalah abu jahal"...terserahlah pd saudara mencari keluasan al-quran itu...
    "wa fauqa kulli zii 'ilmin 'aliim"

    ReplyDelete
  10. Apa pendapat saudara tentang konsep al-'urubah yang dibawa Ikhwanul Muslimin pimpinan Al-Banna?

    ReplyDelete
  11. maafkan saya saudara..saya sudah refer komen saudara kpd ust abdullah zaik..tp komen tu dah dibuang slps ditapis...sy xmmpu beri komen lain..owh ye..ape pndpt saudara anonymous ttg al-'urubah cetusan pemikiran albanna??

    ReplyDelete
  12. apakah 'urubah itu nasionalisme yg dicakapkn oleh al-Banna?
    1-Dari manakah sumbernya?
    2-Apakah komen IM skarang t'hdpnya?
    3-Bagaimanakah reality gerakan IM dgn 'urubah di waktu ini?
    Silalah saudara kaji..=)

    ReplyDelete
  13. sy bukanlah seorang pengkaji sejarah..cuma skdr mencari sdikit ilmu..sy bertanya saudara yg mgkin lbh fhm..sy hnya blh ckp yg ianya dirujuk dlm risalah ikhwanul muslimin..pd pdngn sy..itulah konsep yg cuba diketengahkan oleh ustaz abdullah zaik dlm ideanya..ttg strategi hndak mengembalikan ketuanan islam..apa pula komen saudara??

    ReplyDelete
  14. Minta maaf ye buat anonymous2...blog ini bukan tempat berdebat tanpa sebab..tapi sekadar perkongsian pendapat..dan bukanlah satu adab yang baik sika lempar batu sembunyi tangan..beginilah...harap saudara2 sekalian faham..ini adalah cetusan pendapat USTAZ ABDULLAH ZAIK tentang strategi bagaimana hendak mengembalikan ketuanan Islam...dan sudah pasti ada pelbagai pendapat tentangnya..kalau ada komen atau pertanyaan,boleh rujuk terus di http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2010/03/23/ketuanan-melayu-dan-cita-cita-politik-islam/ dan tanya ustaz sendiri.Kenapa saya tulis kembali tulisan Abdullah Zaik ini kerana pada pemahaman saya ia adalah satu strategi yang baik,sebagaimana konsep 'urubah(arabisme) yang dibawa oleh Hassan Al-Banna di Mesir(sila rujuk RISALAH PERGERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN terbitan ERA INTERMEDIA muka surat 167).Perlu diingatkan bahawa apa yang dibawa Hassan Al-Banna adalah satu ijtihad dan bukan hukum mutlak.Jadi tidak timbul andai kita TIDAK mengikut Hassan AlBanna atau mana2 tokoh2 gerakan Islam yang lain .Yang wajib diikuti ialah manhaj yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Dan setakat ini pada pendapat saya manhaj yang dibawa oleh Hassan Al-Banna adalah yang paling hampir dengan manhaj Rasulullah s.a.w.Oleh itu, saya menyeru kita bersikap lebih terbuka dalam melihat pendapat orang lain kerana setiap ulama' mempunyai tafsiran dan strategi sendiri.Andai ada kekeliruan,tanyalah pada mereka lebih alim.Bukan berbahas tanpa ilmu.Sebab itu saya hanya menjawab soalan pertama sahaja daripada 3 soalan anonymous.Yang lain saya tiada jawapannya.Wallahua'lam

    ReplyDelete
  15. Isu kita bukan kemelayuan bahkan Islam..
    Inilah kalimatin sawaa' bainana..
    http://www.blogtokguru.com/pages/posting/17/surat-debat-tok-guru-kepada-pm

    ReplyDelete