Saturday, March 6, 2010

CABARAN GEN-Y

KUANTAN, Jumaat-Semalam berlangsungnya satu ceramah oleh Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil atau Abu Saif, blogger terkenal di Malaysia di auditorium Kulliyyah of Pharmacy Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan tentang satu topik yang bertajuk "Cabaran Gen-Y..Adakah kita benar-benar kompeten?". Ceramah yang dihadiri lebih daripada 500 orang peserta ini merupakan satu usaha dalam mempersiapkan diri para daie untuk berhadapan dengan gen-y ini.

 Ustaz Abu Saif, pemilik blog saifulislam.com

Ustaz Hasrizal memulakan ceramahnya dengan menyeru supaya setiap muslim untuk mengekalkan momentum dalam memberikan yang terbaik dalam hidup mereka. Seterusnya beliau menyentuh tentang cabaran untuk memahami masalah sebenar yang berlaku dalam generasi alaf baru ini apabila kebanyakan hanya melihat pada "presenting problem" dan bukan pada "real problem". Beliau menegaskan dalam kita menyampaikan dakwah kepada golongan ini, kita haruslah kembali kepada persoalan asas dalam hidup kita, iaitu apa tujuan hidup kita kerana hanya dengan mengetahui tujuan sebenar hidup kita sahaja (beribadat kepada Allah) yang mampu mengatur hidup kita dengan sempurna. Justeru, setiap daie perlulah memfokuskan apa yang diPERLUkan oleh mad'u dan bukannya apa yang daie TAHU.

Seterusnya beliau menerangkan 4 cabaran utama dalam berhadapan dengan generasi Y ini iaitu:
1) Masalah perhatian daripada keluarga
2) Pendedahan anasir luar
3) Berfikir tanpa belajar (thinking without learning)
4) Hidup tanpa tujuan (living without purpose) ----> SAMPAH!!

Beliau juga sempat menyentuh kesilapan cara daie masa sekarang yang bersifat "doctrination" dan bukannya mengajak mad'u berfikir.Di akhir ceramahnya, beliau menasihatkan kita agar berusaha dengan mempertingkatkan ilmu agama dan segala bentuk kemahiran untuk berdakwah kepada golongan seperti ini kerana daie yang kompetitif hanya lahir daripada daie yang bijaksana dan berkemahiran, bukan daie sambilan. Beliau menyarankan agar anak-anak yang hebat dalam pelajaran akademik dihantar untuk belajar ilmu agama ke peringkat yang lebih tinggi, dan bukannya membiarkan bidang agama hanya dipelajari oleh golongan yang kurang "A" mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Sebagai mengakhiri ceramah beliau, beliau memetik dua ayat al-quran dari surah Al-Ghasyiyah, ayat 21-22:   


فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ     


   Maksudnya: Maka berilah peringatan, kerana engkau hanya pemberi peringatan; Dan kamu tidak  
                      mempunyai kekuasaan ke atas mereka untuk menyuruh mereka percaya(dengan apa yang
                      kamu sampaikan)
                                  


No comments:

Post a Comment