Lautan manusia yang datang mendengar kuliahnya...memang tersangatla ramai walaupun ceramah baru nak mula...
Kuliyyah maghrib ni berlangsung kira-kira 2 jam. Walaupun begitu, saya hanya mencatat sedikit sahaja point-point penting memandangkan ada yang sudah saya tahu. Berikut adalah antara beberapa perkara yang disebut oleh beliau yang sempay saya catat:
1) Tarji' (membaca secara perlahan kalimah azan) hanya pada kalimah syahadah SAHAJA. Ada pendapat
mengatakan sunat tarji' sebelum lafaz azan dan ada juga pendapat yang mengatakan sunat tarji' selepas
lafaz azan.
lafaz azan.
2) Sunat memasukkan jari telunjuk ke dalam telinga semasa melaungkan azan.Hikmahnya supaya azan
dilaungkan lebih kuat.
dilaungkan lebih kuat.
3) Muqim-Menetap di sesuatu tempat selama 4 hari ke atas.
4) Sunat untuk membayar lebih hutang yang dipinjam kepada kita( ini tidak termasuk dalam bentuk riba )
5) Qadha'(pelaksanaan Allah) terbahagi kepada 2, qadha' mubram(tetap) dan qadha' mu'allaq(berubah2)
Dalam sesi soal jawab pula, ada dua perkara menarik yang dapat saya kongsikan di sini:
1)Hukum memakai rambut palsu: Ada 2 syarat untuk dibolehkan memakai rambut palsu:
1.Perempuan
2.Mendapat izin daripada suami (jika bersuami)
3.Bukan diperbuat daripada benda yang najis
2)Syarat hendak jama' dan qasar solat:
1.Hendaklah dalam keadaan musafir
- Musafir yang dimaksudkan di sini ialah tidak berniat untuk menetap di satu-satu tempat melebihi 3
hari. Andainya melebihi 3 hari, ia dikira sebagai bermuqim dan tidak boleh melakukan jama' dan qasar
solat setelah tiba di destinasi. Dan bagi mereka yang mempunyai 2 muqim, (contoh: kampung tempat
tinggal dan tempat belajar), situasinya adalah sama.Ia bergantung kepada niat kita, iaitu berapa lama
untuk kita hendak menetap di tempat tersebut.Wallahua'lam.
hari. Andainya melebihi 3 hari, ia dikira sebagai bermuqim dan tidak boleh melakukan jama' dan qasar
solat setelah tiba di destinasi. Dan bagi mereka yang mempunyai 2 muqim, (contoh: kampung tempat
tinggal dan tempat belajar), situasinya adalah sama.Ia bergantung kepada niat kita, iaitu berapa lama
untuk kita hendak menetap di tempat tersebut.Wallahua'lam.
3)Bagaimana cara supaya ramai orang datang ke ceramah: Ustaz hanya mampu gelak kerana beliau berkata
beliau tidak mempunyai ilmu dalam bidang ini( apa punya soalan da..)
beliau tidak mempunyai ilmu dalam bidang ini( apa punya soalan da..)
Setelah tamat sesi soal jawab, kami pun solat isyak. Lepas solat, saya lihat ramai orang bersalam-salaman dengan ustaz. Terigin jugak sebenarnya...Yela...macam jumpa artis pulak...tapi teringat pada kata-kata Ustaz Mahfuth Amafua..."Ulama' have no barakah...only prophet Muhammad s.a.w who we can et barakah from him..." . Jadi saya batalkan je hasrat saya. Kerana keberkatan itu sebenarnya adalah pada ilmu yang diajarnya.. (^_^)
No comments:
Post a Comment