Namun, saya tidak berhenti di situ memandangkan ada banyak lagi tanggungjawab saya yang belum selesai. Dengan itu, saya membuat sedikit bacaan tentang sistem MLM dan saya bandingkan dengan sistem MLM herbalife. Anda boleh buat bacaan anda di sini : http://www.zaharuddin.net/content/view/222/95/
Apa yang saya pasti, Herbalife merupakan salah satu produk Amerika Syarikat. Pada awal penglibatan saya dalam Herbalife sahabat saya ada juga bertanya "Herbalife ni kan produk US..nape tak boikot?..Bukan ke kita tidak digalakkan untuk menyokong produk US selagi kita mampu elakkan??".. Saya hanya mampu mendiamkan diri kerana ketika itu yang difikirkan hanya duit. YA!!DUIT!!DUIT! dan DUIT!! Duit yang mampu mengaburkan pandangan sesiapa sahaja. Setelah berfikir panjang, dengan sedikit ilmu yang ada, saya mengambil langkah untuk tidak meneruskan kegiatan dalam perniagaan herbalife, ingat..bukan kerana produknya tidak bagus, tapi banyak yang saya kurang setuju dengannya yang membuatkan saya tidak tenang.
Tentu orang nak tahu apa yang saya tidak setuju kan?? Sebab pertamanya tentulah tentang sistem MLMnya yang anda boleh rujuk sendiri dalam website UZAR yang saya berikan di atas. Kedua, saya dapat tahu yang Herbalife ni merupakan sponsor utama bagi pasukan bola sepak LA Galaxy di USA. Dan saya juga mendapati pasukan LA Galaxy dimiliki oleh seorang bilionaire Amerika bernama Philip Anschutz dan dia merupakan seorang YAHUDI. Persoalannya, mengapa herbalife perlu menjadi penyumbang dana utama kepada harta milik seorang Yahudi??Kalau benar herbalife menyumbang peratus yang besar dalam syarikat milik yahudi ini, adakah dengan kita menjadi seorang distributor herbalife yang gigih bermakna sebenarnya kita bekerja keras untuk membantu orang Yahudi??
Apapun, segala-galanya terpulang pada kita. Bergantung kepada sensitiviti kita, sayang dan cinta kita kepada Allah, Islam dan saudara seislam kita. Dan ingatlah bahawa duit kita yang kita guna untuk makan, untuk menyara keluarga kita akan menjadi darah daging. Bagaimana kalau sumber yang kita perolehi itu adalah daripada sumber yang haram??Gelapkah hati kita nanti untuk menerima hidayah Allah???
"Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya" (Hadis riwayat Al-Tarmizi)
Apa tindakan kita melihat peristiwa ini??Siapa punya angkara???
Salam saudara bole beri link MLM kat atas tu semula, yg atas tu xbole buka link, error
ReplyDelete