Thursday, December 9, 2010

Ukuran kejayaan sebuah dakwah

Semenjak akhir-akhir ini saya banyak memikirkan tentang dakwah. Method, strategi, keberkesanan, keterbukaan, matlamat dan penerimaan. Semua ini selalu berlegar-legar dalam kepala. Saya mula menyoal diri saya sejauh manakah dakwah yang saya mahu lakukan?Apakah hasil dakwah yang saya impikan?Apakah makna kejayaan sebuah dakwah yang sebenarnya??

Dakwah itu seruan, Islam itu risalah

Apabila saya berfikir mencari jawapan, saya kembali kepada matlamat asal dakwah. Makna dakwah itu sendiri bermaksud seruan. Seruan kepada perintah Allah. Timbul persoalan di sini. Seringkali orang mengaitkan kerja dakwah itu dengan usrah, katibah, daurah, rehlah, jaulah dan mukhayyam. Adakah ia terhad pada perkara-perkara tersebut sahaja? Bagaimana pula dengan kuliah, ceramah, ajak makan minum untuk berukhuwwah, doa untuk sahabat dan tazkirah??

Pengalaman saya terlibat dalam organisasi yang menjalankan kerja dakwah kadang-kadang membuatkan saya sendiri keliru. Poin yang saya dapat ialah mengapa perlunya aktiviti tarbiyah dalam berdakwah ialah supaya adanya kesinambungan dalam melaksanakan kerja dakwah. Saya sangat setuju dengan penyataan tersebut. Namun, kita tidak boleh menolak cara dakwah orang lain memandangkan apa sahaja yang dilakukan untuk mendekatkan manusia kepada Allah adalah salah satu daripada usaha dakwah. Maka tidak perlu timbul siapa yang betul dan siapa yang salah.

Walaubagaimanapun, kerja dakwah tidak boleh diambil mudah. Kita perlu menjalankan kerja dakwah dengan satu sistem yang tersusun. Bukan sekadar kerja sampingan. Ia memerlukan perancangan dan strategi. Mesti ada master plan dan action plan. Bukan hanya sekadar tazkirah sebulan sekali. Bukan sekadar baca bismillah sebelum cabut gigi.

Berdakwah mesti istiqamah


Satu cabaran paling besar untuk menjalankan kerja dakwah ialah istiqamah. Seringkali terdengar istilah futur dan putus asa. Ia bukan satu tiket untuk anda keluar dari kerja dakwah. Kerana kerja dakwah adalah kerja semua manusia. Cuma kita yang lupa. Cuma kita yang tidak sedar yang ianya sudah tertulis dalam Al-Quran. Cuma kita yang jahil kerana mahu menafikan tugas kita.

3:110


Maksudnya: " Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Ali Imran :110)




Kita boleh menilai sendiri kerja dakwah kita. Saya agak terkilan kerana saya merasakan kerja dakwah ini dilakukan tidak lebih daripada satu kerja sampingan yang bermusim. Bila kita rasa nak buat, kita buat. Bila kita rasa malas, kita tinggalkan. 


Saya berasa sungguh hairan. 


Hampir setiap kali ada "meeting" untuk kerja dakwah, selepas habis borak itu dan ini, maka "meeting" itu ditangguh ke suatu tarikh yang jauh tanpa ada kerja atau tugas yang perlu dilaksanakan. Saya tidak boleh menerima realiti ini. Kerana bagi saya dakwah adalah kerja yang tidak berhenti. Ia perlu dilakukan dalam berperingkat-peringkat. Berperingkat tidak bermakna kita berhenti buat. Ia mesti ada penerusan, bukan membisu tanpa pelaksanaan!


Kita berdakwah kepada Islam, bukan kepada wadah


Fenomena hari ini di Malaysia menyaksikan kerja dakwah sangat subur. Di mana-mana sahaja pasti ada usaha gerakan dakwah yang dilakukan oleh pelbagai persatuan dan organisasi dakwah. Nama-nama seperti PAS, ABIM, JIM, IKRAM, ISMA, HALUAN bukan sesuatu yang asing lagi di Malaysia. Bahkan di peringkat IPT juga terdapat persatuan-persatuan dakwah seperti KARISMA, GAMIS, PKPIM, PEMBINA dan lain-lain yang aktif membuat kerja-kerja dakwah.

              


      

         Sampai bila kita mahu berpecah??



Kewujudan kepelbagaian jemaah di Malaysia ini  ada pro dan kontranya. Saya tidak mahu memberi komen yang panjang tentang isu ini memandangkan saya bukan faqih dalam bab ini. Cuma, apa yang saya pelik mengapa begitu sukar sekali untuk mereka merancang satu kerja Islam yang sama dalam sebuah meja yang sama? 


Perbezaan tanzim sepatutnya tidak menjadi alasan untuk kita melakukan kerja secara berasingan. Kalau objektif sesuatu program itu sama, mengapa perlu ada hingga 4-5 program yang sama tapi atas nama berbeza? Mengapa mesti ada rehlah IKRAM, rehlah ISMA, rehlah ABIM, rehlah PAS, rehlah HALUAN sebagai contoh? Padahal program itu adalah terbuka kepada umum. Wujudnya sikap individualistik dalam jemaah menjadikan orang awam keliru. Kenapa mesti banyak dan tidak satu??Katakan ada 100 orang mahu pergi rehlah, disebabkan wujudnya 5 rehlah pada hari yang sama, maka setiap rehlah itu hanya akan dihadiri oleh 20 orang sahaja. Cuba fikirkan, andainya kelima-lima persatuan tadi bersatu, maka satu rehlah boleh dihadiri oleh 100 orang. Tentu lebih meriah dan ukhuwah lebih terasa. Tiada istilah aku engkau. Tiada lakum amalukum wali amali. Kita bukan berbeza kerana akidah. Kita hanya berbeza wadah!


Timbul pula isu siapa mahu ikut siapa nanti. Di sini hilangnya sikap berlapang dada yang kita selalu sebut-sebut. Kalau benar kita yakin semua persatuan mengajak kepada Islam, maka kita tidak perlu gusar andainya mereka tidak bersama-sama dalam wadah kita. Yang penting mereka bersama gerakan Islam. Apa yang patut kita bimbangkan ialah di mana masih ramai lagi yang kurang kefahaman Islam. Berusahalah mengajak mereka kepada Allah. Bukan hanya sekadar menjadi ahli persatuan dakwah!




Setiap orang ada pandangan berbeza


Saya tidak memaksa anda untuk menerima apa yang saya utarakan di sini. Cukup sekadar untuk kita berfikir. Untuk kita muhasabah kembali. Komen daripada anda sangat saya alu-alukan. Moga kita dapat berkongsi ilmu.


 Moga dakwah kita takkan terhenti di sini. 


Kalau hari ini kita berjalan, moga esok kita berlari. 


Membawa dakwah mendaki puncak cita-cita yang tinggi. Sehingga menggapai langit Ilahi. Agar kemenangan Islam bukan hanya angan-angan, tetapi keagungannnya bergema hingga ke bulan! =)

5 comments:

  1. jom semarakkan dakwah...

    variasikan method dan pendekatan dakwah kita

    ReplyDelete
  2. bagus entry ni. buat ramai orang buka mata. jom kita kaji sejarah macam mana boleh tertubuhnya semua jemaah ni (PAS, PKPIM,JIM,HALUAN,ISMA,dll)? apa sebab penubuhan ? siapa pengasas (sejarah hidup) ?dan apa2 yang berkaitan...

    hm..siapa yang keluar dari penyatuan sebenarnya? kita inginkan kemenangan islam-daulah islamiyah>khilafah islamiah.. tapi mcm penulis sendiri kata, bila bnyak jemaah, akan lemahkan jemaah2 tu sendiri. melambatkan kemenangan islam. cuba kalau semua berjuang dengan 1 jemaah sahaja,tidaklah berlaku pembaziran tenaga kerja.

    terus terang saya kata, jemaah induk asal2nya dulu adalah PAS (sahaja). Soalan saya, kenapa ada ahli PAS yang keluar jemaah dan tubuhkan jemaah baru? adakah kerana sedikit kekurangan yang ada pd PAS yang dilihat ahli, lalu menubuhkan pelbagai jemaah lain?? analogi yang saya boleh bawa disini, contohnya sebuah rumah, kenapa perlu bina rumah baru jika hanya tingkap yang pecah?

    cuba baca buku tasawur asasi gerakan islam, insyaAllah jumpa jawapan..

    wallahua'lam...

    (mohon respon dari sesiapa yg ada pndapat)

    ReplyDelete
  3. from anynomous 2:
    saya sebenarnya agak bersetuju dengan pendapat anynomous di atas supaya kita semua mengkaji semula sejarah penubuhan semua jemaah di malaysia kerana saya pernah membaca satu buku yang isi kandungannya ialah di satu-satu kawasan sepatutnya hanya perlu ada satu jemaah.

    namun di malaysia, situasi agak berbaza, banyak jemaah yang timbul dan mengelirukan ramai orang. ini bukan bermaksud ingin menghukum yang mana betul atau yang mana salah, tetapi ianya bertujuan supaya kita semua dapat mencari penyelesaian kepada ketidaksefahaman yang timbul yang hanya akan melambatkan kerja-kerja dakwah.

    betul kata penulis, kita sepatutnya bersatu walaupun wadah kita berbeza, matlamat kita sama. namun begitu, adakah kita dapat merasakan adik-beradik kita sendiri sama dengan adik-beradik orang lain?

    asif jika terkasar bahasa.
    mohon respon kerana saya masih lagi mentah dalam perjuangan ni.semoga kita semua thabat dalam perjuangan.

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  4. owh, sgtlah x bersetuju dgn komen drp anonymous...bg saya, ada byknya wadah @ pun jemaah itu adalah satu kelebihan...bukankah berlumba2 dlm membuat kebaikan itu adalah suatu yg digalakkan dlm Islam..apa yg penting, jgnlah saling memburukkan & saling menjatuhakan satu sama lain..lagi pulak pintu hidayah itu boleh dtg dlm pelbagai bentuk...lagi pulak. stiap organisasi itu penekanannya berbeza...kalau yg dh baca buku "maza ya'ni" karangan utz fathi yakan tu pst faham...
    so, pilih lah yg terbaik tanpa melibatkan emosi & perasaan semata...jgnlah bersandarkan kpd semangat semata2...sedangkan asas dlm Islam itu ialah aqidah

    ReplyDelete
  5. sokong anonymous yg pertama. berbilang2 jemaah dimalaysia ni akan mengelirukan umat. krn msyrakat akan konfius nk pilih jemaah yg mana satu. sdgkan matlamat adlah utk berada dijalan Allah. fikroh juga berlainan. jemaah A tidak sehaluan fikroh dengan jemaah B. dan begitulah sambungannya. teliti dan fokirlah wahai umat. tidak perkara ini semestinya akan melambatkan kemenangan islam.. beradalah dlm 1 jemaah. yg kurang itu, lontarkan pandangan, berilah pendapat agar dpt menampung semula kekurangan itu, bukan lah dgn cara membentuk jemaah lain. setiap tempat waqi' nya berbeza..tidak wajar utk disamakan.. fikirlah...

    ReplyDelete