Sunday, January 2, 2011

Biar ukhuwwah kerana Iman....

Alhamdulillah. Akhirnya Allah izinkan untuk menulis lagi. Tanpa guru dan ilmu sangat susah untuk kita menulis sesuatu. Kata orang sebaik-baik guru adalah pengalaman. Pengalaman itu adalah apa yang kita lalui dalam hidup. Dan sudah pasti tiada yang lebih berkuasa mengatur hidup kita kecuali Allah. Dialah sebaik-baik Yang mentarbiyah kita.

Semalam, seorang sahabat saya datang ke Kuantan. Dari USIM. Dengan bermotor!Bukan main berani lagi. Dahla berseorangan. Tapi tak pelik. Sebab dia 'geng basikal' saya dulu. Saya kenal dia masa tingkatan 1. Rumahnya sangat dekat dengan rumah saya. Kami sekolah dengan berbasikal. Mula-mula kawan biasa. Tapi dah selalu sangat balik sama-sama, lama-lama jadi rapat. Apabila dah rapat, kawan rapat akhirnya jadi sahabat. Bukan sahabat biasa. Tapi sahabat dunia akhirat. Suka sangat berbasikal. Ke mana-mana pun dengan basikal. Di saat orang lain sudah cuba-cuba naik motor, kami tetap berbasikal hinggalah habis SPM. Kedai, bandar, main bola, ziarah, tuisyen, berkelah, selagi tempat itu tidak perlu meredah sungai atau laut, kami pasti sampai. Jarak tidak pernah menjadi penghalang. Paling jauh yang saya ingat kami berbasikal lebih kurang 40km. Panas?Bosan?Itu tidak pernah dirasakan. Kerana ukhuwwah yang terbina di atas basikal memadamkan semua keletihan dan kebosanan.

Setelah sekian lama tidak berbual panjang, dia usahakan untuk datang ke Kuantan. Tak puas katanya hanya chatting dalam YM. Benarlah ukhuwwah mampu menghasilkan apa sahaja yang luar biasa. Ukhuwwah atas dasar cinta. Banyak perkara kami kongsi. Semua cerita takkan ada yang tersembunyi. Dari masalah studi hinggalah masalah nak berbini. Hehehe. Kebetulan dia juga belajar kos pergigian. Memang banyak persamaan. Sungguh sukar nak cari perbezaan antara kami. Yang paling tak sangka, dia pun dalam usrah yang sama. Betullah...Kalau cara berfikir sama, memang kita akan bertemu dalam jalan perjuangan yang sama. Perkongsian kami bukan perkongsian biasa. Ia perkongsian kehidupan. Kehidupan yang menuju kematian. Perkongsian yang bertujuan mencari redha Allah dan iman. Terasa hidup hati ini bersamanya.

Itulah dia sahabat saya. Abdul Azim Asy bin Abdul Aziz.

Tinggi cita-citanya.

Walaupun dahulunya bukan sekolah agama, tak pernah terpadam matlamatnya untuk menjadi pemuda agama yang luar biasa.

Saya akan sentiasa doakannya.

Moga janji dan cita-cita kita terlaksana.

"Mat jeng, kalu demo baco post ni, jangan ttiok deh. haha..Meme puah hati buleh bbua nga demo. Maah bbanyok sebak tokdey laye demo sangak. Sibuk nga kkijo tek.Timo kaseh sebak tulong buak clasp.Tapi walau apo pun, mogo musafey demo mari ssini tuhey kiro. Tuhey jago. Maso kawe tulih ni demo duk atah muto.Bakali duk kat haiwey doh. Mogo selamak sapa....."

Tuhan...Dia sahabatku...
Yang masih tercari-cari erti sebuah rindu
Rindu untuk berada dalam rahmat dan kasihmu


Tuhan...Dia sahabatku...
Permudahkan urusannya untuk mencariMu
Tetapkan hatinya dengan cinta padaMu
Jangan Kau biarkan dia sendirian mengharungi arus dan liku
Kerana Engkau Maha Tahu...


Tuhan...Dia sahabatku..
Dia mengadu padaku peritnya mencari cintaMu
Dia meluahkan padaku takutnya dia pada azabMu
Dia mengeluh padaku tingginya harapan untuk melangkah ke jannahMu
Maka adakah Engkau akan terus membiarkan dia tanpa arah pandu...


Tuhan...Dia sahabatku..
Dia datang kerana taqdirMu
Dia menjadi sahabatku kerana ketentuanMu
Tuhan..Kekalkan persahabatan ini..
Panjangkanlah pertemuan kami..
Jangan ia hanya berkubur di sini...
Kerana kami tahu...
tiada yang lebih indah..
kecuali pertemuan abadi...
Di syurga Firdausi..............




Sek2 star dentist USIM


10.45 a.m
Indera Mahkota 2,
Kuantan.

2 comments: