Saturday, March 6, 2010

CABARAN GEN-Y..Apa tindakan PEMBINA??

Sebagai menyahut cabaran Gen-Y yang semakin hebat pada masa kini, Persatuan Belia Islam Nasional Pahang (PEMBINA) telah menganjurkan satu rehlah satu persediaan untuk menjadi seorang daie yang hebat. Rehlah ini bukanlah rehlah biasa kerana terkandung dalamnya satu modul tarbiyyah yang penting untuk para ikhwah.

Rehlah yang diadakan di Pantai Teluk Chempedak ini dirancang sehari sebelum tarikh rehlah dan syukur kepada Allah kerana rehlah ini telah berjaya menghimpun pemuda pilihan Allah sebanyak 9 orang.(Semoga mereka ini akan menjadi tentera-tentera Allah). Rehlah ini dianggap satu cabaran yang besar buat ikhwah kerana mereka perlu mengorbankan masa mereka untuk datang berjumpa bersama-sama ikhwah untuk membincangkan program dakwah ketika orang lain masih enak tidur di atas tilam-tilam empuk mereka memandangkan ikhwah diminta berkumpul pada jam 7 pagi.


"Ya Allah, berkatilah ummatku pada waktu pagi mereka" ~Hadis


Kami bertolak pada jam 7.30 pagi dan tiba di destinasi lebih kurang 20 minit kemudian. Program dimulakan dengan riadhah (bermain bola) dengan menggunakan kaedah 3 touch, 2 touch dan 1 touch. Selepas riadhah, ikhwah berkumpul dalam halaqah dan sedikit pengisian telah disampaikan oleh akh Afiq Yusoff. Beliau menerangkan apa signifikan permainan 3 touch, 2 touch dan 1 touch yang mana kaedah itu sebagai satu analogi yang menunjukkan dalam usaha mencapai matlamat dakwah, kita sangat memerlukan bantuan orang lain dan kita tidak boleh bergerak seorang diri. Ini juga sebagai salah satu cara untuk mengeratkan lagi ukhuwwah antara ikhwah.


Kembara ikhwah menegakkan dakwah


Kami akan tetap dalam perjuangan walaupun selepas kahwin

Three touch


Two touch



One touch (Di akhir permainan, Akh Lutfi telah melakukan satu tindakan nekad "berani pumping" untuk memastikan pasukan mereka menang

Turut dibincangkan program seterusnya yang akan dijalankan oleh PEMBINA Pahang. Program berakhir jam 10.30 pagi dan ikhwah bersurai pulang kecuali akh Fikri dan akh Abdul Rahman yang mandi pantai sambil meneruskan perbincangan dakwah.



Kerja dakwah belum selesai dan tidak akan selesai...............

2 comments:

  1. "Kami akan tetap dalam perjuangan walaupun selepas kahwin"

    salam..ehehe..ayat ko yg ni mmg xleh than r..padahal afiq xkahwen lg kot..ehehe..

    ReplyDelete